Halaman


 Banner

❤Detik Detik Indah Dalam Hidupku❤

Jumaat, 13 November 2009


Hari ini jiwaku resah
Hilang segala kerianganku
Segala warna jiwaku pudar dan kelabu
Sukarku pulihkan semula warna indah jiwaku

Hari ini...
Mood ku hilang hingga sukar kukutip semula
Aku kejar bayangan semalam yang menyakitkan jiwaku
Aku kejar ilusi keegoan seorang lelaki ini
Aku ikut naluri yang lesu..
Bertapak batu keras yang sukar ku goyah..
Melontarlah suara tanpaku sedar..
Melakar noda hitam dalam jiwa lelaki ini..

Inilah diriku yang serba lemah...
Hilangkah kesabaran yang aku pegang
Hilangkah zikir musahabah yang aku ukir di lembah hatiku
Hilangkah semua rasa bertolak ansur
Kalau bagitu kemanakah perginya...
Atau memang ada SYAITAN membisik hembus api durjana
Terlupakah aku seketika ...
Bahawa semua masalah ada penyelesaiannya
Bahawa ada jalan mebaiki kesilapan itu..
Semalam

Sayang sekali akulah lelaki yang kecundang
Mempertaruhkan iman dan kesabaran
Sayang sekali akulah lelaki yang ego
Yang merosakkan semua seri dan warna hidupku
Mencorakkan noda hitam pada jiwaku
Hanya kerana kesilapan secalit cuma..

Ya Allah mohon ampunku padaMu..
Mohon berilah hikmah di sebalik ini..
Mohon agar aku tenang dan damai kembali
kembalikan seriku dan warna indah hidupku
dengan izinMu ya arahman dan yang rahim
Tunjukkan bagiku jalan kekuatan
Memegang jiwaku agar tidk lagi ku nodai..
Agarku sirami semua ruang dengan sejuk keimanan
Agar aku tidak tergolong orang yang lemah..
Ameen ya rabbal alamin.

Salam setulus hati.

Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

0 Pesona Kata Hati Mereka: