Asalamualikum..salam sejahtera, selamat berpuasa,salam damai,salam muhibah dan salam semua untuk sapa etuzawarna. Selamat membaca di laman ini. Ilmu yang baik datang dari Allah dan kekurangan itu datang dari etuza sendiri sebagai manusia yang tidak sempurna.Pintaku maaf kan jika ada kesilapan bicara, mengguris nati nurani.
Etuza.. merupakan seorang pendidik di sekolah rendah, mengajar mata pelajaran sains dan merupakan juga GPM ( guru perpustakaan media) di tempat bertugas. Saya bertugas di pedalaman Sabah iaitu di Keningau. Saya memang seja dari bangku sekolah rendah sangat berminat sebagai pendidik. Syukur kepadaNya kini dah tertunai impian itu. Saya seorang guru yang biasa saja, tiada lebih dari guru lain , sama sahaja,bukan ada kelebihan berbentuk kepakaran yang khusus, tetapi kebolehan mengajar itu pastilah ada kerana dan belas tahun mengajar murid di sekolah. Segala-gala tentang keadaan murid di dalam kelas dah sebati dengan etuza.
Di dalam paparan ini etuza nak mengonsikan beberapa tips etuza ketika di dalam kelas. Masuk kelas itu tentunya kita hendak sebarkan ilmu, mengikut kemahiran dan konten sukatan pelajaran serta berpandukan falsafah pendidikan negara. Untuk menyalurkan ilmu kepada murid atau pelajar,seorang guru itu pastinya amat mengharap agar tiap murid mampu menguasai, memahami dan mengerti isi pelajaran yang kita sampaikan. Kalau etuza, hendaknya tiada seorangpun yang terkecuali. Kiranya 20 orang murid di kelas tersebut kesemuanya mampu memehami pelajaran yang di pelajari hari itu.
Sebelum meneruskan sudut perkongsian ini, terlebih dahulu etuza mohon agar paparan ini tidak disalah tafsirkan, kerana kita sesama guru memang masing-masing dengan pengalaman yang sama.Maknanya etuza bukan nak mengajar itik berenang, cuma sekadar perkongsian. Kita menyedari juga bahawa ramai bakal guru yang baru sebagai pelapis kita, nah merekalah yang sesuai memanafaatkan perkongsian etuza ini.Adakah anda bersetuju?
Biasanya etuza masuk kelas ikut waktu jika tiada halangan.Kalau ada hal berkaitan dengan sekolah, apa boleh buat lewatlah masuk kelas. Yalah.. hakikat itu tidak mustahil akan berlaku kepada tiap pendidik. Etuza mesti letak semangat berkobar-kobar menyampaikan pelajaran di dalam kelas. Secara ringkas etuza agak tegas semasa menyampaikan P&P di dalam kelas. Ikutilah tips - tips etuza berikut sekadar tambahan ilmu dan manfaatkan jika berkaitan dan anda berminat. Pastinya kombinasi pengalaman etuza ini dengan pengalaman anda akan bersatu ke arah menjana modal insan kelas 1.
Langkah 1
1. Siapkan rancangan mengajar harian selengkapnya. Perincikan kemahiran.. ambil skop mudah. Ini akan membantu anda lebih pantas mendapat idea atau jalan bagaimana murid cepat faham tentang kemahiran yang hendak di ajar.Rancangan mengajar yang kemaskini menyenangkan kita. Tup!tup nazir datang ..mudahlah tugasan siap.
2. Berdasarkan skop kemahiran yang diperincikan itu, binalah abm atau BBB ( bahan bantu belajar),lembaran kerja, sediakan soalan berkaitan kemahiran..rancang set induksi yang menarik perhatian murid.
3. Semasa masuk kelas..jan lupa mesti ceria, nampak bersemangat. Pastikan murid mengikut peraturan sebagai murid, kerana peraturan itu bertujuan mendisiplinkan murid. Etuza suka kalau ucapan selamat pagi atau selamat sejahtera itu diucapkan.Jika tidak kita dah tahu gambaran murid dalam kelas itu belum bersedia untuk belajar.
Guru itu ikon kepada murid. Oleh itu guru harus ceria dan bersemangat.
4. Sebelum menyampaikan pelajaran..pastikan murid duduk diam,tenang dan tidak menghayal atau borak dan juga berjalan-jalan ke tempat kawan. Arahkan murid pandang kedepan dan lihat cikgu secara bertentang mata. Kontek mata kena jaga, tiap murid harus direnung mata agar mereka rasa diperhatikan. Apabila semuanya tenang dan bersedia untuk belajar teruskan kemudi P&P anda ya.
5. Set induksi ringkas tapi menarik dan menjurus kepada kemahiran. Bagi etuza, set induksi itu kulit kepada kemahiran yang kita ajar. Bayangkan kalau kita makan buah yang kulitnya kasar, tentu payah nak kunyah. Buka dulu kulitnya..baru lancar ditelan.Demikian juga pelajaran. Kita lantak terus latihan dan soaljawab ringkas.. pasti murid terpinar-pinar tak faham.
Induksi yang menarik mampu memusatkan perhatian murid. Joke yang berkesan semasa menerapkan nilai murni juga sangat memberi kesan kepada murid. ( gambar sekadar hiasan)
6. Isi kemahiran dijelaskan dengan cekap, latih tubi harus dilakukan, soalan mengiji kefahaman harus di buat. Soalan secara rawak juga penting selain secara individu. Jika individu itu jawapan betul.. arah semua murid menyebut apa yang disebut oleh individu itu agar pengukuhan dan pengayaan seiring. Ingat bukan semua murid ingat isi pelajaran seperti murid tadi.Maka mereka semua perlu menyebut secara ramai jawapan yang tepat.
Mudahkan bahasa semasa menyampaikan isi pelajaran. ( Gambar sekadar hiasan)
7. Semasa latihan, pastikan murid buat betul betul. Rancang masa yang sesuai agar semua murid siap. Bimbing murid yang lambat, beri dia motivasi, galakan dan kata-kata perancang. Pasti murid lambat itu bersemangat dan bersaing dengan rakan lain untuk siapkan latihan.
Bimbing murid agar murid lebih memahami.
8. Mesti ada refleksi ( imbas semula ) Ini penting agar murid dapat aplikasikan kemahiran yang diajar berdasarkan kefahamannya, ubahsuai penjelasan mengenai nilai di dalam kemahiran. Refleksi kadangkala menguji KBKK murid juga. Berikan ruang murid berinteraksi dengan kawan-kawan dalam kawalan guru, beri peluang kepada murid bertanya kepada guru. Biasanya murid yang bijak tinggi kemahuan ingin tahu. Harus berhati-hati. Elak menyatakan tidak tahu dihadapan murid sebaliknya bawa berbincang dan mencari jawapan yang tepat dan berkaitan.
9. Berikan ransangan kepada murid, murid bersalah harus ditegur, kerana itulah tugas guru.Membentuk disiplin dan sahsiah murid. Beri mereka bayangan masa depan,beri mereka harapan dan semangat untuk mencita-citakan kejayaan dalam pelajaran.
10. Hadiah seperti pujan juga amat penting kepada murid. Banyak bentuk pujian, samaada secara individu atau secara rawak. Pujian penting agar murid bertambah semangat untuk lebih rajin belajar dan mahu mengikuti pelajaran kita di masa lain.
Nampaknya sekadar itu sahaja tips-tips etuza ketika menyampaikan P&P didalam kelas.Ini hanya teori, amalinya kita yang akan melakukanya. Etuza amat meyakini bahawa murid yang lalai dan langsung tiada perhatian di dalam kelas biasanya akan ketinggalan jauh. Tetapi murid yang tinggi pengamatannya akan terus maju dan cepat memahami pelajaran guru. Biasanya etuza tidak akan memulakan pelajaran jika ada murid yang berborak,bising dan menghayal.
Akhir sekali, salam 1 Malaysia & salam mesra diangin lalu.
0 Pesona Kata Hati Mereka:
Catat Ulasan