Halaman


 Banner

❤Detik Detik Indah Dalam Hidupku❤

Sabtu, 30 Julai 2011

Ramadhan menjelang lagi dengan harapan keampunan dosa....





السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Rupanya bulan lembaran ramadhan kini diambang wajah kita, terasa begitu cepat berlalu, terasa sangat singkatnya masa bagaikan setahun yang punya dua belas ranting itu hampir dirungkai dengan pelbagai rasa kehidupan dan warnanya. Alangkah rugi jika ada antara kita yang menyelusuri kehidupan sehari-hari dengan ibadat yang tidak bermakna, amalan yang merugikan dan apa lagi jika amalannya itu tidak langsung memberikan kebaikan kepada kehidupannya. Marilah jauhkan amalan seperti itu, kerana hakikatnya apa juga amalan kita sepanjang masa akan dihitung kira oleh yang esa.

Lembaran ramadhan kini menjelang lagi, sepertinya kali ini ajakan untuk berpuasa dengan lebih berhemah, lebih kuat dan lebih afdal amat-amat dituntut kepada semua kita yang bergelar muslim muslimah. Jika ramadhan yang lalu itu, terasa ada kurangnya dari segi penghayatan dan pengisian ibadah maka inilah kesempatan yang terbuka seluas-luasnya memperbaiki, memperindahkan iman itu agar kewajiban berpuasa kali ini terpenuhi dengan kilauan rahmat dan berkat Ilahi ta'alah.

Lembaran ramadhan yang esok kita lalui, dengan lafaz kesyukuran, marilah berlari dengan penuh hemah dengan harapan segulung lagi tropi ke akhirat yang bakal digenggam menuju ke syurga Ilahi. Ikatkan genggaman tangan diantara kita tanpa terlerai tetapi terjalin ikatan ukuhuwa dalam bersama seirama menjana iman, menjana kepingan kasihNya ketika mula dan berakhirnya tirai ramadan al mubaraq ini. Jangan sekali keruhkan lembaran ramadhan kali ini dengan kemurkaanNya, kerana perbuatan mengerukan lembaran ramadhan hanya akan merugikan diri sendiri.

Lembaran ramadhan yang indah ukuhuwa ini, biarlah berseri, biarlah warnanya tidak terkeruh oleh titis hitam yang menyakitkan pandangan mata hati kita. Marilah mempertahankan emosi, nafsu, jiwa dan apa juga demi kerana ramadhan Allah. Pastikan segenap fizikal lahir batin sudah bersedia untuk tegukan air iman yang bertali bagaikan air mengalir damai dan penuh kelembutan membuai kehidupan kita. Biarlah siraman iman dengan seri ramadhan melingkari diri membaluti sehingga terpancar keindahan melihat tubuhmu kerana tubuh orang-orang berpuasa itu bagaikan terpancar sinaran yang serinya adalah anugerah luarbiasa dari Ilahi. Hati yang dulu lembutkanlah untuk beramal, bersedekah jariah, mengurangkan lidah memfitnah dan menabur pembohongan, jauhkan maksiat sejauh-jauhnya, tetapi berusaha dari segenap rasa dan ruang mendekatkan diri dengan Ilahi sekalipun ingatan zikrulah seperti mengingati kebesaran dan kehebatan Ilahi. 

Selamat menyambut ramadhan al mubaraq kali ini, semoga ada pesona pahala yang sesungguhnya hanya dia yang tahu menimbang tara amalan kita. wallahualam..



Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

3 Pesona Kata Hati Mereka:

mrs cekodok berkata...

selamat mnyambut ramadhan al mubarak buat pkcik etuza dan keluarga.

dari kami sekeluarga :)

Unknown berkata...

Alhamdulilah kita dipertemukan lagi dengan sinar ramadhan...semoga kita semua terpelihara dari merosakkan akidah puasa ..terima kasih mrs cedok..salam ukuhuwa fillah.Salam untuk suami ya..

Unknown berkata...

Slmat hari minggu Choy..
Terima kasih..kunjungan dan drop komen, semoga Choy dimudahkan urusan ya..