Halaman


 Banner

❤Detik Detik Indah Dalam Hidupku❤

Ahad, 22 Julai 2012

Istimewa Ramadhan 1 & Cerita Etuza

السلام عليكم ورحمة الله وبركات
Istimewa Ramadhan 1
Bulan Ramadan adalah bulan yang memiliki kesucian dan banyak keistimewaannya. Di antara keistimewaan-keistimewaan bulan Ramadan ialah:

1. Bulan yang terpilih untuk melakukan ibadah puasa sebagai tanda kesyukuran kepada Allah di atas segala nikmat-Nya. Firman Allah s.w.t:
Terjemahannya:
Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana yang telah diwajibkan ke atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa.(Al-Baqarah: 183)
SUMBER DARI LAMAN  http://doaharian.blogspot.com/



ha inilah Nuraliya ( gambar ni belum sekolah)

Seawal jam 4.20 pagi pada pagi sabtu, dikejutkan oleh suara seorang wanita yang penuh tanggungjawab, membangunkan etuza dengan ajakan untuk bersahur. Terasa mata sukar hendak dibuka, terlalu payah hendak bangun seawal pagi hari itu, kerana kebiasaannya sayup azan bergema barulah etuza bangun kerana amalan yang biasa mesti bangun jika terdengar azan. Di tempat tinggal etuza memang azan sayup kedengaran kerana berada jauh dari perkampungan, pun begitu azan masih kedengaran. 

Di atas meja sudah dihidangkan dengan juadah untuk sahur. Memang kurang selera nak makan terlalu awal, namun harus juga menjamah makanan untuk alas perut seharian berpuasa. Seisi ruamh berpuasa hari pertama dan hari ini puasa ke 2 kali juga sama semuanya masih bersemangat berpuasa. Solat jemaah isyak dan jemaah solat terawih juga telah terlaksana di surau desa kelahiran. Alhamdullilah kami mengharapkan rahmatMu ya Allah dan terima lah puasa kami.

Kanak-kanak berusia 7 tahun dan duduk di kelas tahun 1, semalam menghulurkan kad biru dari guru agamanya seorang ustazah. " kalau Aliya puasa satu hari tandakan ruang tandatangan bukti Aliya puasa, kalau penuh ruang pada kad ini Aliya akan dapat hadiah tau"
" Ustazah Nurhasymah akan bagi hadiah nanti" Inilah kata-kata anak ke 7 etuza semalam. Bangga pula dan rasa sangat bersyukur kerana Aliya menampakkan usaha dan kometmen, semangat yang membara untuk sebulan berpuasa. " kalau ada x tak puasa tidak dapat hadiah, esok Aliya nak puasa lagi lah "

" Kenapa kita puasa bapa?" Timbul pula pertanyaan sikecil. Etuza lihat matanya seolah inginkan penjelasan. " Kita orang Islam mesti berpuasa, bapa, mama, kakak dan abang2 semua kena puasa, kalau tidak puasa berdosa. Kalau puasa dapat pahala dari Allah. Allah akan sayang kita dan selalu menjaga kita di mana saja kita pergi" 
" Puasa tu tak boleh makan dan minum ke? boleh kah telan air liur?" Dia bertanya lagi dan memang benar2 hendak kan jawapan yang pasti. " Iyalah..kena tahan lapar dan haus, makan apa saja dan minum air apa saja tak boleh dari pagi sampai maghrib, telan air liur tidak batal puasa, sebab air liur tu sedia ada dalam mulut kita, tapi buat apa nak kumpul liur, buang ja kalau ada air liur terkumpul dalam mulut"

" Ha..bercakap bohong, bergaduh, ejak-ejek tak boleh masa puasa ya, nanti hilang pahala puasa, bukan bulan puasa pun memang tak boleh berbohong, mengumpat dan ejek-ejek ni, kita mesti amalkan sikap yang baik, solat lima waktu, rajin tolong mak, kena membaca buku pelajaran, kalau asyik tidur saja tidak ada ertinya puasa kita, faham tak!" Inilah nasihat atau pesanan etuza kepada anak2 etuza yang masih di bawah umur 12 tahun ( 3 orang). bagus juga anak perempuan saya bernama Nuraliya ni, nampak ada usaha dia untuk bertanya dan ingin tahu tentang puasa dan perkara yang membatalkan puasa. Semetara yang dah remaja tu, diam saja mendengar etuza memberi penerangan kepada adik2 mereka.

Seharian puasa hari pertama jam 9 pagi dah rasa pedih perut. Rasa dahaga lagi lah terasa, seolah nak petik ja buah kelapa yang rendang tu kat laman rumah. Etuza kelmarin dari jam 8 pagi hingga jam 12.00 tenga hari urus bunga di laman, buang rumput, bagi baja subur, baja bunga dan siram pada pasu2 bunga yang tanahnya kering. Yang paling seronok tu etuza baiki kolam  terbaru etuza yang etuza buat 2 hari sebelum puasa menjelang. Bila ada air, pandai kurang airnya, bermakna ada laluan air di celah dinding batu pada kolam tersebut. Insyaallah dah siap etuza ambil gambar dan kongsikan dengan teman blogger ya.

Info berbuka etuza pada 1 Ramadhan.

( air kelapa dan air cendol. 2 biji kurma, 1 biji pisang, 1 kuih lenggang, 1 kuih kukus dan 1 kuih puteri terjun. Sebelum minum air etuza makan kurma dan pisang dahulu ) Percaya tak etuza tak makan nasi lepas tu, lepas solat maghrib terus ke surau bersama anak2 lelaki. Hidangan morie kat surau etuza tak sempat makan, niat nak makan di rumah tapi tak jadi pula makan nasi, tak ada selera nak makan nasilah pula.Bila balik dari surau etuza buat kopi dan makan sebiji kuih lagi ( adakah ini pula selera etuza).  Sahur pagi hari ini baru makan nasi berlaukkan ayam masak kari. ~ Selamat berpuasa hari ke 2.

Pesona Ramadhan 2
Etuza.

Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

23 Pesona Kata Hati Mereka:

Cik Ai berkata...

salam ramdhan cikgu..
bagus Nuraliya ada perasaan ingin tahu..sekurangnya apa cikgu dia lakukan memberikan dia semangat tuk trs berpuasa :)

Muttallif berkata...

Puasa mengajar kita untuk mendisiplinkan diri sendiri. dari segala perkara yang boleh membatalkan puasa.

dulu, teringat masa kecik2...ayah akan berikan RM10 jika puasa penuh.

Tapi, setelah hampir memasuki darjah 6, mula memahami apakah ertinya puasa RM10 bukan lagi sebagai satu habuan.

Tapi, yang penting...didikan untuk memahami puasa itu ada dan tercapai. :)

RIZZNA berkata...

anak CiM yg 5 tahun tue belum nak puasa lagi, tak macam abg dia masa 5 tahun dulu dah cuba2 nak puasa walaupun setengah hari.

Inilah pengorbanan wanita yg sanggup bangun awal pagi untuk menyiapkan juadah. tapi, kadangkala hubby CiM pown ada masa dia yg bangun dulu panaskan lauk pauk yg dah di masak :)

azieazah berkata...

Sesuai disebut Warna Warni Kehidupan. Meriah. Sambutan Ramadhan yg sesderhana tapi teratur...

Selamat menjalani ibadah puasa, ETUZA...

JR berkata...

Setiap kali Ramadhan saya yg menyediakan juadah bersahur, bila dah siap semua makanan dan minuman baru saya gerakkan isteri dan anak2 bangun bersahur. Pada masa mula2 kawin saya ingat semua suami begitu - menyiapkan makanan dan minuman sahur untuk isteri dan anak2 , tapi lepas dah lama kawin baru saya tau tidak semua suami begitu. Ketika itu baru saya sedar betapa bertuahnya saya kerana sepanjang Ramadhan dpt bangun pagi pd jam 4, beruntungnya dpt menikmati keheningan pagi yg dingin dan sesekali mata menjangkau bintang2 yg berkerdip di luar jendela... dapur...

Cendol berkata...

haha pesanan tu same mcm pesanan mak..jgn gado2 jgn ejek2..hihi
salam ramadhan kareem!meriah nye keluarga Etuza.moga sentiase dlm rahmatNya =)

Unknown berkata...

selamat berpuasa dan salam ramadhan dari remy.......

~Cik Sweety~ berkata...

bagus anak cikgu etuza aliya tu..kecil2 sudah ingin tahu tentang kehidupan..budak yang banyak tanya ne memang pintar ba cikgu..hihi..

Selamat berpuasa tuk cikgu etuza sekeluarga..

Miss N™ berkata...

comel nuraliya..!
dah kuat untuk bpuasa..moga aliya dapat puasa penuh tahun ni.. :)

selamat bpuasa juga buat cikgu etuza.. :)

Si Matatajam berkata...

Alhamdulillah untung dapat anak yg baik cam Nuraliya tu... Nak tanya kuih puteri terjun tu camna yek?

dieyna berkata...

jawapan jitu daripada seorang bapa.. saya kagum dengan cikgu etuza...

Kancil 8349 berkata...

Salam ramadhan cikgu...

Kamsiah yusoff berkata...

salam
semua anak2 saya mula berpuasa penuh sebulan ketika berusia 7 th...walaupun kesian tgk...blk sekolah letih tak bermaya...tp terpaksa juga mendisiplinkan mereka...jgn dah 9,10 th pun masih liat nak puasa...

Nyue berkata...

salam ramadan cikgu :)

Cikgu, sory nyue jarang2 terjah sini coz bz..selamat menjalani ibadat puasa taw :)

Unknown berkata...

deqla pun kurang selera mkn awal2 pagi..salam ramadhan cikgu...

Mrs Velentine berkata...

selamat berpuasa cikgu

gadisBunga™ berkata...

saya rasa sepanjang ramadhan ni saya puasa kopi lah!

Hanif berkata...

Selamat menjalani ibadah pausa

Yana Halim berkata...

Salam Ramadhan cikgu...

semoga ibadah di bulan ini dipermudahkan.

dya nasir berkata...

pandainya cikgu buat kolam sendiri

Unknown berkata...

Asalamualaikum Simatatajam.
Hehehe..kuih ondeh2 sebenarnya tu, gula melaka intinya, dibuat dari tepung pulut dan lumur2kan dengan kelapa parut. Sedap tu.

Unknown berkata...

sanagt2 berterima kasih kepada yg setia ke laman pesona. Ramadhan ni..kekadang letih menahan lapar dahaga, so mohon maaf juga jika tak sempat terjah blog anda ya.

9n0L4 berkata...

tulah hikmahnye pose kan cekgu. makan sikit dh kenyang. berkat tu. ;)