Rasulullah s.a.w terkenal sebagai seorang yang LUHUR, BAIK BUDI PEKERTI, SOPAN SANTUN, AMANAH, PEMURAH, PEMAAF, MESRA, JUJUR, ADIL, TAWADUK, BERANI DAN PEMALU.
Gelaran Al- Amin cukup membuktikan Rasulullah s.a.w seorang yang sangat dihormati lagi disegani dalam masyarakat Jahiliah. An- Nadar bin Al- Haris dari Bani Abdul Dar adalah sejahat-jahat musuh Rasulullah s.a.w tetapi mengakui bahawa baginda seorang yang berakhlak mulia.
Sejak kecil lagi baginda dipelihara oleh Allah .W.T. Baginda tidak pernah melakukan keja-kerja penyembahan berhala. Baginda amat benci kepada berhala. Baginda tidak pernah menghadiri sebarang perayaan atau sambutan hari kebesaran berhala. Rasulullah s.a.w tidak pernah memegang gelas atau botol arak. Baginda pernah bersabda:
"Tuhanku, mendidikku, maka baiknya akhalakku"
Baginda juga tidak pernah menjamah sebarang daging sembelihan yang tidak dismbelih tanpa menyebut nama Allah S.A.T.
Kelebihan & Keistemewaan Rasulullah s.a.w.
Kelebihan yang ada pada diri Rasulullah s.a.w dapat dilhat sewaktu baginda tinggal bersama keluarga Halimah. Walaupun ketika itu kemarau panjang, rumput kekeringan dan tanah-tanih ketandusan namun kambing-kambing ternakan keluarga Halimah tetap menghasilkan susu yang banyak.
Dalam perjalanan baginda ke Syam, cuaca amat panas namun sekelompok awan telah memayungi baginda. Ketika baginda pergi membuang air kecil, baginda mendengar batu-batu dan pokok-pokok mengucapkan selawat kepada Rasulullah s.a.w. Baginda hairan namun itulah keistemewaan yang baginda miliki hinggakan binatang, tumbuh-tumbuhan dan batu-batu menilai diri Rasulullah s.a.w berbanding dengan manusia yang berhati batu tentang kelebihan Rasulullah s.a.w sebagai penghulu para nabi dan rasul, serta Nabi junjungan akhir zaman.
Tinta etuzaWarnaWarnaKehidupan.
Adakah kita pada hari ini memiliki sifat Al-Amin nabi atau Rasulullah s.a.w. Adakah kita seorang yang memiliki salah satu sifat baginda itu. Alangkah berbahagia diri orang yang memiliki sifat - sifat baginda dalam menjana kehidupan di dunia ini serta dalam menjalinkan kehidupan bermasyarakat ketika di dunia ini.
Sedangkan Rasulullah s.a.w seorang lelaki mempunyai perasaan malu, tetapi pada abad ini, berapa ramai golongan manusia khususnya wanita dan lelaki yang tidak ada perasaan malu. Kita tengok di kaca televisyen lelaki dan perempuan berzina dihadapan pokok-pokok dan batu-batu yang pernah dahulu mengucapkan selawat ke atas Rasulullah ketika pergi membuang air kecil. Malah mereka beratapkan pokok, berbantalkan tanah membuat perkara terkutuk itu. Sungguh menyedihkan sekali keadaan manusia masa kini. Apa yang paling jelas ialah mereka butakan hati, mereka belai hati mereka hingga menjadi hati batu yang tiada perasaan malu kepada Allah S.W.T. Sayang sekali mereka lupa bahawa Allah yang menjadikan mereka di dunia, mereka punyai pengetahuan bahawa semua perbuatan zina adalah terkutuk tetapi mereka butakan hati dengan munurut nafsu hasutan iblis.
Lihat juga wanita yang cukup tidak malu dengan pakaian separuh sahaja. Alangkah memalukan lagi mereka adalah wanita yang beragama Islam tetapi memalingkan muka terhadap hukum dan perintah agama Islam.
Ya Allah berilah kami peluang mendidik jiwa dan menanam bibit serta sifat-sifat amanah, mesra, sopan dan rasa pemalu Nabi junjungan Rasulullah s.a.w. Jadikanlah kami antara muslim dan muslimah yang tawaduk terhadap apa sahaja keadaan semasa hidup di duniaMu ini. Ya Allah jadikan kami hambaMu yang tergolong dari golongan umatMu yang menerima syafaat Rasulullah s.a.w di akhirat kelak.
0 Pesona Kata Hati Mereka:
Catat Ulasan