Halaman


 Banner

❤Detik Detik Indah Dalam Hidupku❤

Isnin, 31 Ogos 2009

Bahan rujukan mama dalam kajian halangan dan cabaran guru sejarah menengah.

Cabaran pendidikan dari perspektif mahasiswa
Oleh: Mohd Hanif Azwan Bin Ab Rahman*

Pendidikan adalah satu bidang yang terpenting dalam negara-negara yang membangun termaksud lah Malaysia. Dengan pendidikan ini lahirlah kesedaran dalam menuntut kemerdekaan dan kesedaran untuk maju dalam setiap bidang. Melalui pendidikan juga lahirlah modal insan yang berdaya saing, berintegriti dan bersahsiah unggul tanpa membelakangkan agama Islam.

Pendidikan di negara mempunyai sejarah tersendiri dengan pelbagai laporan dan akta yang dikemukan oleh pakar-pakar akedamik. Pendidikan bermula sejak manusia itu lahir hinggalah manusia meninggalkan dunia ini atau dengan kata lain pendidikan sepanjang hayat. Dalam zaman globalisasi ini, sistem pendidikan negara kita menghadapi pelbagai cabaran dan rintangan samada dari segi fizikal, mental dan intelek.

Dalam Pelan Induk Pebangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010, mengariskan 6 teras utama agar sistem pendidikan di negara kita sentiasa releven dengan perubahan semasa dan dapat merealisasikan misi nasional serta memperkasakan sistem pendidikan negara kita.

Kebanjiran masalah sosial dan peningkatan kes disiplin pelajar merupakan cabaran kepada sistem pendidikan negara kita. Timbulnya pelbagai gejala sosial dan kes disiplin atau dengan kata lain penularan krisis nilai di kalangan pelajar seolah-olah mengambarkan sistem pendidikan negara kita gagal melahirkan produk yang berkualiti dalam kuantiti yang terbanyak.

Pendidikan kita hanya memberikan ilmu sebanyaknya, tapi gagal dalam memberikan didikan setepatnya. Akibatnya produk sistem pendidikan kita tidak seimbang. Cabaran ini perlu dipandang serius oleh semua pihak yang terlibat dalam sistem pendidikan seperti Pihak Kementerian Pelajaran Malaysia, Kesatuan Guru Kebangsaan (NUTP), pihak sekolah, Pihak PIBG, guru-guru, ibubapa serta masyarakat setempat.

Dalam mengatasi krisis nilai ini, Saya menyokong hasrat kementerian ingin menggubal sistem penilaian dan pentafsiran di mana pelajar tidak lagi dinilai sepenuhnya secara peperiksaan. Sistem penilaian terbaru ini menekankan pelbagai aspek kebolahan dan kemahiran pelajar. Pada pendapat saya sistem penilaian yang sedia ada sedikit sebanyak menyumbangkan kepada berlakunya krisis nilai di kalangan pelajar.

Selain itu pihak berwajib haruslah memperkasakan Pengajian Islam dan Moral semua peringkat sekolah sama ada menengah ataupun rendah serta memperkenalkan J-QAF di peringkat menengah secepat mungkin.

Ketidakberkesanan Pengajian Islam dan moral adalah salah satu faktor penyumbang kepada berlakunya krisis nilai di kalangan remaja khususnya golangan pelajar. Pihak berwajib mestilah menitik beratkan Subjek ini seperti mana Subjek Sains, Matematik, Sains Tulen dan Bahasa Inggeris.

Di samping itu, Pendidikan negara kita menghadapi cabaran dari segi untuk merapatkan jurang pendidikan serta pendemokrasian pendidikan. Merapatkan jurang pendidikan juga adalah teras keempat dalam PIPP. Walaupun cabaran ini adalah perkara yang sudah laput, namun ianya perlu diambil perhatian sewajarnya.

Saya memetik contoh bagi negeri Sabah di mana sehingga Januari 2008 terdapat sebanyak 1,271 buah sekolah di sabah dan 1002 dikelaskan sebagai sekolah luar bandar serta 497 dikelaskan sebagai Sekolah Kurang Murid (SKM). Di sekolah Rendah terdapat 11, 274 kelas beroperasi menampung seramai 290,927 pelajar, manakala diperingkat sekolah menengah terdapat 5,837 buah kelas di mana pelajarnya seramai 193, 539 orang.

Nisbah guru kepada murid bagi sekolah rendah adalah 1:13 dan sekolah menengah 1:15 (KPM 2008). Permasalahan diatas merujuk kepada komposisi pelajar, bilik darjah dan guru. Masalah lain yang masih wujud adalah bekalan elektrik, kemudahan penempatan guru, kelulusan akademik warga pendidik.

Usaha untuk merapatkan jurang pendidikan, apatah lagi untuk mengahapuskannya bukanlah perkara yang mudah. Namun begitu, pihak kerajaan juga melaksanakan beberapa langkah untuk membantu merapatkan jurang pendidikan terutama dari segi infrastruktur. Sebagai contoh usaha membangunkan pendidik luar bandar di sabah memerlukan peruntukan sebanyak RM83 bilion.

Walaubagaimanapun, di bawah Rancangan Malaysia Ke-9, pihak kerajaan telah meluluskan RM3.43 bilion bagi Kementerian Pelajaran Malaysia melaksanakan 3,904 projek. Walaupun perkembangan semasa di sekolah luar bandar amat menggalakkan, tetapi, keperluan semasa sistem pendidikan kebangsaan menyebabkan masih terdapat jurang pendidikan di antara sekolah bandar dan luar bandar.

Saya mengsarankan agar pihak Kerajaan dan Kementerian Pelajaran Malaysia, Mempertibangkan perentukkan yang terbaik untuk membangunkan pendidikan diluar bandar tidak kira di kawasan Borneo ataupun Semenanjung Malaysia agar tiada lagi pelajar yang tercicir dalam mendapatkan pendidikan.

Dari segi kognitif juga terdapat jurang pendidikan. Sebagai contoh pelaksanaan PPSMI telah menyebabkan penguasaan pelajar terutamanya di kawasan luar bandar dalam subjek matematik dan sains semangkin merosot.

Hasil kajian sebenar yang dilakukan oleh pasukan penyelidik seramai 50 orang pensyarah dari 7 buah Universiti (UPM, UiTM, UPSI, USM, UUM, UMS dan UTM) dengan selian Permuafakatan Badan Ilmiah Nasional (PEMBINA) di 70 buah sekolah menengah (pelajar Tingkatan 4) dan 90 buah Sekolah rendah di seluruh negara (murid darjah 5) membuat kesimpulan bahawa PPSMI telah gagal memberikan manfaat kepada pelajar, khususnya pelajar-pelajar Melayu di sekolah kebangsaan luar bandar.

Di beberapa buah negeri, misalnya Perlis, Kelantan, Sabah dan Sarawak, peratusan pelajar yang gagal (markah D & E) melebihi 50%. Prestasi SPM 2007 jelas menunjukkan bahawa bilangan pelajar Melayu yang cemerlang dari Sekolah Berasrama Penuh dan Maktab Rendah Sains MARA (MPRSM) juga menunjukkan kemerosotan yang menundum, terutama dalam mata pelajaran Kimia dan Matematik.

Usaha kerajaan untuk menggalakkan masyarakatnya mempertingkatkan penguasaan bahasa Inggeris yang dikatakan bahasa Ilmu dan bahasa dunia adalah satu usaha murni dalam mempertingkatkan mutu pendidikan dan melahirkan modal insan yang berpengetahuan tinggi.

Namun begitu, usaha memperkenalkan bahasa inggeris dalam subjek sains dan matematik pada pandangan saya adalah kurang tepat. Sedangkan di Sekolah telah terdapat subjek Bahasa Inggeris dan EST(English for science and technology). Seeloknya pihak kementerian berbincangan dengan pakar-pakar akademik untuk memperkasakan subjek Bahasa Inggeris dan EST.

Pada padangan saya, mempertingkatkan mutu profession perguruan merupakan cabaran pendidikan dalam pasca modenisasi. Guru-guru sekarang menghadapi pelbagai cabaran dan halangan untuk mempertingkatkan mutu pendidikan dan penyampaian maklumat kepada pelajar-pelajar.

Selain menyampaikan ilmu pengetahuan dalam bilik darjah, warga pendidik juga perlu membentuk dan menyemaikan nilai-nilai murni dalam pendidikan untuk membentuk jati diri dan akhlak yang terbaik dalam diri pelajar. Pelajar-pelajar diera globalisasi ini lebih aggresif dalam segala tindakan menyebabkan pelbagi gejalan sosial dan peningkatan kes disiplin berlaku.

Oleh sebab itu, bagi melahirkan manusia yang pandai sahaja tidak mencukupi kerana pendidikan bersifat “menjadikan” bukannya “mengeluarkan” manusia. Saya bersaranan agar pihak kementerian menyediakan kursus yang lebih efektif kepada guru-guru agar warga pendidik mampu mendidik dan membentuk jati diri dan akhlak pelajar.

Guru pada abad 21 ini mempunyai bebenan tugas yang semangkin meningkat. Warga pendidik bukan sahaja memengan jawatan asas iaiti menyampaikan maklumat dan mendidik pelajar, tapi terdapat guru yang memengan jawatan AJK PIBG, Ketua Penitia, Guru Disiplin dan sebagainya.

Harapan saya, Transfomasi pendidikan mestilah dilakukan secara bersepadu dengan berpandukan Al-quran dan As-sunnah. Dengan pendidikan manusia membina tamadun, kemajuan dan meningkatkan taraf hidup.

Akhir kalam saya, diharapkan Pendidikan di negara kita mampu melahirkan modal insan yang bertamdun tinggi agar pembinaan negara bangsa tercapai. Pendidikan menjadi nadi kehidupan manusia dulu,kini dan akan datang.

———————————

*Penulis ialah Exco Kesenian dan Kebudayaan Majlis Perwakilan pelajar 08/09 Universiti Pendidikan Sultan Idris

KERTAS SEJARAH MENENGAH 101

Bismillah….

Hari ini aku belajar Sejarah dan Kita dalam Bab 1 Sejarah Tingkatan 1. Bab ini pada asasnya memperkenalkan konsep sejarah secara keseluruhan. Para pelajar dikehendaki memahami:-

1) pengertian sejarah,
2) cirri-ciri sejarah,
3) sumber sejarah,
4) kaedah pengkajian sejarah,
5) pentafsiran sejarah,
6) kepentingan sejarah,
7) tujuan mempelajari sejarah
8) faedah mempelajari sejarah

Pengertian Sejarah

Sejarah berasal dari perkataan bahasa Arab, ‘Syajaratun’ yang bererti pohon, atau pokok, salasilah, riwayat, keturunan dan asal-usul. Pengertian sejarah seperti yang diberikan oleh ahli sejarah dari Tunisia iaitu Abdul Rahman Ibn Muhammad Ibn Khaldun atau Ibn Khaldun (1332-1406 Masehi) ialah:

“Sejarah membicarakan tentang masyarakat manusia atau peradaban manusia tentang perubahan-perubahan yang berlaku pada sifat-sifat kemasyarakatan.”

Herodorus, sejarawan Yunani pula berpendapat:

“Sejarah ialah penceritaan tentang tindakan manusia dan sebab-sebab mereka melakukannya.”

Seorang lagi ahli sejarah, Muhd Yusof Ibrahim pula berpendapat:

“Sejarah merupakan catatan ataupun rekod mengenai sesuatu peristiwa yang berlaku pada suatu masa yang lalu.”

Kesimpulannya, maksud sejarah ialah penyelidikan mengenai perkara-perkara yang telah berlaku.

Ciri-Ciri Sejarah

Fakta tepat dan benar:
Segala peristiwa, tokoh, tarikh dan tempat sejarah boleh dibuktikan,
Fakta sejarah tidak boleh ditokok tambah atau direka. Fakta sejarah boleh dipertanggungjawabkan kesahihannya,


Penting dan bermakna:
Kesan sejarah penting kepada kita, ahli keluarga, masyarakat dan Negara,

Mempunyai sebab dan akibat:
Sejarah mencari kebenaran tentang peristiwa masa lalu,
Perlu mengetahui sebab dan akibat sesuatu peristiwa, oleh itu perlu diketahui
apa, siapa, bila,di mana, mengapa, dan bagaimana sesuatu peristiwa berlaku?


Sumber Sejarah

Sumber sejarah terbahagi kepada dua:

Sumber Pertama – atau sumber primer, bahan asal belum diolah, bersifat asli & belum ditafsir, contohnya: fail rasmi jabatan, surat peribadi, diari, manuskrip belum dicetak dan batu bersurat.

Sumber Kedua – atau sumber sekunder, bahan diperolehi dari kajian bahan pembacaan dan bertulis, bahan ini datangnya dari sejarawan atau pengkaji sejarah, bahan sudah diolah, dicetak, dan disebarkan umum. Contoh: buku, majalah, jurnal, akhbar, ensiklopedia, laporan tahunan jabatan dan risalah.


Kaedah Pengkajian Sejarah

Tiga kaedah pengkajian sejarah ialah:

Kaedah Lisan – temu bual dengan tokoh, sejarawan, melalui ucapan, penceritaan, pengisahan dan perbualan. Kaedah ini memerlukan sejarawan memilih, mentafsir dan membuat perbandingan fakta bagi mencari kebenaran.

Kaedah lisan ada kelemahan seperti bercampur unsur dongeng, mitos dan lagenda.

Dengan perkembangan teknologi maklumat sejarah boleh didapati dari televisyen, internet, cakera padat, radio dan pita rakaman.

Kaedah Bertulis – kaedah ini mendapat maklumat dari sumber bertulis dan dilakar di atas batu, dinding gua, kulit kayu, daun kayu, logam, gading dan kertas.


Kaedah Arkeologi – maklumat yang diperolehi secara saintifik. Antara cabang arkeologi ialah angkasa lepas, maritim dan cari gali. Melalui kajian saintifik seperti pentarikhan radio karbon, ketepatan usia sesuatu bahan tinggalan (fosil, binaan dari batu, peralatan logam, tembikar dan kulit siput) dapat disahkan.

Pentafsiran Sejarah

Pentafsiran bermaksud ulasan atau kupasan ke atas peristiwa sejarah. Dengan tafsiran peristiwa sejarah menjadi bermakna, berfaedah atau sebaliknya. Sejarawan sentiasa ingin tahu sebab musabab sesuatu peristiwa berlaku. Penyelidikan diperlukan untuk mendapat maklumat sejarah yang betul dan tepat. Tafsiran sesuatu peristiwa sejarah yang sama mungkin berbeza antara sejarawan.

Perbezaan tafsiran ini disebabkan pandangan yang berbeza di kalangan sejarawan, asal usul dan latar belakang yang berlainan. Bias juga berlaku. Masalah juga dihadapi untuk mendapatkan maklumat yang benar dan tepat.

Kepentingan Sejarah

Tujuan mempelajari sejarah:

Menghargai jasa tokoh
Mendapat banyak pengetahuan
Memahami sejarah tamadun awal
Memupuk sikap berhati-hati

Faedah mempelajari sejarah:

Memberi iktibar
Perangsang kepada kemajuan Negara
Memupuk semangat patriotism


Taman Setiawangsa, Kuala Lumpur
13 November 2006
Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

1 Pesona Kata Hati Mereka:

9n0L4 berkata...

saye cukup fobia subjek sejarah. huhu. lemah. tak suke fakta. :)