Bergedel Sayuran
Resipi baru dicuba ..
Rupanya berbaloi kerana
Anak-anak sangat menyukai
Apabila dimakan bersama sos cili
2,3 ketul dimakan dengan penuh
gembira..
Kepada yang sudah biasa
membuat bergedel sayuran ini..
rasanya resepi sudah melekat
dalam minda..
Kepada yang nak mencuba
inilah resepi bergedel sayuran..
2 biji ubi kentang ( dibelah empat dan digoreng)
1 tangkai daun sup - dihiris halus
1 batang lobak merah - direbus dan dipotong dadu
5 tangkai kacang buncis - direbus dan dipotong dadu
1 biji telur
Sedikit serbuk lada sula
Sedikit bawang goreng
Garam secukup rasa
Minyak masak
CARA MENYEDIAKANNYA
Ubi kentang yang direbus diasingkan selepas dilenyek
Masukkan sedikit garam, daun sup, bawang goreng,
lobak merah, kacang buncis dan serbuk lada sulah.
Gaul kesemua bahan sehingga sebati
Bentukkan bulat atau bujur
Celupkan ke dalam telur dan digoreng
dengan minyak yang panas.
Enak dimakan bersama sos cili.
Selamat mencuba
@hakcipta etuza
Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini
28 Pesona Kata Hati Mereka:
Tak susah buat begedel ni yek....kikiki.
Nak buat ler
Saya suka masak :)
Slalu jgk la masak ptg2 makan dgn family. Tp skrg kat uni masak mkn ngn kawan2
http://igossiprizal.blogspot.com
sedapnya mamam. aduh kelaparan tgk bergedil ni cikgu :)
assalam cikgu...bagus bergedil ni.. bersayur...sihat..
slm owh blhlah saya cuba utk bfast anak nnt,mesti dorg suka ala2 bergedil :)
bergedel is my fovourite.. tetiba dah lapaq begedel.. huhu
Saya pula kalau buat begedel ni, ubi kentang tu di goreng empuk, tidak di rebus. Itu je bezanya...tapi, rasanya sama juga nanti.
Sedap begedel ni, enak dimakan begitu saja :)
sdapnya a.etuza,,..:)
sedapnya bro...dah ler remy tgh lapar nie....he3
Bagus untuk kesihatan.. =)
woww..begedill..huu..dh lama x mkn..hee..mk pu3 suke buat begedil biase jer.. tapi sdp! hee :)
nampak sedap...
lama dah nur tak buat bagedil...
Salam.
Uncle, saya selalu buat begedil ni,hehe. Memang sedap! Sng pula nak membuatnya. Saya selalu guna isi ayam or daging kisar,hehe
sedap pa..sy first makan dulu d cne la.. huhu nti sy mw msak d rumah la..
tengok jer dah lapar...bak mai sikit..hehee
Pandai juga memasak ya... bertuah isteri Etuza.
assalammualaikum cikgu etuza :)
sorry lambat balas kunjungan.apa khabar?moga sihat dan bahagia disamping keluarga :)
senang ja buat begedil ni ye.nanti nak cuba resepi ni.
terliur plak tgk begedil tu... hish..
boleh buat byk2..simpan dlm peti ais (dingin beku)...goreng bila rasa nak makan..
boleh cuba nanti.. nampak mudah dan sedap
nyam nyam :)
begedil sayuran?? ni first time saya dengar ni..hehehe
lapar pulak malam malam nie cikgu..huhu..sedap ja tengokk..":)
wahh sedap tak?nie kira makanan berkhasiatkan=)
pernah jugaklah buat begedil dulu..begedil ayam..lepas ni nak cuba yang ni pulak...
begedil sayuran? bagus ni.
CiM ada ramai kawan2 vagitarian, so...kalau diorg dtg umah boleh laaaa cuba ni.
ubi kentang tu direbus ke digoreng cekgu. konfius pulak. hehe.
Sy suka begerdil, esp masa buka puasa..
Catat Ulasan