Halaman


 Banner

❤Detik Detik Indah Dalam Hidupku❤

Ahad, 22 November 2009

Awas! boleh minum minuman dari jenama ini tetapi jangan kerap kerana kurang baik untuk kesihatan LELAKI.



( Rahsia minuman teh= Selain sedap dipercayai boleh membakar lemak dalam badan. Inlah minuman kegemaran etuza selain jus carrot & jus oren)



Asalamualaikum & Salam sejahtera kepada semua.

Suatu hari saya menghadiri satu kursus berkenaan dengan kerjaya saya. Jumpalah ramai kawan lama dan dapat juga mengenali orang baru, muda juga tenaga baru dalam bidang profesion saya, baik lelaki atau kaum wanita.
Bila rest, banyaklah masa sembang semeja dengan kawan-kawan lelaki yang lain. Macam-macam topik kami bincang berkisar tentang dunia pendidikan serta disiplin murid
(minuman dalam gelas bukan jenama yg dimaksudkan ya)
atau pelajar di sekolah.
Satu topik yang kami bualkan hingga sekarang masih saya ingat dan mungkin saya tidak akan lupa hingga bila-bila. Topik ini antara saya dan dua orang kawan saya. Saya yang menimbulkan topik perbualan ini iaitu mengenai minuman dari jenis three in one atau minuman tiga dalam satu. Tidak payahlah saya sebut apa minuman ini kerana banyak jenis 3 in 1 dijual di pasaran. Ok begini dailog kami.
Saya " Pernah tak minum jenis minuman .... ini, rasanya saya guna bagus!"
Kawan A " Eh! ada juga kawan di sekolah jual, mahal bah! jenis minuman itu, dari membeli minuman itu bagus minum dari serbuk yang biasa saja"
Kawan B " Saya ada juga nampak minuman jenama tu, tulah mahal sangat, 3 dalam 1 oklah minuman itu"
Kawan A " Eh! baik tak payahlah membeli serbuk minuman macam tu, tak baik untuk para lelaki macam kita"
Kawan B " Iyalah kalau saya minumpun rasa badan saya macam nak menggigil, kuat sangat kesan mungkin badan saya tak sesuai minum serbuk minuman itu"
Saya " Iyakah! saya tak tahu pula macam itu, selama ini saya tak perasan ada macam itu pada badan saya, cuma rasa yang macam gemuruh dan badan saya agak agresif tu adalah"
Kawan B " Ha itulah yang saya rasa, lepas itu saya rasa macam lembik terus kita punya tu"
Kawan A " Eh ! awak tak tahu ke kalau minum minuman dari jenis itu bukan saja alat senjata kita jadi lembik, tapi boleh menyebabkan penyakit tau!, elok lagi kita minum yang bukan 3 dalam 1 atau jenama biasa, jimat dan kurang risiko"
Saya " Macam tu pula ke!..selama ini saya kurang periksa pula"

Perbualan kami setakat itu sahaja. Hingga sekarang etuza tetap ingat perbualan kami tiga orang masa rest dalam satu kursus yang saya hadiri.
Sayapun mulalah membuat penelitian, ialah saya ni lelaki nak juga jaga dan mantain agar disayangi isteri. Rasanya ada benar kata-kata kawan saya dua orang itu. Mula saya tak kisah kerana minuman ini memang sedap dan gemar sangat tu tidaklah pada saya, minuman ini tidak ada pun tak apa. Kelmarin saya beli minuman ini dan hari ini, saya test minum. Sah saya merasakan apa yang dicakapkan oleh kawan saya itu benar. Rasa lain dan kurang powerlah. Kepada lelaki seperti etuza elok kita jaga minuman kita dengan meminum air suam ja dan minuman yang bukan jenis ini. Di tempat kerja saya juga ada kawan cakap seperti apa yang si A dan B cakap. Katanya dia tak ngam dengan minuman jenis ini. Saya tak kisah sangat kerana tahap kekuatan badan kita berbeza. Saya orang yang main hentam saja, boleh minum kecuali minuman keras dan minuman bergas memang saya tak lalu minum. Sekarang saya buat kajian sendiri memang rasa apa yang mereka cakap. Cukuplah kalau saya katakan serbuk minuman itu jenamanya bermula huruf "N" dan dari jenis 3 in 1.

Kepada kaum adam macam etuza, ayuh jaga kesihatan dan amalkan gaya hidup sihat agar, berapapun umur kita yang Allah beri kita tetap mantain dan disayangi isteri. Hehe! jangan marah kerana saya tak nyatakan jenama minuman itu secara jelas. Kepada yang dah tahu itu, baguslah..kita boleh juga minum jenama itu tapi AWAS jangan kerap ya kerana kesan tidak baik pada organ sulit lelaki.
Salam sayang & ceria selalu.

Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

5 Pesona Kata Hati Mereka:

Zikri Husaini berkata...

minum air a apa yang bagus orang muda macam saya nie..hehe

Unknown berkata...

Salam
Tq respon pada catatan saya yang terbaru ini.Orang muda dari mana ni? Tak kira muda atau dah berusia kita lelaki wajib jaga kesihatan. Saya bukan arif sangat ya, kalau di minta juga minuman apa sesuai pada orang muda, sebaiknya amalkan minum yang tak bergas dan tidak berais ya. Lagi bagus jika anda suka meminum air putih( air biasa yang jernih). Lagi best jika sesekali atau 2 atau 3 kali minum jus buah yang fresh ya. Stamina akan kuat badan kita sihat dan kekalkan vitamin dalam badan. Kalau tak ada buah juga ok juga amalkan minuman biasa saja. Hehe! harap puas hati dengan pandangan etuza.Wasalam

Unknown berkata...

Salam sekali lagi.
Hai orang muda apa khabar? anda memang perihatin pasal kesihatan. Kalau nak tahu, saya adalah penggemar minuman air biasa campur madu, memang best untuk kesihatan. Banyak khasiatnya. Cuma kita harus bijak memilih madu di pasaran yang original ya, bukan yang ada campuran gula. Itu madu tak ori tau. Saya suka miniman ini bila saya rapat dengan seorang ustaz, dia paling gemar membeli madu, badan dia mantain muda dan nampak langsing. Hehe amacam cubalah amalkan.

Kamsiah yusoff berkata...

salam..
teh sebenarnya baik utk kesihatan kerana ia bersifat antioksidan..TETAPI fungsinya tu akan HILANG jika dicampur gula atau susu..maknanya bagus jika teh tu dimnum kosong,tanpa ditambah perisa...bagus juga jika diperah limau nipis..
lagi satu teh tarik...selain bahayanya kerana susu yg manis...bahaya juga kerana pewarna yg digunakan dlm teh tu..dia org bukan guna teh lipton/boh kan..tp teh jenama murah...yg dimasukkan pewarna ...

Unknown berkata...

Wasalam
Wah! ini info yang sangat berguna dari kam's blog untuk kita semua. Saya setuju dengan pendapatnya ini. Sebaiknya kita kurangkan gula dalam minuman tambahkan manis dalam senyuman..ada blog tersenyum tu kalau tidak silap blog mustika ada saya link dalam blog saya ni. Hehehe Tq kam's