السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Wahai Allah yang maha benar dan maha bijaksana...
Wahai Allah yang benar dan punyai semua kehebatan tanpa batasan dan had..
Sesungguhnya jelas dan nyata bahawa Engkau pasti memberikan kami rezeki..
Rezeki yang tidak pernah putus mengalir dan kami genggam..
Rezeki yang akan menjadi alat menjadikan jasad kami terus utuh berdiri di BumiMu ini..
Sedang kami tunaikan puasa al-mubaraq..
Sedang kami tunaikan amala-amalan muaakad...
Engkau ya Allah lantas menganugerahkan rezeki..
Rezeki di bulan ramadhan kiranya umpama..
Sungguh berbesar hati menerimanya..
Jika itulah BONUS yang termaktub di lafazkan..
Akulah hambaMu yang antaranya megah menerima..
Walau aku tahu ada hambaMu seumpamaku meminta lebih berganda..
Pun ada sebegitu kutadahkan tapak tangan paling bersyukur kepadaMu..
Wahai Allah yang satu dan yang kudus..
Lihatlah hamparan bunga doa di jiwa ini..
Lihatlah tarian kata-kata mewangi untukMu..
Bahawa inilah tanda aku BERSYUKUR pada apa juga bentuk kudratMu..
Bahawa BONUS sejumlah itu mampu menjadi rimbunan kewangan kami..
Seandai saja ada karma untuk membina jalinan ekonomi..
Maka yang sedikit itu akan menjana sedikit demi sedikit..
Pastinya dengan rahmat dan restuMu maka tertunai hasrat itu..
Dan sungguh kami memohon halalkan BONUS kami ini...
Syukran ya Allah..
Alhamdulillah ya Allah..
Terima kasih ya Allah..
Sungguh Engkau maha pemurah..
Syukur wahai ramadhan kami...
Dari kalbuku: Etuza. WWK
3 Pesona Kata Hati Mereka:
asalam semua...semoga ramai yg bersyukur adanya bonus setengah bulan gaji ya..apalah salahnya bersyukur lah ya..
betul, semoga semua bersyukur dan bekerja dengan amanah, tapi bukan bekerja mcm kene pijak,kan,,,bekerja dengan akal, tapi tak disalah guna kan,,bekerja kerana Allah =]
Asalam..fiq
Ya betul tu..tugas tetap tugas, cuma iayalah jangan sampai lurus bendul semua nak buat, kerja orang pun dia buat sekali..hehe nasihat untk kita semua lah tu ya..
Catat Ulasan