Halaman


 Banner

❤Detik Detik Indah Dalam Hidupku❤

Isnin, 16 April 2012

Jika ajal sudah menjemput ( Gempar Keningau)

السلام عليكم ورحمة الله وبركات

ANGGOTA Bomba dan Penyelamat berusaha menurunkan mayat Gilbert Santos Alani
 yang terkena renjatan elektrik di Tamu Apin-Apin, Keningau, pada 13hb April 2012.

   "Ada dengar tak, kematian seorang Juruteknik Pendawaian Elektrik di Kg Apin-Apin 13hb April minggu lalu" kata kawan setugas di perhimpunan rasmi pagi2 hari ini.  " Badan mangsa tu terjuntai atas talian elektrik, mangsa tu hanya pakai selipar dan seluar pendek ketika naik ke tiang elektrik menggunakan tangga, menurut yang saya dengar dia terkena renjatan elektrik sebaik menyentuh wayar elektrik diiringi letupan menyebabkan seluruh Kg. Apin-Apin,Keningau mengalami gangguan elektrik" Kawan saya menambah cerita.

" Tidak ada pula saya dengar, kasihan, bagaimana boleh terjadi macam tu? tak  menghubungi ke pihak Lembaga Elektrik sebelum bertindak membuat pembaikan?" Inilah kata saya. " Entahlah, akan berlaku siasatan akibat kemalangan mengerikan ini nanti, saya percaya akan ada penyiasatan di pihak pusat" Kawan saya mengakhiri cerita.

Ini berita kejadian ini di Utusan Online.


KENINGAU 13 April - Hasrat bapa kepada tiga anak untuk berhijrah ke Afrika tidak kesampaian apabila dia menemui ajal sewaktu bertugas menyelenggara sambungan lampu jalan di Tamu Apin-Apin di sini hari ini.
Gilbert Santos Alani, 39, dari Kampung Biah Tengah di sini dan bekerja sebagai juruteknik pendawaian swasta, maut terkena renjatan tenaga elektrik ketika menjalankan kerja-kerja itu pada pukul 11 pagi ini.
Ketua Bomba dan Penyelamat Keningau, Janil Jaya berkata, mayat mangsa ditemui tergantung di atas kabel elektrik di tepi jalan dalam keadaan terkulai.
Menurut beliau, pihaknya dimaklumkan mengenai kejadian itu pada pukul 11.16 pagi dan bergegas ke tempat kejadian dengan sebuah jentera bersama lapan anggota dan sebuah kenderaan utiliti.


Sesungguhnya kehidupan ini jodohnya ialah kematian, apabila ajal sudah menjemput tiada siapa yang boleh menghalanginya. Marilah ambil iktibar dari kejadian ini. Semoga kita tergolong sebagai hambaNya yang dimatikan dengan tenang dan mendapat syafaat Nabi Junjungan. Wallahualam.

Berita keningau, kongsi etuza.

Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

11 Pesona Kata Hati Mereka:

dieyna berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Unknown berkata...

Takziah, bukan muslim ya.Dieyna, maaf terkeliru.

Deru Ombak berkata...

Assalamualaikum Cikgu ..

Mama singgah sebelum tidur.

Belasungkawa buat keluarga simati. Kematian yang menyedihkan..

adarain berkata...

la macam mana boleh macam tu..
bahaya tu kalo repair sendiri..
ajal dah datang,..

Kancil 8349 berkata...

Al Fatihah....apapun utamakan keselamatan ketika di tempat kerja.

Arina Shamsul berkata...

assalammualaikum cikgu..

amin~mudah2an ALLAH matikan kita dalam keadaaan yang baik dan beriman.

kasihannya..anak2 yang ditinggalkan tentu sangat sedih..

saya sedih baca cerita ni cikgu,mmg kehidupan itu jodohnya ajal.

Aine Ainun berkata...

Takziah..
Betul, kita sendiri tak tahu bila akan jadi pd kita...

Esok, lusa...sapa tau..kuasa Allah

dieyna berkata...

Takziah untuk keluarga si mati....
p/s : ucapan lama saya dah delete, maaf tak peka pada namanya..

9n0L4 berkata...

kesiannyaaaaa. namun ajal tak cepat & lambat walau sesaat.

Hanif berkata...

Ajal maut ditangan tuhan....
takziah buat keluarga mereka

~Cik Sweety~ berkata...

salam takziah tuk keluarga c mati.. Kuasa Allah..tak siapa yg tahu..