Halaman


 Banner

❤Detik Detik Indah Dalam Hidupku❤

Khamis, 28 Februari 2013

Peminat Blog Pesona Di Depan Mata

Ini gambar seorang guru wanita dari Daerah
Tambunan Sabah, minta diajarkan membina
blog. Dan terima kasih kerana suka ke blog 
Pesona.


26hb Feb 2013, tarikh Pertandingan Pemilihan Tokoh NILAM peringkat Zon Pedalaman Sabah, etuza menjadi pengiring seorang peserta dari sekolah etuza mengajar iaitu Leo Alferedo dan telah menjadi Johan. 
Masa tu agak terkejut apabila ada seorang guru wanita ( dalam gambar atas ) melambai-lambai memanggil saya. Saya sebenarnya kurang kenal lah guru ni, sebab dari daerah lain. Bila duduk dekat dia, katanya ' mari sini ajarkan saya membina blog, saya tahu ada blog cikgu". Saya pun kata " Wah jadi kamu peminat blog saya lah ni!..." Saya gurau ja dan sambil ketawa serta sempat berbual dengan Cg Mustafa bahawa " Cikgu ni peminat blog saya ...) " 
Ok..sebenarnya saya tak hairan pun..memang ribuan orang merata tempat dapat saksikan blog Pesona. Yang suka dan membaca diucapkan sangat2 terima kasih. Cikgu ni mengajar di SM. martin Tambunan, juga selaku guru pengiring peserta hari itu. Kami para pengiring hanya bertugas memastikan peserta masing2 bersemangat, yakin dalam pertandingan.
Dipendekkan cerita cikgu wanita ini, akhirnya siap blog dia dengan bantuan sedikit kemahiran dari saya. Alhamdulillah...sejak Ogos  2009 membina blog memang banyak beza cara bina blog masa sekarang. Agak mudah masa dahulu, kini agak sedikit rumit dan kena faham betul-betul jika tak akan memakan masa lama hendak publishkan sebuah blog. ( maaf lah pula ~ blog dia sepertinya dia ubah semula kerana katanya dia akan ubahsuai kerana kini dah faham asas buat blog~ terima kasih cikgu katanya) Lupa pula nama dia. Tq cikgu ni kerana minat blog Pesona.

Satu lagi situasi di CIMB cawangan Keningau. Seorang lelaki juga..memang kenal sangat dengan dia. Katanya " Hampir2 saya tak kenal kamu di laman sosial hari tu saya nampak" " Bila saya amat2i kamu pula tu...wah bagus blog kamu tu.."lawa". Siapa tak kembang kalau dipuji ikhlas macam tu. Ok blog saya bukan terkenal sangat pun...cuma di sini OBJEKTIF  entry ini ialah ingin menyatakan bahawa SYUKRAN dan TERIMA KASIH ada kawan-kawan saya di Daerah Keningau yang mulai tahu blog PESONA. Bukankah apabila para blogger membuat entry dan dibaca oleh orang ramai maka kita sebagai penyumbang informasi menerusi blog telah memberi sumbangan pengetahuan kepada mereka. Dan apabila mereka mengambil dan manafaatkan ilmu kita, bukankah itu sesuatu yang sangat digalakkan olehNya. Kerana " Sampaikanlah ilmu mu walau sepatah kata".

@hakcipta etuza

Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

23 Pesona Kata Hati Mereka:

Umialya berkata...

ramainya peminat cikgu

Kamsiah yusoff berkata...

nanti lps ni cikgu boleh buat tutorial pulak utk newbies

Kancil 8349 berkata...

bestnya kalau ada guru yang ingin belajar dan gembira kita dapat membantunya...disinilah kita berkongsi ilmu

Cik Nor berkata...

bestnya ada peminat..:)

ewanthology berkata...

kira popular la bro etuza di sana ya :-)

Miss N™ berkata...

wah..cikgu ada peminat rupanya....
bestnya,,,,

Unknown berkata...

hehe.. menjadikan kita lebih bersemangat kan..:p

Unknown berkata...

owhh nti dia pun ada blog yer cikgu? nnti bg la linknya? boleh support sesama..hihi.. hurm nk tegor sikit yer cikgu, tajuk tu peminta atau peminat? maaf kalo sy slh.. huhu

JR berkata...

Wah...baguslah tu, di sekolah jadi cikgu kpd murid2, di luar sekolah jadi cikgu blog kpd rakan2 blogger. Semakin popular dan glamour lah cikgu lepas ni...

lelamaisara berkata...

wah cikgu dah jadi cikgu mengajar subjek blog...heheh

ALoNa CintamaniszLite berkata...

wah...cikgu etuza sudah dikenali ye kat sana...dan dan jadi sifu utk blogger baru...tahniah...

HeNRieTTa JoSe berkata...

bnyak nye peminat....hehehe.....rietta xde peminat....

Unknown berkata...

sampai sini sudah...lama xdtg cni

Mrs Velentine berkata...

peminta ke peminat cikgu??tapi blog cikgu mmg bagus bah..nah terkenal sudah cikgu ni

Arluva 25 berkata...

malam cik gu

Bunda_nora berkata...

wah! cik gu dah popular lah...PESONA apa lagi..Tahniah lah cik gu..

Tinta Lana berkata...

Salam.

Wahh..famous uncle ni,hehehe ^_^

Ya, betul. Sampaikan ilmu walau hanya sepatah kata.

Solehah Shamsuddin berkata...

wah popular cikgu eh. tahniah cikgu :)

Flower Haziqah berkata...

Assalamualikum pa..wa tahnia! jadi tutor blog x rasmi..hehe

THE AUTHOR berkata...

Dulu buat blog dgn sekarang memang berbeza..
Ramai juga peminat blog Cikgu.....kikikkki.

Saya adalah salah seorangnya

Unknown berkata...

Cik Nur & MV Yup! silap Peminat bukan Peminta..sorry ..thank's all

Nurul Says berkata...

nda pernah lagi saya jumpa reader saya yang tiba-tiba tegur bgtu cikgu..selalunya mesti berkawan dulu baru jumpa..kalau ADA mesti nda tau mcm mana mau respond ha ha

Unknown berkata...

best nya bila ada yg kagum dgn blog etuza..... kena hargai