Halaman


 Banner

❤Detik Detik Indah Dalam Hidupku❤

Sabtu, 12 Disember 2009

10 tips ceriakan diri anda & Elakkan menabur janji ( info menarik laman etuza pagi sabtu)

Asalamualikum semua, harap hari ini kita ceria meneruskan hari-hari kita semua.

Emosi positif mampu membuatkan hati kita gembira. Malah ia memberi kita peluang untuk meggunakan kebolehan diri, memberi tenaga yang membuatkan diri lebih sihat. Caranya ialah menetapkan matlamat yang menyoronokkan sebagaimana berikut ini:-

* Gunakan cuti tahunan yang diberi sepenuhnya untuk bersama-sama keluarga atau diri sendiri.
* Luangkan masa melakukan kerja-keja yang tidak berkaitan dengan tugas anda di pejabat atau di tempat kerja.
* Keluar bersantai dihujung minggu sama ada dengan keluarga atau kawan-kawan.
* Amalkan diet yang teratur.
* Luangkan masa bersenam.
* Jadi seorang yang produktif dan bukan sibuk yang bukan-bukan.
* Luaskan jaringan kenalan.
* Lalui hidup dengan penuh semangat.
* Pastikan rehat anda cukup.

Anda ceria, rasa gembira dan bahagia bersama keluarga sanak saudara dan rakan taulan. Minda positif dan sentiasa bersama tuhan yang esa. Tidak lupa diri dan indah dipandang dengan senyuaman. Jka demikian anda capai maka kekalkan keceriaan itu. Elakkan keadaan di mana anda tanpa sedar menabur janji. Kerana perbuatan berjanji akan merosakkan keceriaan diri apabila anda bertungkus lumus menunaikan janji padahal dalam masa yang sama anda punya masalah menunaikannya.

Ada sesetengah orang tidak boleh berkata TIDAK. Ada yang kata disebabkan tidak sampai hati atau tidak mahu orang lain melihat diri kita lemah dan macam-macam lagi. Oleh sebab berjanji itu, ini, kita mula sesak nafas untuk menunaikan semua janji tersebut. Lalu diri tertekan. Kini, cuba ubah sikap itu. usah lagi berjanji yang manis-manis sedangkan anda belum pasti mampu melakukannya atau misalnya, " Saya akan siapkan pagi Jumaat in" Lebih baik kita kata begini " Saya cuba siapkan minggu depan ya". Dengan menguncapkan kata begini anda tidak akan tertekan, tetapi punya masa yang lebih untuk melakukan kerja itu agar lebih baik. Keceriaan berkekalan dan tiada kemurungan melanda anda.

Salam satu perkongsian ikhlas.
Salam 1 Malaysia. Senyum itu ibadah. See U soon.





Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

2 Pesona Kata Hati Mereka:

Kamsiah yusoff berkata...

salam
hidup yg singkat ni..isikannya dgn perkara2 positif...berfikiran positif...alangkah rugi jika berdukacita atas perkara2 yg remeh..

Unknown berkata...

Wasalam.
terima kasih ulasan kam's. semoga ceria selalu dalam pada itu kita bersyukur atas semua anugerah dan rezeki dariNya yang tidak terhingga. kebahagiaan dan keceriaan itu juga merupakan kasih sayang dariNya.