Halaman

❤Detik Detik Indah Dalam Hidupku❤

Sabtu, 24 Oktober 2009

Kreatif laman ini, sentuhan tangan hijau Hidayah di Kampung Penagatan Ulu




Sejak kecil memang saya suka bunga dan keindahan alam semulajadi dan apa sahaja yang unik akan menjadi perhatianku. Maka tak hairanlah saya suka menyimpan yang unik dan cantik atau membuat perkara yang menyegarkan pandangan mataku seperti menanam bunga2 di laman, atau paling ketara ialah saya suka meniru perkara yang baik, buat macam dia buat tetapi rekaciptanya tidak sama. Benda sama iaitu penghias laman tempat tinggal kita.

Saya berpendapat rumah kalau ada bunga, nampak berseri maknanya bunga itu ibarat pelengkap rumah idaman kita. Tengoklah saja rumah orang-orang koprat, indah sekali halaman mereka dengan tanaman bunga yang berjenama mahal. Yang kita tinggal di kampung apa kurangnya..kita boleh tanam bunga dilaman ikut minat kita.Tak salah berkebun bunga kerana jiwa akan terhibur takkala melihat kecantikan bunga di laman.

Kali ini etuza nak perlihatkan satu landskap di halaman rumah kawan etuza. Kata kawan saya ini, isterinyalah yang bernama Hidayah merekacipta dan menanam semua bunga dilaman, menjaga dan merawat bunga2an mereka. Hai! hebat sungguh sentuhan tangannya. Kata orang jenis tangan hijau. Berlainan pula di rumah saya, sayalah raja menanam bunga, wife kita sibuk di dapur, macam-macam kerjanya. Tak pernah habis..hari ini, esok dan akan datang pasti itulah rutin wife saya...saya pula almaklumlah lelaki, suka kebun, suka tebas rumput, kadang suka pancing ikan di sungai dan macam-macamlah saya buat bila hujung minggu. Seharian di laman rumah tak pa, tiba solat naik jugalah ke dalam rumah. Hem..! bila ada rumah baru, teratak baru di alam maya kalau nak cari rumah baru etuza search saja di MOZILA FIREFOK dan klik kat google. Ha jumpalah nanti. Buruk ja ba.. tak secantik dan seindah laman korang semua. Janji etuza dah puas hati taulah sikit-sikit nak buat blog. Tq kepada yang menunjuk ajar saya..sifu katakan.

Ohoooo!..tertinggal pula entri landskap kawan saya ni. Cantik sangat, cute dan indah sekali bila memandang bunga2an mereka. Adalah suatu masa kata mama kandung saya , dalam ramai-ramai anak saya, etuza saja yang ikut saya suka menanam, tengoklah tu rumah dia banyak bunga dia tanam..dulu masa kecik2 dia tolong saya tanam sayur vdi kebun. Heh! leter lagi.. tak habis- habis etuza minta di puji. Takut pula di gelar bapa leter ke atau apa2lah. Ada pula nanti tak sudi baca catatan etuza, padan muka saya, eh! jan lah sampai mendera saya begitu ya. Percayalah etuza baik orangnya,hehe!
Senyum itu ibadah tau.

Nah kamurang tengoklah landskap teman saya ni...tengok tul2 apa-apa yang ada ya.
Sekali sekala cuci mata kita dengan keindahan bunga2an ciptaan yang Rahman dan yang Rahim.Luar biasa tiada tandingannya.


Cantinya, uniknya, kreatifnya...Tahniah dapat landskap serupa ini.

Sentuhan tangan hijau ( green hand)

Tengok ada kolam eheeee.....cantik sangat.Macam mau ja saya angkat pi laman kami tau!.

Kombinasi bunga pasuan yang sejuk mata memandang, aduhai lawa...

Alala...itu ja lah yang sempat etuza kngsikan. nak lagi tengok...tunggu!


Bye2
Salam 1 Malaysia..see u.
Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

4 Pesona Kata Hati Mereka: