Halaman


 Banner

❤Detik Detik Indah Dalam Hidupku❤

Ahad, 15 November 2009

Kenali makanan etuza family & bersiar-siar di Pekan Keningau

Hari ini etuza nak kongsi cerita pasal makanan kegemaran kami.

enjoy selepas exam sem 2 2009
puteri nuraliya adibah paling happy family etuza
pergi bersiar-siar, tengoklah dia..panjat sini sana.

Asalamualaikum semua.
Seminggu yang lalu, sempat juga etuza bawa anak-anak dan mama pergi bersiar-siar, makan-makan di pekan Keningau. Anak-anak sudah habis exam bolehlah bawa mereka bersiar-siar sesekali makan di luar rumah bersama anak-anak. Memang seronok sekali melihat telatah si manja kita.
Nampak 5 orang saja anak-anak etuza, 2 orang di asrama sekolah menengah. Kalau di pekan Keningau, tempat ini salah satu yang menarik untuk ambil gambar. Tempat ini dekat Masjid Pekan Keningau, dalam gambar cantikkan tempat ini. Selain itu kita boleh ke jalan Ansip Keningau boleh melawat burung unta. Besar sekali burung itu, bila kita lawat burung itu akan menebarkan sayapnya dan terbongkok-bongkok seolah hormat pada kita yang melawat. Tempat seperti taman perkelahan Bunsit Keningau juga menarik.
Kalau pasal makan etuza family paling suka di Restoran Sri Keningau, banyak pilihan makanan dan perkhidmatan cepat oleh pelayan di situ. Selain restoran itu etuza suka lepak makan-makan di Restoran Sri Melaka, di sana ada satu corner yang sunyi dan aman untuk menikamti kelazatan masakan mereka.

Makanan kegemaran anak-anak etuza ialah seperti berikut:-

* Nasi ayam stem
* Nasi goreng petaya
* Mee goreng special
* Soto bacso ( beli di gerai )

Manakala minuman kegemaran mereka ialah:-

* Milo pink
* Horlick pink
* Nestum pink
* Jus oren

Etuza kalau di restoran suka makan

* Nasi biasa, lauk ikan, ayam masak kurma dan sayur-sayuran
* Nasi goreng special atau
* Mee goreng special

Minuman kegemaran

*Sometime Etuza mesti oder jus carrot
* Lemon tea pink
* Jus oren
* Kalau panas, tea saja boleh bakar lemak dalam badan atau tea tarik saja.

Mama paling suka

* Nasi biasa mesti ada sayur, ikan dan ayam masak kari dan daging masak kicap
* Soto daging
* Nasi ayam halia
* Nasi goreng special

Minuman kegemaran mama

* Sangat simple air suam saja.
* Sesekali jus oren
* Milo panas




Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

2 Pesona Kata Hati Mereka:

Kamsiah yusoff berkata...

salam...
Insya Allah...saya akan berpuasa jugak nanti..jika tiada aral melintang
dulu PMR dia dapat 8A...harap2 SPM ni cemerlang la jugak resultnya..
sekarang belajar kat sekolah berasrama penuh..

Unknown berkata...

Wasalam.
Terima kasih ulasan kam's. Wah 8A itu keputusan yang sangat cemerlang. Secara langsung boleh kita ramal keputusan anak kam's dalam spm. InsyaAllah pasti dia berjaya, kita semua doakan anak-anak agar maju dalam pelajaran. Maju dalam pelajaran mampu merubah kehidupan. Saya dulu anak penoreh getah, getah dulu murah..bapa mak saya bakar semangat untuk terus belajar..mereka korbankan wang dan ringgit untuk biaya saya belajar. Alhamdulilah saya dpt tunaikan cita-cita mak bapa.Pasti anak kam's cemerlang nanti. InsyaAllah tenangkan hati dan doa banyak2 untuk dia.