Halaman


 Banner

❤Detik Detik Indah Dalam Hidupku❤

Ahad, 18 Oktober 2009

Kem Membaca 1 Malaysia pada 30hb 0kt 2009

KEM MEMBACA 1MALAYSIA akan dilancarkan oleh TPM kita iaitu Tan Sri Muhyiddin Yasin. Mengikut cadangan awal, program akan dilancarkan seperti berikut:

1. Tarikh : 30hb Oktober 2009
2. Masa : 9.30 pagi
3. Tempat : SK Wawasan, USJ 15, Subang Jaya, Selangor

Nama Program: Kem Membaca 1Malaysia

Tarikh: 26 Oktober hingga 5 November 2009 (2 minggu)

Pelaksana:
JPN, BTPN, PKG dan Sekolah dengan perkongsian pintar (agensi luar) seperti PNM, IPTA/IPTS, RHB, MBKM, The Asia Foundation, Scholastic (M), MK Land dan lain-lain.

Objektif:
1. Mengisi masa lapang murid selepas peperiksaan
2. Mengerakan program/aktiviti galakan membaca
3. Memupuk minat membaca secara berterusan (khasnya semasa cuti sekolah dan juga sepanjang hayat)
4. Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan mengadakan Bulan Bahasa pada bulan Oktober, oleh itu program ini merupakan salah satu akviti komplimen bagi bulan tersebut.

Sasaran:
Sasaran Kem Membaca 1Malaysia tentulah semua murid khasnya murid lepas UPSR dan PMR.

Aktiviti:
Antara cadangan aktiviti selama dua minggu tersebut ialah:

1. Pesta Buku / Pameran Buku
2. Pameran Kraftangan
3. Pemeran Bertema “We Green the Earth”
4. Resensi Buku
5. Bicara Buku bersama penulis terkenal
6. Pertandingan : Pembaca terbanyak, Kosa Kata, Peribahasa, Puisi/Poem, dll
7. Penulisan Esei : Buku yang saya gemari, perpaduan.
8. Pertandingan Drama berasaskan buku yang dibaca.
9. Pertandingan Bercerita
10. Spelling Bee
11. Jejak Maklumat.

Program Kem Membaca 1Malaysia – Daerah Keningau
Mesyuarat AJK Program Galakan Membaca (PGM), Daerah Keningau pada 15 Oktober 2009, telah memutuskan bahawa semua sekolah hendaklah melaksanakan Kem Membaca 1Malaysia (KM1M) di peringkat sekolah masing-masing. Jadual dan contoh-contoh aktiviti yang telah dicadangkan boleh dimuat turun di ruangan ‘download’.

Di peringkat daerah, satu pertandingan penulisan esei sekolah rendah bertemakan 1Malaysia akan diadakan pada 4 November 2009, bertempat di SK Pekan Keningau II, Keningau.
Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

0 Pesona Kata Hati Mereka: