Nak tunjuk nilah makanan etuza di kapal terbang MAS
21 hb sept 2012. Sedap tau!
Suatu masa dahulu ada kawan tanya, pernah kah naik flight? . Etuza kata belum pernah. belum pernah pergi melawat dalam Negara Malaysia lah ni kan!. Etuza kata, macam saya ni, orang kampung,manalah ada kewangan nak melancong jauh. Dalam negeri sendiri pun belum tahu semua kawasan. Contohnya Pulau Sipadan di Tawau. Banyak lagi kawasan yang menarik di Sabah ni. Sebenarnya dalam hati berbunga-bunga nak sangat melihat panorama Kuala Lumpur, tengok orang-orang di sana. Budaya dan kesibukan kota Kuala Lumpur yang dikatakan kota Metropolitan itu. Nak tengok kehebatan depan mata KLCC tu. Bangunan tinggi yang sudah pasti menjadi sebutan dunia masa kini. Seingat KLCC dan Puterajaya yang sungguh gah itu, adalah hasil idea di zaman kepimpinan mantan menteria Malaysia Datuk Sri Mahathir Mohamad. Dia kan digelar bapa pem,bangunan bapa pemodenan Negara Malaysia.
Banyak jasa dia tu sebenarnya.
21hb Sept 2012 bersamaan hari Jumaat, bagaikan mimpi rasanya, etuza, isteri dan anak pertama etuza memijak tanah dan bumi di Kuala Lumpur, di KLCC dan di hadapan Puterajaya. Lengkap dengan aktiviti etuza bertiga iaitu menunaikan solat wajib Jumaat di masjid Puterajaya. Sungguh merasakan satu pengalaman yang sukar dilupakan. sampai bila-bilapun tak akan lupa.Sungguh tak pernah menyangka akan pijak kan kaki ke sana.Etuza amat bersyukur kerana dengan berkat dan rahmat Allah serta restu Allah etuza dapat menjejakkan kaki dan langkah ke Kuala Lumpur.
Masa di dalam flight, rasa menikmati penerbangan yang mengujakan, etuza sempat mengambil gambar ( lihat gambar kecil tu ) sebagai satu bukti etuza berada di ruang angkasa. cantik nampak, kehijauan pepohon dan kelompok perumahan dan pembangunan tersusun indah dan sesekali nampak bagaikan garis lurus serta bercorak jalan raya dan sungai2 kecil bersimpang siur. Aduhai lautan yang biru seolah nampak dasar laut kadang biru kadang hijau kelihatan di dasarnya. Lepas tu, etuza nampak awan tebal biru putih tenang saja melihatnya. Subahanallah..( boleh terbang besi ni~ teknologi maju)
Etuza tak makan kek tu, takut perut memulas, manalah tahu bila buang nanti jatuh menimpa kepala orang kat bawah tu. Berdosa etuza ( hahaha ) ada tonglah menyimpan disediakan pun kat kapal kan. Tapi betul etuza harus hati-hati, biarlah bila di darat bolehlah makan banyak, banyak tempat menyorok.
Sampai di KLIA yang punyalah besar dan cantik itu ( lapangan terbang antarabangsa Kuala Lumpur ~ bertaraf dunia oooo ) kami tunggulah mamat berbaju merah dalam gambar tu.
Assalamualaikum inikah saudara "EDWIN"? inilah pertanyaan pertama dia. Oh ya, kamilah ni baru sampai, minta maaf ya, tadi saya sms kamu, kata kami ada di aras bawah, rupanya kami di aras tiga ruang ketibaan. Tak apa, ok marilah saya bawakan bagasi tu, kita terus ke kereta saya di bawah ya. Blablabla..cerita punya cerita, akhirnya sampai di PUTERAJAYA. macam mimpi lagi nampak bangunan ni yan g sangat cantik. Masa etuza tiba tu, ramainya para pelancong dan pelajar melawat kat sini. Semuanya sibuk ambil gambar kenangan lah tu kan.
Aku bawa abang kat sini, sebab Lane ( kawan mamat ~ dan cousin etuza juga) kata abang teringin nak solat jumaat di masjid dekat Puterajaya ni.
Ya, betul, hari ini impian itu tertunai, alhamdulillah syukur dan terima kasih sangat ya Mat, bantu kami jalan2 sejauh ini. kalau tak, tak akan ada warna yang menarik pada ketibaan ( lawatan )a kami di KL ni paling2 pun hanya berlegar-legar di KLIA sahaja.
Adnainya Mamat tahu, sungguh rasa gembira berkenalan dengan Mamat,semoga Mamat dan keluarganya beroleh kebahagiaan dan dimurahkan rezeki. Kepada adik Lane Madai~ Tq so much ya. To my daughter good bye and good luck. Take care di rantauan . Amin. bagilah sedikit perkongsian komen yang menambah rasa dan warna entry etuza petang 23hb Sept.
Aduhai KL
Pama dan landainya.
Tapi banyak tol minta duit.
Hehe etuza senyum ja.
10 Pesona Kata Hati Mereka:
Wah sedapnya hidangan yg MAS sediakan tu..:)
Selamat datang ke Malaysia Barat,khasnya ke bandar metropolitan Kuala Lumpur dan bandar pentadbiran negara Putrajaya..semoga bergembira melawat di sini...:)
Opps lupa nak khabare udah follow u juga..
X sempat nk jumpa cekgu....saya ada kat klang....nk pegi KL tu x jauh mana....insya'allah ada rezki nnt bisa kita berjumpa dan berbual-bual....
rasanya pasti nak jumpa KJ..ni pelawaan istemewa bagi pacik etuza ya..tq perihatin. hehe KJ orang2 kat sana kenapa kata " kamu orang indon ke?" aduhai terasalah asing sangat ke orang sabah ni kat sana.
Adakah slang bahasa melayu kami lain tu sebab " kamu nak balik indon ke?
aduh cikgu..sudah lama saya tidak jejak bumi semenanjung..entah bila la dpt ke sana lagi.. cikgu ke sana melawat anak ya??moga semuanya selamat yea cikgu..
Bleh tahan gak yek food yg MAS sediakan tu...
*KL mmg best tapi taraf hidup tinggi..
saya dok penang. dulu masa mula2 sampai KL, rasa ta'jub jugak... maklumlah, masa tu baru umur 10 tahun.. sronok tengok klcc ngan mnara kl depan mata.. ehehe
wah nampak sedap juadah yang dihidangkan MAS..
alhamdulillah dah jejak kaki ke semenanjung..saya ni entah bila berkesempatan ke malaysia timur..teringin sekali...
haha. lawaklah cekgu ni. ingatkan apelah yg kalau buang kene kepala org tu. ;)
Catat Ulasan