Mercu tanda Sekolah Kebangsaan Pengagatan,Keningau Sabah
Tiap tahun ada saja guru pelatih datang ke sekolah saya mengajar, yang sronok ereka dari pelbagai aum dan tempat asal ( daerah). Cuma satu tujuan iaitu nak menjadikan guru yang terlatih dan lebih profsioal dalam bidang pendidikan. Kalau tak percaya tengoklah paparan memori khusus untuk kita semua. Best melihat ada adik baru lahir dalam bidang pendidikan. mereka lepas latihan akan mengajar di sekolah, sekolah mana kita semua tak tahu.
2 orang guru pelatih KPLI kampus keningau, Sabah. Cg. Ariffin & Cg Zulkarnain. Keduanya telah menunjukkan kemampuan dalam latihan mengajar. Tahnia.
Senyum manis bakal guru terlatih dari Institut Perguruan Maktab Keningau, Sabah.
Tahniah akan menamatkan latihan mengajar pada 18hb.09.2009. Nasihat & pesan jadilah guru yang sejati demi anak bangsa kita.
Sedang berbincang apa tu, Ariffin dan Hayati.Bertukar-tukar pendapat tentang pengalaman latihan mengajar sebanar murid di kelas. Mereka berbincang di bilik Pusat Sumber apa lagi etuza curi snap!.
Hai cg Rustina & Hayati, mereka berdua ni datang dari jauh tau..dari Kudat dan dari
Sempurna Sabah.
Hayati, Dg.Suhana, Ariffin dan Rustina 4 daripada 8 guru pelatih masing-masing sibuk membaut kerja-kerja menyemak kerja atau latihan murid-murid, memang kesemua mereka ni menampakkan minat yang mendalam terhadap bidang pendidikan. Syabas! & tahniah! kita capkan ya..
Tengah membaca catatan di blog ETUZAWARNAKEHIDUPAN, semoga kedua orang bakal guru ini akan cemerlang di dalam bidang pendidikan.Tahniah sekali lagi ..
Hai! cikgu Siau sie ling,tahniah join dalam kerjaya pendidikan. Cikgu Lin ni from Bintulu Sarawak. Nah! 1 Malayisia integrasi ..nasional dalam era pendidikan sejak dulu, besta tau! berkenalan dengan cg yang mesra ni.
Senyuman dan jelingan manis dari Nurhayati Wasimin & cikgu Lin. Tak sangka bakal guru Nurhayati juga dari IPGM Keningau menjadi guru, bekas murid etuza tahun 1995 di SK. Penagatan, keningau, Sabah.
Ini pula Cg Jamatol Saadiah, penyayang kepada anak-anak murid, memeang mereka semua best teacher dan memberi kerjasama kepada sekolah. Macam tulah kalau nak jadi guru yang sebenar. Cg Jamatol pula dari Selngor tau!jauhnya latihan mengajar.
Cg. Jamatol Saadiah sedang berbincang dengan Pensyarah IPGM Cawangan Keningau di Pusat Sumber.
Cg. Dayang Suhana guru pelatih KPLI yang menyahut cabaran pertandingan bunga cantik dalm pasu dan mendapat tempat ke 3. Tahniah!
Yang ini Cg June & Cg Jerama sedang berbincang dengan pensyarah dari IPGM kampus keningau. Mereka bertiga pastinya mengumpul maklumat tentang pelatih-pelatih dari IPGM. Tumpuan utama adalah proses P&P gur pelatih. Jurnal dan ada juga pasal kerjasama pelatih kepada sekolah.
Nampaknya saya merasa kurang sedap ruangan ini dengan papaan wajah dan coretan ringkas saya sebagai pnerangan kepada situasi mereka dalam gambar. Sebelum itu saya nak minta maaf kerana photo guru pelatih KPLI ini saya letak dalam blog saya. Masa mengambil gambar saya dah minta izin.
Sebagai guru veteran lah katakan macam etuza, masih ada perkara dalam proses P&P ( pengajaran dan pembelajaran)yang masih saya kurang memahami secara mendalam atau lebih terserap dalam minda saya, walhal dah belas tahun mengajar. Saya buat kajian bahawa, perkara ini kena perlu diberi perhatian. Kepada umum kat luar mengajar orang seperti kanak-kanak bukan perkara mudah ya, kena kuat, sabar, tabah dan betul-betul bertanggungjawab kepada kanak-kanak itu.
Apa yang saya hendak kongsikan ialah perkara paling akhir dalam satu proses P&P iaitu bahagian REFLEKSI atau lebih jelas impak atau kesan bermakna. Sebagai guru harus bijak dan cekap menyalurkan fasa akhir ini kepada murinya,dengan mengaitkan kemahiran yang diajar atau apa tajuk yang diajar harus ada kaitan dengan pekara refleksi.
Refliksi bermaksud,proses sseorang pengajar yang berusaha untuk meningkatkan dan merenung kembali aktiviti pendidikan yang telah dilaksanakan. Guru itu perlu menganalisis dan menilai kesannya,termasuk memikirkan cara membaiki dan merancang dengan mengubahsuai untuk digunakan dengan lebih berkesan pada masa depan.
Pada ruang akhir rancangan mengajar adalah wajib seorang guru buat catatan tentang aspek refleksi. Ayat kena betul agar penilai seperti guru besar, penolong kanan dan ibubapa serta anak-anak murid semua dan juga pemeriksaan nazir. Saya kadang-kadang tersilap bagi maklumat.Refleksi perlu dibuat selepas melaksanakan rancangan dan mengajarnya dalam bilik darjah.
Sebagai tambahan saya cuba buat beberapa refleksi selepas P&P berdasarkan kemahiran dan tajuk pelajaran di ajar:-
1. Semua murid telah dapat memahami isi pelajaran dengan yakin dapat menyebut serta mensuaikan nama-nama bagi peringkat atau lapisan tanah secara spontan.
2. Murid telah dapat menyanyikan lagu sambil membuat gaya dengan berani dan penuh bersemangat. Suara, sebutan dan intonasi yang sesuai dan jelas di hadapan murid dalam kelas.
Itulah contoh refleksi yang dapat saya kongsikan sekadar peringatan saya sendiri,
kerana saya merasa masih lemah dalam slot ini, hingga pada suatu hari ketika menghantar ringkasan mengajar saya telah dtegur agar membetulkan refleksi yang saya buat. Saya suka apabila ditegur dan memang betullah apa katanya. Baru sedar bahawa refleksi itulah juga yang pertama di lihat oleh Nazir jika datang menyelia P&P kita.
Salam ramadhan al mubarak.
0 Pesona Kata Hati Mereka:
Catat Ulasan