Halaman


 Banner

❤Detik Detik Indah Dalam Hidupku❤

Sabtu, 17 Oktober 2009

Kongsi berita etuza sepanjang minggu ini & Tazkirah pilihan



Salam untuk semua ya.Pasti hari ini pelbagai aktiviti yang nak di buat almaklumlah cuti dihujung minggu. Seronok dengan kerja-kerja kita semua, cuma saya berharap sangat kepada diriku dan family serta golongan remaja mahupun yang dah dewasa elakkanlah dari melakukan kerja yang tiada manafaatnya. Melayari internet secara positif ya..jangan pula melihat benda-benda tak senonoh dalam internet.Aik! etuza ni siapa nak kasi nasihat2 ni?. Saya adalah hamba Allah yang takutkan dosa, takut sangat2 dan teramat pedihnya seksa. Bukanlah nak menakutkan kita semua, tapi kita wajib mengingati seksaan-Nya di akhirat. So, amalkanlah gaya hidup sihat dihujung minggu ini ya.

Sebelum nak catat lanjut di ruangan kali ini.. etuza nak amik kesempatan mengucapkan HAPPY DEPAVALI tuk semua masyarakat Malaysia yang merayakan perayaan Depavali tahun ini, baik yang di Malaysia atau di serata dunia. Selamat bergembira sakan di hari Depavali.

Huh! sepanjang minggu ini, karja bertimbun.. mudah-mudahan siap juga nanti semua yang dah set kat kepala ni. Soalan exam science lum berapa ready lagi, nak buat laporan PRIMUP pun lum lengkap, Program PPD PGM, Program galakan membacapun lum saya hebohkan lagi baru para penolong kanan dan GB yang dah tahu, laporan PSS juga kena buat, laporan terkini SKT juga lum buat ni. Format dan GB bagi tapi lum pula siap.
Of course..nak ke blog etuza juga satu perkara penting.Eh! yalah..tak lah lama sangat paparan cerita saya kan.Nak juga kamuorang tengok yang baru kan. Ceh! perasan ba si gaman inikan. Apa apa pun.. tiap kali kerja bertimbun saya ambil langkah biasa iaitu anggap kerja itu bukan membebankan dan kerja itu menyeronokkan. Meskipun hakikat kita perah otak namun dah kerja kita usahlah pula anggap kerja kita tu sesuatu yang menyusahkan kita hingga tertekan. Elakkanlah macam itu..tertekan memang ada tapi kita punya caralah nak cettle.

Sepanjang minggu ni, adalah beberapa yang menarik nak kongsikan. Kepada yang sudi dan rajin membaca tu habiskan membaca, yang cuma tengok-tengok saja tu..alhamdulillah..yang penting anda jumpa saya kat blog nipun dah cukup saya terasa berseri-seri kehidupan etuza. Pup! kamu sembang lagi best..hanya Dia ku minta membalas kebaikan anda pada blog saya yang warna-warna sana- sini. Inilah jiwa saya saya tak boleh berbohong, kerana memang saya suka tambah-tambah hiasan jika ia ada kebaikan saya copy paste la.Kebetulan etuza still baru dalam arena blogger.So..berilah bantuan, komen dan pandangan anda.Saya tak kisah biarpun sepatah cuma janji jangan umpat keji kita semua.

Oh ya..minggu ni..cubalah tengok kat bawah yer..walaupun bukan berita sensai kat TV, tapi kot-kot anda semua suka nengok2 baca2 berita realiti etuza.


Berita 1


Kali pertama mengeluarkan buah pada tahun 2009 selepas berusia 4 tahun. Cempedak kacukan etuza dekat villa anjung seri.


Tak sangka diusia 4 tahun lebih kurang pokok cempedak yang saya tanam pada tahun 2005 dah berbuah depen villa kami. Hehe! huuk! yang sedihnya buahnya just one ja. Yang gembiranya walaupun satu tapi panjang dan besar buahnya. Pokok cempedak ni kata orang tempat etuza beli buahnya besar dan tak sampai 5 tahun dah berbuah. kalaulah mungkin saya bubuh baja sekerapnya dah berbuah pokok ni seusia 3 tahun. Nilah..dekat ja ngan rumahpun tak rajin baja. Membaja bunga rajinlah saya hehe!..tengoklah buah cempedak kami. Doakan buah ni mantain bagus tak di makan ulat ya. Masa ni lum boleh petik.

Berita 2
Kolam dri tayar terbuang rekacipta etuza


Ikan kat mini kolam etuza yang ke 2 tu, alala...ikan semuanya mati tau!, mama kata tak payahlah isi ikan kolam tayar terbuang engkau tu..kasihan tu ikan semua mati, isi ikan kejap mati. Tak taulah apa sebab, mungkin dalam air dan sempit pula ruang kolam tayar etuza yang ke 2 tu kan. Mini kolam yang pertama tak juga mati ikan merah saya dari jenis tilapiah dan lampam jawa. Sama ja tukar air selalu. Etuza nak buat apakah dengan kolam tayar ke 2 itu tak taulah. Tengoklah..mungkin saya buka tayar atas tu...atau saya timbus balik dengan tanah..tanam bunga.Mana-mana lah..itu hal etuza.

Berita 3

Hai musim durian..semua orang gila makan durian, kat desa ni pun durian berlambak.Ipar saya dari Tamparuli Sabah, datang hantar buah tangan, durian...wanginya, harum semerbak.Mama dan anak-anak bukan main suka. Time tu hari ke 2 saya puasa di bulan syawal. Masa buka puasa saya testing makan durian sebesar kuku jari kelingking saya ja. Betul tu ja saya makan banyak kah tu, kecik ja..beberapa minit ja..hidung saya macam nak sumbat tak dapat keluar udara kat hidung, tekak macam serabut kahak,rasa badan macam panas terus...aik macam inilah saya rasa time kakak saya yang balik dari Melaka bawa buah tangan durian..saya sakit demam dan batuk sampai 3 minggu. Rasa panas dalam badan..hai..tinggi darah ke etuza ni. Untuk pengetahuan saudara-saudara semua, saya alahan makan durian, kata orang elejek ka tu, pandai sakit jika termakan durian. Lucu tapi benar.. tau.Sya nak makan sekadar buang kampunan ja..tau-tau 2 hari etuza kurang sihat, suara masih keras banyak kahak kat leher melekat..Memang dah nak sampai demam sayalah tu. Kebetulan termakan durian. Hehe! ...awas! jan bagi saya durian jika nak bagi buah...saya tak makan durian sejak 5 tahun yang lalu...kasihan tul kan...padahal buah durian hemm...enak wangi dan harum sampai ada kawan jilat jari.

Berita 4
Van ( Bas mini) jenama NIssan Vanet saya masuk wad pada hari selasa lalu minggu ini, ada liking kat injin,pas tu minyak kat tangki tak naik-naik. Kejap berhenti injinnya.Last-last kawan saya cari hos sambung baru van saya boleh jalan.Hantar terus ke workshop. Kasihan juga dengan kawan saya yang seorang beria-ia betul nak beli van saya tu. Van lama katakan dan 15 tahun saya pakai. Inilah padah jika pandai pandu ja...saya jenis yang suka memandu ja. Rugi ada kereta macam etuza. Nak mandi dan polish car..huh! hampir2 tak larat. Sasaran saya anak bujang saya ikmal ja di suruh mandikan kereta kami tu. Harap van saya akan jadi baru lepas ni, cat baru dan bolehlah di bawa ke sekolah, sebab etuza ramai anak tahun depan puteri bongsu kami dah nak masuk pra sekolah. InsyaAllah.

Berita 5


Guru besar dan Penolong kanan 1 sedang berbincang sesuatu sambil menunggu penceramah KGKS di pusat sumber SKPK pada 12hb10.2009.
Antara beberapa guru yang datang ke pusat sumber mendengar taklimat KGKS

Heboh sekolah etuza dengan kedatangan egen KGKS ( kesatuan guru kerajaan sabah)mereka buat promotion tentang kesatuan guru. Nampaknya selepas mereka beri taklimat panjang lebar hingga jam 3.oo petang adalah antara kami yang berminat nak join. Masalahnya tahun 2002 etuza dan kawan sekerja yang lain dah join Koperasi Guru Sabah, kata mereka itu lain, ini KGKS adalah kesatuan yang mahu membela dan membantu guru-guru nak janakan pendapatan setelah pencen. Malah penting sokongan dan keahlian agar suara kita di pusat akan didengar. Betul juga masa ni..elaun rumah guru kalau orang semenanjung RM830.00 tapi elaun rumah guru orang-orang sabahan baru RM 180.00 ja. Tak seimbang padahal kita satu dalam rumpun pendidikan dan dalam 1 Malaysia. Oklah... semua guru-guru isi borang siap selesai semua. Tak tahulah jika ada guru yang masih tak join them aritu. Tak pa bukan paksaan juga.

Berita 6
Kelmarin, semua guru terkejut..sekolah dah plan bercuti pada isnin depan. Rupanya cuti Isnin minggu depan sempena depavali tak dibenarkan. Kecewa juga sikitlah...nak juga rest time cuti perayaan. Semua guru akur ja.Nampaknya 2 hari ja cuti sabtu dan ahad bagi sekolah saya. Kawasan lain kurang tahu. Ada juga sekolah lain yang ambil cuti sebagaiman yang saya difahamkan.

Berita 7


Mama nak ke Kota Kinabalu hari ini, semoga selamat sampai ke UMS.Perjalanan menuju ke UMS demi mencari ilmu yang tak pernah ada habisnya.

Huh! ini yang mencabar saya...pagi tadi mama ke Kota Kinabalu lagi tumpang kerta kawannya. Dia ke UMS sambung kuliah, dia kata ada toturial bersama tutor tesis mereka.
Kenapa saya susah hati bila mama ke UMS. nak tahu..semua kerja- kerja isteri saya saya yang tanggung dalam dua hari ini .Kerja-kerja seperti memasak, memandikan anak, sapu rumah, kemaskan singki, dapur dan lain-lain etuza yang buat. kami tak ambil pembantu rumah, konon nak save money. Cuma cuci kain dan kasut anak kami azie yang buat. Bagus juga ada dia, baru tahun 6. Kadang tu saya tak tertunai kehendak anak-anak dalam bab makanan pagi, siang dan petang. Saya terasa sangat pengorbanan para isteri dalam menjaga makan dan minum semua keluarga seisi rumah. Boleh juga saya memasak secara ala kadar, tapi anak-anak nak sup lah, nak minta tumislah, masak sedap-sedaplah..macam mak buat. Saya jenis masak ringkas ja..ada nasi air minum, dan lauk ayam dahlah cukup.. sayangkan anak saya pun goreng ja la telur, sosej dan sayur ja. Dah cukuplah tu. dalam penat-penat tu pun ada juga ruang saya tengok blog saya, dalam penat-penat banyak peluh keluar di badan saya..sekurang-kurang terasa badan sihat bila banyak gerak.

Berita 8.
Inilah keadaan pokok limau purut yang dan kering tinggal ranting jadi keras. Sejak ditanam dah mengeluarkan hasil dari jenis daunnya dan buahnya. Kata ipar saya kemungkinan akar limau itu dimakan ulat tanah, kalau dusun cakap giuk tanah.Apa nak cakap dah tiba masa limau ni nak reput.Dah ada pokok lain saya tanam juga, masih kecil.Harum limau ni.


Huuk! iss! iss! ini yang sangat sedih, pokok limau purut etuza telah sah kering dan mati. Padahal pokok limau purut ini boleh dijual daunnya dan buahnya. Limau purut saya tu hanya berusia 6 tahun ja. Adalah hasilnya orang beli, ada juga saya bagi kawan-kawan buah dan daunnya. Apa boleh buat dah itulah umurnya. Nak cari benih limau purut di keningau payah kecuali naik ke Kota Kinabalu. Ada juga benih dijual dalam bayung cuma saya kehabisan apabila pergi ke tamu graund.

Berita 9
Buah rebina yang telah dipetik .

Buah rebina yang telah dipetik. Perasa minuman sirap rebina orignal. Tak rugi menanam rebina di halaman rumah

Anak saya azie ada tanam benih rebina hari tu, dah pun di ambil buahnya. Mama rebus, air kelihatan merah pink. cantik warnanya..pas tu dicampur kan pula air biasa dan dimasukkan gula. Air rebusan rebena kemudian di masukkan ke dalam jag dan masukkan ke dalam peti ais. Time minum sejuk air rebena sangat sedap, original dan tiada pengewit

Berita 10

Anjing liar yang datang ke villa kami masih ada nun di atas bukit.Kadang turun ke lembah bukit cari-cari makanan. Siang anjing tu tak nak dekat dengan villa kami. Padahal nak juga beri makanan sisa. Bila malam anjing itu pi berjaga di kawasan rumah kami, tiap-tiap malam.Kadang anjing itu menyalak seperti bermain dengan sesuatu, kadang salakannya ganas. Terutama barangkali dia nampak ada anjing lain datang ke villa kami. saya dengar dua bunyi salakan berbeza, so.. sahlah anjing itu tidak mahu ada jenis dia ke villa kami. Hairan ya... villa kami ada-ada saja makhluk yang datang seperti kucing, ayam dan anjing. harap-harap binatang yang ganas tak akan datang ke villa kami.

Berita 11

Satu lagi yang menarik saya nak kongsikan, pada hari rabu minggu ni, cg. marcellus beri saya bunga yang cantik. Katanya untuk dijadikan benih..memang saya belum ada jenis macam ini, cantik dan unik sekali. Menurut cg ni wife dia potong kerana banyak ranting dan nak cantikkan keadaan bunga itu, so dia ambil kesempatan untuk memberi saya, kerana memang cg ni cukup tahu saya suka jaga dan rawat bunga di villa kami.



Cantik bunga ini, bunga ini dihadiahkan oleh cg marcellus kepada saya, akar benih bunga ini boleh ditanam, menurutnya bunga ini jenis melilit dan sesuai di tanam ditepi pagar.
Ini juga bunga yang diberi oleh cg. marcellus. Katanya bunga ini jenis bunga pokok bunga seribu.

Itulah saja berita-berita yang saya nak kongsikan. Catatan ini pada hakikatnya adalan berbentuk dairy saya, namun dipertontonkan juga kepada awam secara umum. Mana yang baik itu dari-Nya mana yang lemah dan kurang itu dari etuza insan biasa yang tak punya apa. Yang saya ada adalah hati dan perasaan kemanusiaan.

Tazkirah Pilihan EtuzaWarnaKehidupan hari ini.( Janganlah kita tergolong sebagaimana orang-orang ini)

SAHABAT-SAHABAT SYAITAN

1. orang kaya yang sombong
2. peminum arak
3. hakim yang tidak adil
4. peniaga yang tidak jujur
5. orang yang tidak mahu membayar zakat
6. orang yang mempermudahkan solat
7. orang yang memakan harta anak yatim
8. orang yang beramal kerana nama
9. orang yang suka termenung dan mengelamun
10. penghasud dan pendengki bila orang mendapat kebaikan.

( intai-intailah kita berada kah dalam golongan ini..mempermudahkan solat... marilah tunaikan selagi lingkungan shap waktu. Pasti ada dikalangan kita yang terlewat solat 5 waktu...namun lihat juga sebabnya..jika ada sisa masa cepet-cepat tunaikan..oleh aku dan kita semua ) Wallahualam
Salam see u 1 Malaysia.
Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

0 Pesona Kata Hati Mereka: