Nama penuh Mohd Irfan (abang) Mohd Ismat Afif ( adik) memang suka main kerea mainan, anak lelaki katakan.
Rindu sangat kat anak-anak nilah jadinya,beli kereta &macam-macam,yang best diorang candid etuza habis-habis. Masa ini isteri ke rumah mentua bawa 4 lagi anak kami yang lain.
Beginilah bila dah rindu, dipeluk dibelai dan disayang macam tak nak lepaskan.Ibubapa mana tak sayang anak-anak. Mereka ibarat warna sebuah keluarga, harta yang dianugerahkan olehNya pada pasangan suami isteri.Sayangi anak-anak kita sebagaimana kita disayang diasuh hingga besar oleh ibu an ayah kita sendiri.
Memanjakan anak-anak berpada-pada, minta mereka agar tak membuat kejahatan. Berbuat jahat jangan sekali-kali. Ibarat buat jahat sekalipun tak boleh, inikanpula bekali-kali. Mendidik biarlah dari kandungan hingga mereka bejaya menjadi manusia sebenar.
Mohd Ismat Afif dah pandai membaca Al-Quran, berkat usaha gigihnya pergi mengaji bersama abang & kakaknya. alahamdulillah.
Gembira bermain kereta, sedondon dengan baju biru bergaris merah dan putih. Beli baju mesti sama masa ini, sekarang dah tak mahu baju warna sama. kereta yang di beli juga merah. Anak etuza irfan biasanya suka warna merah.
Satu lagi perkongsian dalam paparan gambar-gambar kami ini ialah, dalaman rumah mas
ih cat lama biru cream. Lantai belum dipasang (mozek) Baru bina rumah ni pada 2003, kami rasmi mendiami rumah Villa Etuza ialah pada 23.ogos.2003.
ih cat lama biru cream. Lantai belum dipasang (mozek) Baru bina rumah ni pada 2003, kami rasmi mendiami rumah Villa Etuza ialah pada 23.ogos.2003.
Masih lagi aksi dan style masing-masing. Tengoklah Afif tu, masa ini juga afif baru 3 tahun.
Pose istemewa bersama kereta maianan. Seorang putih dan seorang keeta warna merah.
Kegembiraan anak-anak adalah penawar penat lelah dan letih, anak-anak sakit merupakan kebimbangan bagi etuza. Hendaknya kita semua sihat dan aman disisiNya.
Pose istemewa sekali lagi dari ismat afif.
Pose istemewa sekali lagi dari ismat afif.
Kadang-kadang bangga sangat dan amat bersyukur kepada Allah kerana menganugerahkan kami anak-anak ceria sihat dan menurut nasihat.
Ha! pengunjung etuza, dah beakhir photo kenangan tahun2004 . Ada kesempatan silalah lawat log etuza. di alamat htt://ezawarna-warnakehidupan.etuza.blogspot.com.
Persis sebuah memacu rasa ke jiwa mu..
mengimbas kenangan lalu bak semalam...
Hakikatnya kenangan itu sudah berlalu...
Tersimpan dalam lembaran masa..
Kita lahir di dunia pana...
Mengharung banyak onak dan duri...
Bak melata di ruang perjalanan hidup...
letakkan kakimu di celahan duri itu...
Andai terpijak berdarah... sembuhnya lama..
Dunia masa kini terlalu berani..
Takluki jiwamu tanpa belas simpati..
Tidak dengan nyata ...dibuat cara sembunyi...
Bak semut tak nampak, gerak rerumput tak kelihatan...
Padahal sudah menyusup kejiwa ragamu panahan hasutan duniawi...
Menyusup keurat menjadi darah dan dagingmu...
Mahukah...dirimu rebah bak sampah terbuang...
Mahukah..harapan terkubur bersama harapan ayahmu..ibumu jua...
Ayuhlah anak-anak ku sayang...
Lihat seluasnya...
Hampaan kebahagiaan jika menurut kata..
menunaikan solat.. ingat pada Allah...
Tempis bisikan ke telingamu...
Dalam menuju jalan ke arah kejayaan..
Masa depan gemilang unggul diri..
Ah!! manisnya nikmat kejayaan...
Harumnya di kasihi dan di sayangi..
Disepanjang masa...
Lalu pada tinta ini...
Ayah berpesan....
Nampak memang jalan ada duri...
Lihat, teliti dan pilih letak tapak kakimu..
Agar setitik darahpun tak menitis...
Bak kaki memijak di bumi baldu lembut...
Justru itulah letak nya perjalanan menuju...
Dua hala di dunia dan ke akhirat..
Inilah bingkisan seribu rasa..
Etuza gelar biasa ayahmu..
Asalamualaikum...salam bahagia..
0 Pesona Kata Hati Mereka:
Catat Ulasan