Halaman


 Banner

❤Detik Detik Indah Dalam Hidupku❤

Khamis, 11 Ogos 2011

Sikap malas-malasan ini hanya merugikan kita..



السلام عليكم ورحمة الله وبركاته




السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Tidak ke mana-manapun hari ini, hanya berehat-rehat setelah balik rumah selepas kerja. Menghantar anak ke kelas agama pada jam 2.00 petang kemudian balik rumah, baring- baring menghadap televisyen yang sedang menyiarkan rancangan drama bertajuk Rasiah Disebalik Wajah, agak menarik tetapi sesekali mata terlelap kemungkinan penat seharian berpuasa.

Tiada benda menarik yang ku buat petang ini, melainkan mengambil anak balik dari kelas agama pada jam 5. petang. Sebab itu terasa pening kepala ini  melayan rasa malas-malasan yang tidak mendatangkan apa-apa ini. Perlukah teruskan sikap buruk ini?. Sikap yang amat merugikan diri dan keluarga. Telefon berdering seakan tidak mahu ku sambut,tetapi tidak tergamak juga aku melakukan orang sesombong itu. Bila ku sambut rupanya bapa mentuaku meminta tolong aku hantarkan tong gas ke kedai menjual tong gas untuk di tukarkan. Alamak! bisik hati terlepas melihat kesudahan drma Rahsia Disebalik Wajah, pun demikian aku kena bergerak untuk pergi membantu, semoga ada hikmah pahala dariNya atas ketulusan ku pada bapa mentuaku. 

Aku benar-benar melayan kerenah malasku petang ini. Banyak juga benda atau kerja yang perlu dilakukan, melihat ruang tamu kurang terurus almaklumlah kedua-duanya bekerja, kuranglah masa banyak mengurus rumah. Sedang isteri menyediakan juadah berbuka..Ya Allah masih pula aku duduk-duduk di sofa membelek majalah konon nak baca tetapi terasa amat malas menghantui diri. Kalaulah begini berpuasa takut pula hilang pahala puasa. Akupun bingkas bangun memuatkan rasa hati dalam laman sesawangku EWWK sebagai entry petang ini sebagai menghilangkan rasa malas ini. Terdetik pula nak bercerita padahal sebenarnya ini kehidupanku, sedikit kiasan warna hidupku. Tetapi apabila timbul keinginan ingin menulis mencatat maka inilah hasilnya. Tetapi inilah yang ada di mindaku petang ini..dengan harapan kepada yang membaca ikhlaskanlah tegur sikap malas ku ini.

Berpuasa banyak perkara yang masih boleh dilakukan, sekalipun dalam bab mencari rezeki, menimba ilmu, membaca al-quran dan sebagainya. Dan yang pasti usahakan agar tidak mengumpat keji orang atau kawan sebelahmu. Apa saja amalan yang baik ketika berpuasa pasti mendapat imbalan pahala dariNya. Tetapi bila melayan malas semuanya hilang dan tidak pernah akan wujud di hadapan mata kita apa yang dikatakan sebagai rezeki dan apa juga yang berbentuk situasi yang menceriakan kehidupan kita. 

Jika demikian jauhilah sikap malas seperti yang aku lakukan di petang hari ini. Sikap malas sesungguhnya amat merugikan kita. Marilah bersama menghapuskan sikap malas ini. Amalkan sikap rajin yang sentiasa mengharap redha, rahmat dan rezeki dariNya. Buatlah kerja atau apa sahaja yang mendatangkan faedah dan kebaikan bagi diri kita, keluarga dan masyarakat. Percayalah bahawa doa atau impian yang selalu kita pahat dalam hati diiringi dengan usaha yang ikhlas dan bersungguh-sungguh serta tidak berputus asa pasti akan dikabulkan olehNya apa juga kemahuan kita. 

Dari kalbu etuza.




Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

4 Pesona Kata Hati Mereka:

nurshaf berkata...

go..go KRS,hehe

nurshaf berkata...

eh2, silap entry..

Unknown berkata...

Asalam fiq.
Thank sudi komentar ya..

nurshaf berkata...

no hal la =]