skip to main |
skip to sidebar
Kalau awak nak tahu, ketika ini hatiku dalam keadaan lara, sedih dan aku rasa ada tangisan dan air mata di lubuk jiwaku yang dalam. Sebagai manusia yang normal, bohong jika kita katakan tak pernah bersedih, tak pernah kecewa, tak pernah menangis sekalipun awak tu lelaki. Itu manusia normal. Kesedihan melanda kenapa? Apa puncanya? sudah kah berputus asa nak teruskan kehidupan yang baru memijak Januari 2013!.
Ada saja yang menyebabkan aku berfikir, lalu perkara itu menganggu emosiku, menganggu emosi seorang yang bergelar ayah. Benarlah kata orang bahawa manusia ni bila dah besar susah nak kawal, bukan macam binatang macam kerbau, kejar tangkap hidung cucuk dengan tali kemudian ikat kat batang kayu hidup berbatang besar dan sasa, tak melepaslah kerbau tu.
( Mohon Boni Kacak Blog,boni halalkan gambar ni~ just ikon wajah lelaki normal )
Nak bagi kebebasanpun kena juga diberi, cuma kalau lah si anak berakal pandai-pandailah balik ke rumah kala dah sampai maghrib, dampingilah keluarga saat ibubapa masih sihat. Takkan ibubapa dah sakit kerana tua, dah tak larat nak jalan tegak tapi bertongkat baru nak dampingi ibubapa, mampukah awak wahai anak jika ibubapa dah tua esok baru terniat nak jaga hati ibubapa?. Kasihilah ibubapa selagi sihat, bahagiakan ibubapa selagi mampu bergurau dengan kekuatan yang dia masih ada ketika ini. Sayang sekali rupanya bukan mudah menjaga anak kalau sudah meningkat remaja. Remaja lelaki dan remaja perempuan memang ada beza cara penjagaan. Dulu mak pernah kata
" masa anak baru lahir, belum pandai jalan senang nak jaga, tapi esok2 kalau dah besar payah nak jaga, kena fikir tu, anak ni kena jaga elok2 masa kecil, melentur buluh biar dari rebungnya"
Inilah bab menyesakkan rasa ku, adakah aku dah jalankan benar2 tanggungjawab mendidik anak-anakku sendiri. Rupanya aku terlepas pandang kuatnya pengaruh luar hingga ada anak remaja menganggap kawan di luar sana lebih membahagiakan dari berdamping dengan ibubapa. Kenapa ini terjadi?
Ya Allah selamatkan anak-anak kami, selamatkan dari membuang masa yang tak berfaedah, jauhi mereka dari sikap membelakangkan ibubapa, kerana perbuatan itu amat2 memedihkan ulu hati seorang ayah dan ibu.
@hakcipta etuza
Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini
19 Pesona Kata Hati Mereka:
sebagai anak, sy akan cuba sedaya upaya untuk tidak melukakan hati mak ayah saya~ :)
alangkan sahabat2 nabi saw pun menangis ketika berdoa dan bemunajat kpd allah swt ..
nabi yakob menangis sampai buta mata nya atas kehilangan puteranya, Yusuf (nabi ) ..
ini kan pun kita ...
tiada apa yg nak dimalukan jika laki menangis
cikgu, setiap orang akan menangis cikgu dalam dunia ni, x kira lelaki ataupun perempuan...
ye betul tu cikgu, bila dah besar remaja nak jaga anak2 tu memang lain caranya dan mereka kadang2 lebih seronok dan asyik dengan dunia mereka sehingga terlupa pada ibubapa... almaklumlah tengah nak naik... tapi walau apa pun parents yang kena pantau...
cikgu dan farah dah sama2 melalui alam tu kan? jadi kita lebih faham, mungkin kita boleh gunakan pengalaman kita dalam menghadapi mereka? sabar ek cikgu, pasti ada penyelesaiannya...
cikgu...spt kata pepatah org2 tua dulu,menjaga sekandang kerbau lbh senang dari menjaga seorang anak...ada ketikanya..anak lbh mempercayai...lbh mendengar nasihat kata2 kawan2nya..terutama bab cinta...jarang yg ada mau berkongsi dgn ibubapa..
En Etuza, sye sgt2 paham sbb bila air mata ayah n ibu jatuh, sengsaralah hidup sye sbg anak mereka. Dulu time remaja mmg bnyk memberontak tp skang dh besar n dh keje, mmg cukup2 terasa yg ibu bapa adalah segal-galanya. Sye dulu time belajar, cukup takut ngan air mata mak n ayh, terutama mak. Ayah sye plak strict terutama sembahyang, pemakaian n belajar. alhamdulillah, ayah ajar kami dr kecil x kuar mlm n masuk je maghrib, klau main kat luar, mesti ayh cari kitorg and bwk balik.....bila teringat balik, kesian ayah balik keje letih2 tp cari sye n adik2 yg degil main kt taman permainan waktu maghrib.....
hmm.. baca ni terasa sedih plak memikirkan emak dan ayah di kampung.. MAcam mana lah mereka boleh membesarkan anak sulung yang nakal ni. Mesti banyak yang mereka lalui. huhu
nak jaga anak ni bukan perkara mudah.. hurm.
Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Nai doakan fasa peralihan remaja ni cepat2 berlalu dan semoga Allah Permudahkan segala urusan Cikgu, ameeen..
btl ckp aqu mad tu
kata dr.muhaya, kita jadi ibu bapa ni ada doa. doa seorang ayah kepada anaknya adalah antara doa yang dimaqbulkan. wallahua'lam
Mad kadang2 lakonan orang lama lagi best dari pelakon baru masa kini..
tengok ja lakonan P ramlee betul2 ada pesona hingga kini masih bertahan..
penah lihat airmata hubby dpn mata sy.. terakhir masa arwah ayah deqla meninggal. :(
risau dalam membesarkan anak2 takut kalau terlalu dibebaskan nnt membawa padah
ye betul. lelaki pun ade hati dan perasaan mcm org ppuan. :)
9n0L4
Sama saja ..cuma lelaki masih kuat nak pegang ego dan kekerasannya tu. Tapi dalam bab melihat kurang sopannya anak depan mata, sungguh tak tertahan nak menangis. Rasa tak sanggup nak melihat masa depan mereka tak terbela dek kerana ikut perasaan muda mereka yg tak berusaha semasa ada peluang.
Akhirnya aku berfikir, memberi mereka pilihan cuma doa yang tak pernah putus untuk anak2ku.
perkara sebegini lah yang buat saya termenung panjang kadang-kadang.. apakah saya sudah bersedia untuk menjadi seorang ayah.. adakah saya sudah bersedia untuk menjadi pendidik kepada anak2 dan keluarga saya.. makin lama difikir, makin takut saya.. saya takut tak mampu..
p/s : saya izinkan je cikgu :)
TQ Boni Kacak..awak memahami jiwa blogger
lelaki pun ada perasan,jiwa dan sensitif...
takpe cekgu. nnt sikit mase lagi, dorang akan phm dgn sdirinya bile bergelar ayah. ;)
Catat Ulasan