Halaman


 Banner

❤Detik Detik Indah Dalam Hidupku❤

Jumaat, 25 Disember 2009

Kad hari lahir irfan anak lelaki etuza yang ke 11 tahun.


Salam hormat.

Alamak! kemarin tertinggal entri yang saya tunggu-tunggu nak buat, iaitu kad hari jadi anak lelaki saya yang ke 2 Mohd Irfan. Kemarin 24hbDisember 2009 merupakan harijadi dia yang ke 11 tahun. Hai! mujur ingat. Tadi nak pi mengecat kayu, saya usahakan dulu buat kad anak kesayangan ni. Ha! dah siap kad harijadi dia. mesti anak saya itu rasa happy apabila ada kad harijadinya dalam laman kami etuzaWarnaKehidupan. Untuk pengetahuan semua gambar irfan ini diambil oleh abangnya Ikmal tadi pagi menggunakan kamera pc mama. Ha nampak ok juga so, saya terus letakkan dalam kad harijadi dia. Inilah juga wajah terbaru Irfan selepas 2 minggu berkhatan. Nampak makin tinggi anak saya ini, hampir sama tinggi dengan mama dia.
Oklah yang penting sebagai ayah dan mak pada irfan dan anak2 kami yang lain, kami sentiasa mendoakan kejayaan masa depan kalian. Majukan pemikiran dan selalu merenung kesilapan sendiri. Kami harap sangat irfan, abang, kakak dan adik yang lain agar tumpukan perhatian semasa balik belajar di dalam kelas. Fokus dan konsantrat pada apa saja kata-kata guru semasa di kelas. Tahun 2010 akan menyajikan saya pada keadaan di mana Irfan naik tahun 6 ( UPSR) abang ikmal( PMR) kakak ( SPM) azie ( tingkatan 1).
Nampak cabaran dihadapan untuk mereka teringat pula detik waktu time saya sekolah dulu. Ya Allah bantulah anak-anakku agar mereka menjadi hambaMu yang solleh dan solehah. Jadikan mereka anak-anak yang baik bersopan dan tidak sombong diri. Jadikan anak-anak saya bersikap sederhana dan maju serta matang dalam berfikir. Ameen.

Salam sayang pada irfan happy birthday to you & good luck.

Salam perkongsian kasih sayangku.

Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

5 Pesona Kata Hati Mereka:

old_trafford berkata...

selamt hari untuk anak mu..

syazana amira berkata...

hepy belated bufday to him..hee~

Kamsiah yusoff berkata...

salam
semoga Irfan menjadi anka yg soleh...yg membanggakan org tua...

Unknown berkata...

to old trafford, sya_am and kam's thank a lot ucapan hari jadi anak kami Irfan. Doa yang baik semoga Dia kabulkan ameen. kemarin juga ada majlis doa dan potong kek untuk anak kami ini. TqTQtq sangat sudi melawat laman etuza warna ini. Sesungguhnya kunjungan anda adalah sokongan pada saya agar terus pertahankan laman etuzaWK.

Flower Haziqah berkata...

happy birthday my brother( irfan)
wish u ol de best!!