Halaman


 Banner

❤Detik Detik Indah Dalam Hidupku❤

Selasa, 29 Disember 2009

Tahniah menerima tawaran belajar ke sekolah berasrama penuh

kasman
intan liyana
azie
Salam sejahtera.(Tahniah pelajar ini- Ke SMKA Mohammad Ali Ranau, Sabah)

Kelmarin Guru Besar SK. Penagatan memberitahu bahawa surat tawaran bagi 5 pelajar sekolah kami berjaya di tempatkan ke tingkatan satu sekolah asrama penuh di Sabah. Tawaran tersebut harus diambil oleh ibubapa pelajar yang berjaya, katanya tawaran perlu diambil sendiri di Pejabat Pelajaran Daerah Keningau dengan berjumpa dengan Tuan Haji Mokhsin di unit Pendidikan Islam.
Selaku ibubapa yang ada memohon ke sekolah yang dimaksudkan agak berdebar, tetapi debaran saya reda kerana anak saya azie juga berjaya ditempatkan di sekolah menengah berasrama penuh aliran agama itu.
Dua orang pelajar di tempatkan di SMK Agama Tun Mustafa Kota Kinabalu dan tiga orang di SMK Agama Mohamad Ali Ranau, Sabah. Hanis Syafika yang di tanya mengapa memilih Kota Kinabalu Sabah, memberitahu bahawa pakciknya bekerja di Kota Kinabalu, maka mudah baginya menghubungi pakcik jika hendak balik bercuti di kampung. Bagitu juga dengan adik Nazwan Danial, pakcik bertugas di Kota Kinabalu maka mudah baginya untuk mendapatkan bantuan. Azie, Kasman dan Intan Liyana nampaknya sependapat bahawa abang dan kakak mereka bersekolah di SMK Agama Mohamad Ali, Ranau, maka semestinya mereka suka bersekolah di situ.
Sebagai muslim yang sangat cetek ilmu keagamaan bagi saya ayah kepada azie, merasa di sinilah tempat yang paling sesuai baginya menimba ilmu agama dan memperdalamkan pengetahuan agama Islam. Soal mendidik agama Islam di rumah rasanya saya sangat kekurangan. Saya harap azie dan kawan-kawannya merasa ikhlas mempelajari agama Islam dan menggunakan ilmu agama itu sebaik mungkin. Pada saya anak-anak harus kita berikan pendidikan agama walau dengan cara apa sekalipun. Pendidikan agama di rumah dengan cara membawa mereka bersama melakukan sunah nabi dengan sembahyang berjemaah, makan bersama, membaca al quran akan mampu mendidik anak-anak agar mencintai agama kita yakni agama Islam. Saya membidas pendapat ibubapa yang takut hantar anak ke aliran agama kerana risau anak mereka tidak tahu Bahasa Arab. Mengapa berfikiran negatif, bukankah bahasa arab itu bahasa yang paling disukai Allah. Maka seharusnya kita pelajari sebagaimana kita belajar bahasa lain seperti BI. Bagi saya jika kita halusi, sebaik-baiknya kita tempatkan anak-anak belajar di sekolah aliran agama yang berasrama penuh agar anak-anak kita dididik mencintai agama kita ini. Soal masa depan mereka juga seperti pelajar lain yang akan ada haluan seperti memasuki aliran sains, ekonomi atau aliran sastera. Namun dalam masa yang sama mereka ada pengetahuan agama yang lebih dalam. Berdisiplin dan paling kita bangga jika mereka tahu adab menghormati ibubapa dengan salam mencium tangan dan menunaikan solat 5 waktu dengan tertib.
Salah satu aktiviti pelajar sekolah aliran agama berasrama penuh menurut anak-anak saya ialah mereka akan dilatih mempelajari dan menghafal 99 nama-nama Allah (asmaul husna) di surau pada waktu malam, selepas solat berjemaah. Fadilat menghafal dan mengingati 99 nama Allah sungguh besar ganjarannya, InsyaAllah). Kelas tahfiz juga diadakan bagi membaca al-quran. Jika memanfaatkan sekolah aliran agama banyak perkara yang kita boleh dapat kata mereka. Selain itu pelajar lelaki semua wajib memakai songkok hitam dan pelajar perempuan berpakaian seragam tudung labuh dan lengan baju mempunyai butang. Nampak indah mata memandang, kita tidak nampak pakaian sendat yang menjolok mata di sekolah aliran agama, melihat mereka di sana hati saya sejuk dan aman, rasanya pelajar-pelajar di sana di perhatikan oleh Allah. InsyaAllah.

Salam 1 info etuzaWK.

Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

4 Pesona Kata Hati Mereka:

qamarguyz berkata...

salam ziarah..
huhU..akhirnya dapat jgk jenguk bloG nie..rindu pl rasa..nyway TAHNIAH utk en.Etuza atas keajayaan anak p0mpuan tu..insyaAllah, pilihan yG tapat dah dibuat..

Alimaz-Kembara Terasing berkata...

salam etuza dan keluarga...tahniah buat azie....semoga lebih berjaya...

Kamsiah yusoff berkata...

semoga adik2 menjadi insan yg soleh dan solehah...

Unknown berkata...

Wasalam kpda azrai, saudara alimz & kamsiah.
Terima kasih kunjungan anda, saya sangat terharu ada sahabat blogger yang memperuntukkan masa sedetik untuk melawat laman etuza. Ziarah dan ulasan anda sangat saya hargainya. Bagaikan kita dekat dan saling mengenal. terima kasih ucapan tahniah serta doa untuk anak-anak kami yang berjaya ke SMKA. Lastly, selamat menempuh ahun 2010 dan semoga azam tahun 2009 dah tertunai. semoga 2010 yang mendatang ini lebih berkah dan kita dimurahkan rezeki.