Halaman


 Banner

❤Detik Detik Indah Dalam Hidupku❤

Ahad, 23 Ogos 2009

HATE DESTROYS PERSONAL`S SOULS!




Salam..

Allah! Terlalu banyak berlaku pada saya beberapa hari ini. Dalam minggu ini. Kebanyakannya melemahkan jiwa, mungkin. Tapi siapalah saya untuk menahan. Siapalah saya untuk melawan. Saya hanya manusia biasa. Saya tak sunyi dari lakukan kesilapan. Dan saya selalu berharap, dengan kesilapan ini. Boleh tarbiyahkan jiwa saya yang sepi ini. Boleh kuatkan hati saya yang lemah ini.

Terkadang, bila dimuhasabah sendiri, kekhilafan diri, betapa banyaknya kesilapan yang mengguris hati insan-insan yang lain tanpa sedar. Oh~Kenapa begini berubah? Kalau dulu, saya selalu berusaha menjaga sekeping-sekeping hati manusia. Tapi kini, bila saya tak puas hati, saya akan cakap. Bila saya marah, saya akan luahkan. Bila saya tak suka, saya akan protes. Bila pernyataan itu salah, saya akan memberi pandangan. Eh pelik sangat ker?

Memanglah pelik, bukan pelik lagi, tapi teruk sangat! Sebab tak pandai langsung jaga hati orang!! Eh, lupa ker? Manusia dikurniakan pelbagai sensiviti, pelbagai persepsi, pelbagai spekulasi., pelbagai andaian. Mungkin bila saya luahkannya, ia disalaherti. Bila saya beri pandangan, akan disalahfaham. Bila saya katakan ianya gurauan diambil serius pula. Haish~ Maklumlah, berbicara tanpa bersemuka, intonasi yang digunakan mungkin membuatkan terjadinya salah faham dan mulalah membina spekulasi yang negatif.

Saya pernah terbaca dalam blog seorang kawan. "MENGKRITIK TAK BERERTI MENENTANG,
MENYETUJUI TAK BERERTI MENYOKONG, MENEGUR TAK BERMAKNA MEMBENCI
DAN BERBEZA PENDAPAT ADALAH KAWAN YANG TERBAIK."

Saya teringat, saya pernah mengpost entri tentang ini. Adab-adab berbeza pendapat dalam Islam. Tak mahu panjangkan entri kali ni. Cukuplah saya katakan...

"Maaf pada semua yang berkenaan. Saya hanya insan lemah. Rasanya, lebih baik, kalau berunding dulu, tak perlu serang-serang dan kutuk-kutuk, hina menghina, cemuh mencemuh. Sebab saya bukanlah sempurna. Saya insan yang lemah. Sangat-sangat. Mungkin tak sehebat anda. Tak sesempurna anda yang berlatarbelakangkan kesempurnaan dan keistimewaan."

Ouh. Lagi satu, perbezaan metodologi dalam menegur secara berhikmah, mungkin disalah ertikan. paling menyayat hati. Salah kaedah! Haha. Maklumlah perbezaan persekitaran mempengaruhi segalanya. Hati manusia sukar ditafsir. Mudah berubah. Tapi, tak apa, sebab dengan perbezaan itulah dunia ada variasi dan lebih indah. Tapi kena terima pandangan dan teguran orang lain dengan hati yang terbuka. Bukan mencemuh! Bukan mengutuk! Bukan membenci!

Juga, saya tak tujukan entri ini kepada mereka yang terlibat. Tetapi cuma penafsiran yang terbatas dari hamba yang lemah. Mungkin anda lupa, saya tak sesempurna anda.....

2 kisah yang agak sama, tapi berlainan watak. satu di UKM. satu di 'sana'. Tapi saya tetap watak utama! Pencetus segala-galanya! Huk3.
2:42 am.
2 Ramadhan.
(tgh kaji Bible, tetibe diserang! haha. Ujian bulan puasa.)

Ok. Baeklah. InsyaAllah ini entri terakhir utk bulan ini. Thanks to Rauna for ur support, my dear friend. :)


*sedikit muhasabah utk diri sendiri*

HATE DESTROYS PERSONAL`S SOULS!

kenapa mahu membenci jika diri tak begitu sempurna?
kenapa mudah mencemuh jika diri tak berapa betol?
kenapa selalu mengutuk jika diri tak selalu benar?
kenapa mesti mengumpat, jika orang lain buat salah?
kenapa harus menilai terlalu cepat, jika tidak ada penjelasan?
kenapa? dan kenapa? dan kenapa? dan kenapa? dan kenapa?
tanya sama diri, apa erti iman dan taqwa?
tanya sama iman, apa erti ukhuwah dan usrah?
tanya sama fikiran, apa erti hormat dan percaya?
tanya sama hati, apa erti mahabbah dan mawaddah?


SALAM RAMADHAN, Ramadhanul Kareem! Allahu Akram~!!
pesan sahabat...*syukran!*
Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

0 Pesona Kata Hati Mereka: