Halaman


 Banner

❤Detik Detik Indah Dalam Hidupku❤

Selasa, 4 September 2012

Inilah dia orang yang baik hati itu ~ Terima kasih & Syukran

السلام عليكم ورحمة الله وبركات

inilah lelaki yang baik hati membantu apa perlu dilakukan
di KKIA pada awal pagi jam 4.30 pagi.
Penerbangan anak ke KLIA jam 6.05 pagi.

2hb Sept 2012 merupakan hari pendaftaran kepada mana2 pelajar yang berjaya melanjutkan pelajaran di mana mana universiti di dalam negara ataupun di luar negara. Masing2 dengan bangganya pergi mendaftar dan ibubapa kena bagi sokongan padu kepada anak tersebut. 
Dalam gambar ni, etuza, ipar dan isteri sebenarnya pergi menghantar anak serta anak buah ke airport lapangan terbang Kota Kinabalu, Sabah. Mereka berdua hendak menaiki kapal Mas menuju ke KLIA di tanah sebenarng sana. Terasa banyak betul perubahan KKIA ni, kalau nak cek in kena guna mesin skrin touch dah sekarang. Dulu adik lelaki etuza pergi belajar di sana tak adapun semua ini. Paling etuza ingat hanya cek beg dan tiket ja guna sistem biasa, iaitu hulur ja kepada pekerja kat sana. sekarang ni sistem baru, banyak perlu dilakukan awal.Kalau tidak melepaslah dan bersedia hadapi risiko kos penerbangan yang mencecah ribuann ringgit.

Mana ada orang yang berpengalaman nak beritahu kita keadaan bagaimana cara nak pergi jauh dengan flight Mas atau Airasia. Hanya mereka bagitahu apa yang hendak kita lakukan bila kita sendiri datang bertanya. Apa faedah kita diberi mulut jika malu bertanya, dan tidak ada salahnya jika kita beritahu hal sebenar bagaimana hendak pergi jauh dengan ada keikhlasan hendak membantu. Pada etuza, lebih baik perturunkan ilmu dan pengalaman yang ada dalam diri seseorang, kerana dengan tindakan berkongsi ilmu dan pengalaman kita dihormatii dan disenangi ramai. Inilah yang berlaku pada keluarga etuza. Ada yang sudi dan ada yang tidak sudi. Namun dengan berkat doa yang tak putus2 akhirnya semuanya selamat dan lancar, kerana ada orang baik dikalangan orang2 yang baik. Pastinya dengan keyakinan ini Allah beri imbalan pahala kepada orang yang beramal baik. Insyaallah.

Sepatutnya seseorang pelajar yang telah mendapat tawaran masuk ke Universiti dan juga ibubapa perlu bertindak segera, tindakan2 seperti berikut perlu dilakukan sesegeranya iaitu:

1.Terima tawaran dan hantar semua dokumen sokongan jika diminta oleh pihak universiti.
2. Baca arahan pembayaran yuran / daftar pertama ke bank yang diberitahu. Contohnya Bank Islam.
3. Jika Universiti itu di Johor atau Selanggor kena tempah tiket awal agar tiket lebih murah .
4. lengkapkan segala dokumen seperti pasport jika belajar di luar negara.
5. Usahakan agar mencari penaja biaya pendidikan awal, isi borang online agar tidak terlepas.

Tindakan bila di lapangan Terbang.

1. Kena rancang perjalanan awal ~ lebih selamat
2. tiket kena scan menggunakan mesin skrin touch di luar lapangan terbang tempat masuk berlepas. ~ hai mujur orang dalam gambar tu bagitahu etuza, kerana etuza bertanya buat apa di hadapan skrin touch tu. Mujurlah dia bagitahu dari A hingga Z. Subahanallah syukran padaMu ya Allah ada orang baik hati macam dia.
3.Bagasi kena usung dan naikkan ke landasan bergerak. 
4. Berwaspada lepas ni kerana jika 3 kali panggilan masuk ke ruang berlepas kita tidak ada, alamak hangus tiketlah ya.
5. Kalau sempat solat cepat2 pergi solat dahulu, doa banyak2 minta diselamatkan, kan ini first naik flight.
6. Tenang dan bersalamanlah bagi restu pada anak agar ia tenang belajar di rantau orang.

Nak bagitahu, etuza memang bayar tiket mencecah RM 432 untuk satu penerbangan sahaja. Apa daya, kawan lain dapat tiket awal hanya RM 230 sahaja. 1 kali ganda kan tiket anak etuza tu. Etuza dapat info kena beli tiket awal agar dapat tiket murah dari bekas murid etuza yang belajar di UKM Selangor dalam jurusan pendidikan, masa tu etuza di surau berjemaah dengan dia dalam solat sunat terawih yang lalu. Alamak sekali beli dah sah naik dah RM 432.00 so beli jalah anak nak belajar di Universiti.

Bukan tidak membaca, tetapi almaklumlah, kita ni manusia kadang lalai dan lupa. Kadang perkara yang penting boleh terlepas pandang. Mujurlah ada orang baik hati membantu. semoga orang dalam gambar ni beroleh kebahagiaan di dunia dan di akhirat,tak sempat tanya nama, sebaik urusan etuza bergegas nak ke toilet dan langsung pergi solat subuh masa tu. Syukran ya Allah.



Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

21 Pesona Kata Hati Mereka:

Unknown berkata...

Baguslah ada orang tolong cikgu sekeluarga..=)

Si Matatajam berkata...

Alhamdulillah nasib baik ada yg membantu..tahniah untuk anak cikgu yg berjaya ke universiti tu yek...

Unknown berkata...

owh..itu lah orangnya ye...

JR berkata...

Dlm dunia ini lebih ramai org baik dari org tak baik, tapi krn banyak sangat berita org tak baik dipapar dlm akhbar ada yg menyangka lebih ramai org yg tak baik dari org baik di dunia, wallahualam....

Cik Ai berkata...

tahniah tuk ank Cikgu Etuza..

kalo kita nk murah mmg kena booking awal cikgu..kalo x,2 kali ganda lah harganya =)

Ce'gu JAERA berkata...

bantu membantu itu satu kemestian dlam kehidupan bermasyarakat... kisah ini sungguh manis utk d kenang

Nick Nashram berkata...

saya pernah beli tiket mas dari KB-KLIA-KK last minit..mahal betul..nak tak nak terpaksa beli jugak sebab ade urusan kat sekolah sana..

Kancil 8349 berkata...

Alhamdulillah

azieazah berkata...

Tahniah anak dapat sambung belajar hingga ke menara gading. Moga terus cemerlang.
Pengalaman yg mahal bila melalui suatu suasana dan keadaan yg pertama kali. Betul, tak rugi ringan mulut bertanya.

Unknown berkata...

tertanya2 jugak semlm..hihi..ooo...itulah org yg baik hati tu.. :)

Unknown berkata...

kadang2 kita kena peka dgn hal2 yg kita terlepas pandang ni. tapi nasib baik ada yg menolong

Miss N™ berkata...

alhamdulillah..masih ada yang sudi membantu dgn ikhlas....

Unknown berkata...

baik hati dia..

THE AUTHOR berkata...

Anak besar panjang rupanya anak Cikgu yek...
Tahniah cikgu..
Saya selalu percay dalam dunia ini masih ada orang yang baik hati..dan saya pun pernah alami macam cikgu..kereta rosak sanggup dia hantau carikan pomen...tapi tak nak upah..

Everything's Everythings berkata...

Oh hampir 2 kali ganda bayaran dia tu.. susah juga kalau terlambat booking ni, harga ticket tu dh macam harga ticket one way air asia ke jepun xD

Apa-apa pun alhamdulillah, semuanya berjalan dgn lancar

lelamaisara berkata...

alhamdulillah ada juga orang yang baik hati membantu keluarga cikgu ya....

dya nasir berkata...

kalau nk beli tiket flight mmg kne beli awal2..kalau tak harga tiket 2x gnda..

Masha Meisters berkata...

alhamdulillah ada yang baik hati membantu cikgu ertuza sekeluarga kan :)

vendoline berkata...

ade kesempatan balas la jasa dia.hehehe

~Cik Sweety~ berkata...

ank cikgu etuza blajar d uni mana ya?? tahniah ya umtuk ank ckigu dan keluarga..moga ank cikgu dapat sesuaikan diri dgn suasana kampus.. selamat hari raya cikgu..

9n0L4 berkata...

nice tips cekgu. tips dari pengalaman kan. ;)