KEMBARA DI ALAM MAYA.
Aku bagai musafir berkelana
Keseorangan tanpa mengenal siapapun...
Kadang aku sesat dilorang gelap..
Tiada cahaya menerangi..
Ku teruskan jua penorakaan ini..
Biar ku lihat cahaya perjalanan..
Kembaraku kerana egoku hendak mencuba..
Mencari kod-kod ku kutip dan ku jagainya..
Ada kala hilang jatuh entah ke mana..
Namun jejari tetap meraba mencari arah..
Memastikan ilmu itu ku genggam
Seeratnya agar tak akan hilang lagi..
Kembaraku detik ini..
Masih tidak mengenal arahku sebenarnya..
Termanggu seketika dalam paparan putih gebu flickr
Terasa percubaanku kosong tiada nilai..
Terasa juga kesilapan menampal wajahku ..
Lalu ku kembali mencari warna abadi..
Kerana aku bagai kerdil yang tak tahu malu..
Menyinggah di teratak teman tanpa diundang..
Meminta ehsan agar dibenarkan melabuh layar..
Agar kemudi ini tidak berakhir..
Kembara ini dalam panorama maya..
Berbekalkan kesabaran dan kesyukuran..
Akhirnya jejak mereka aku susuri biar perlahan..
Kadang salam ku hulur disambut mesra..
Kadang salam ziarahku terbiar sepi..
Kelana ku teruskan jua..
Temanku di alam maya..
Indah sekali situasi ini..
Menyatukan kita sesama insan untuk bertaqwa..
Menjadi kartu indah paparan ilmu
Semahunya di hias, dilukis laman seindah bahasa..
Diwarnai pula dengan gerakan kalimah suci..
Kalimah yang membersihkan noda di jiwa..
Kini ada pautan ilmu membantu diriku..
Menghias laman mayaku dengan baner mereka..
Sepertinya aku di pimpin..
Agar kelana ini bukan kosong dan tandus semata..
Bagai tangan menyentuh tangan mereka..
Agar tidak tersasar ke jalan gelap lagi..
Terasa juga ada kasih berbunga..
Harum dengan wangian sapa bicara..
Laman ku di ketuk lafas kalimah salam..
Sungguh aku merasa kini diperhatikan..
Kesepianku kini berakhir ..
Hadirnya teman bertandang di lamanku..
Pertautan reranting ilmu bersemi
Akhirnya..
Terima kasih kasih kepada sahabatmusleem..
Alimaz kembara terasing,
Jurnali AbuMiftah..
Sahabatku bujang susah..
Erakita juga tidak ketinggalan ..
Edu4u.edu.org ..
Nun di sana juga menyapaku..
Lamannya indah wangian bunga.
Detik indah dalam hidupku.
Kepada siapapun yang mencintai maya ini
Doaku semoga lamanmu tambah cahaya..
Menerangi jiwa yang tandus dan kosong..
Mewardah sinaran Islam agama Allah..
Karisma bicara sehalus budi..
Bagai membisik membawa keinsafan
Bersatu menuju jalan ketaqwaan
Seiring dalam gerak irama ..
Menuju ke jalan kecemerlangan akidah..
Salam ramadhan & terimakasih kerana membaca sajak ini.
0 Pesona Kata Hati Mereka:
Catat Ulasan