Terlalu lama menyepi dari memasuki laman blog Etuza ini.Agaknya sudah bersawang. Hari ini dalam kesempatan berehat selepas menyambut hari raya pertama hingga ke tiga hari, elok saya tuan rumah bersama anak-anak dan isteri membersihkan blog Pesona Etuza. Terasa ada rindu untuk mencatat mesej sempena Hari Raya 2014. Sebelum terlambat Etuza ucapkan "SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI" kepada semua teman maya yang pernah kenal blog Pesona Etuza ini. Mohon maaf jika ada paparan di blog Etuza yang menimbulkan kemarahan semua.
Banyak ceritara yang hendak di sampaikan, ya terlalu banyak cerita kehidupan yang mewarnai hari hari kehidupan kita selagi kita hidup di Bumi Allah ini. Persoalannya larat ke nak menyampaikan cerita - cerita itu, terserahlah pada diri empunya blog Pesona Warna Kehidupan ini.Selalunya kita terikat oleh masa yang sangat singkat. Kemudian dalam umur yang semakin meningkat keperluan untuk berinformasi adalah terhad. Etuza memilih hari yang paling selesa untuk mewarnai blog Etuza agar lebih menarik dan bererti kepada semua.
Etuza nak tanya " Masih ada kah yang sudi menyapa komen tiap infor saya nanti, sebab terlalu lama menyepi, tak mustahil ada yang lupa dan langsung tidak kenal blog ini. Niat untuk beri info kepada semua kalau ada yang membaca saya amat-amat bersyukur.
" SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR BATIN"
2 Pesona Kata Hati Mereka:
selamat hari raya aidilfitri :-)
Selamat hari raya ..terima kasih masih ingat saya ya..
Catat Ulasan