Halaman


 Banner

❤Detik Detik Indah Dalam Hidupku❤

Sabtu, 22 Ogos 2009

Forum ramadhan di kampung Etuza. Antara isi ceramah ialah


Inilah 3 orang panel forum ramadhan di kampung etuza pada 20.8.2009.
Bertempat di balairaya kampung Penagatan Laut, Keningau, Sabah, diadakan satu forum berkenaan ramadhan, dimana etuza dan anak-anak menghadiri bersama-sama orang kampung.
Penuh dewan, hingga tak cukup kerusi. Yang tua datang, remaja, dewasa dan kanak-kanak tidak ketinggalan menyaksikan forum berkenaan ramadahan almubaraq ini.

Antara panel forum yang didatangkan dari Jabatan Jakim Sabah dan Pensyarah dari Pusat Latihan Dawah Keningau. Mereka terdiri dari Ustaz Nazri, Ustaz Harun dan Ustaz Ramli. Sempena ramadhan banyak perkara yang dijelaskan oleh panel forum bagi menjelaskan konsep ramadahan, perkara makruh, membatalkan puasa dan lain-lain telah disentuh.

Pengertian puasa ialah : Perlakuan menahan diri dari makan dan dahaga dari awal pagi fajar menyinsing hingga ke tenggelam matahari.

Kenapa berpuasa : Rukun Islam yang ketiga yang wajib dilakukan oleh semua muslim dan muslimat, sebagai penghambaan kepada Allah yang maha besar.

Rasional berpuasa : mengkuhkan kemantapan iman kita, memberi kesedaran kepada kita bahawa betapa deritanya penduduk di negara lain seperti di palastine yang mengalami kebuluran makanan, akibat keadaan gersang, perang dan kemunduran ekonomi juga kekurangan minuman.Kita di Malaysia bersyukur kerana apa sahaja makanan kita boleh dapat dengan mudah. Sedang kita enak makan makanan, terdapat saudara kita di sana yang kebuluran, menderita akibat kekurangan makanan.

Terdapat fakta yang etuza baca dalam internet, ramai kanak-kanak meninggal dunia akibat kekurangan makanan atau akibat kebuluran terutamanya di Indonesia Timur.

Puasa haruslah merangkumi semua pancaindera, kena tebalkan iman.

Perkara yang membatalkan puasa , kata ustaz dalam forum ialah :-
* Makan dan minum dengan sengaja di waktu siang.
* memasukkan sesuatu ke rongga atau tempat lain dengan sengaja.
* Bersetubuh di siang hari pagi pasangan suami dan isteri.

Perkara yang mengurangkan pahala puasa ( masih puasa tetapi melakukan perkara iaitu):-
* Mengumpat
* Meninggalkan solat
* Mencuri
* Tidur sepanjang hari.
* Menonton bahan lucah dan lain-lain.

Perkara yang memberi imbalan pahala puasa :-
* menurut ustaz ialah menjaga seluruh anggota untuk tidak melakukan maksiat.
* Menunaikan solat termasuk solat tarawih.
* Bersedekah
* Membaca al-quran
* dan lain-lainnya.

Adapun perkara yang tidak membatalkan puasa ialah :-
* Mengambil air sembahyang
* memberus gigi
* mencabut gigi
* Jarum atau suntikan oleh jururawat
* Luka tanpa sengaja hingga keluar darah tidak batal
* Dan lain-lain.
Inilah maklumat yang saya dengar dan saya faham dari forum malam tersebut selepas solat jemaah isyak.Ada juga ibubapa atau orang kampung yang bertanya tentang perkara yang dilarang semasa berpuasa dibulan ramadhan.

Antara soalan yang diajukan oleh orang kampung ialah :-
1. Bolehkan nikah semasa blan ramadhan?
2. Batalkah puasa jika cabut gigi di hospital?
3. Perlukah qadaq puasa orang yang sudah meninggal sedang anaknya juga tiada?
4. Batalkah puasa jika keluar air mani seorang lelaki?
5. Apakah hukum bila melambatkan berbuka puasa?
6. Bolehkah wanita berpuasa sedang dia tak yakin sudah kering darah nifas selepas bersalin?


Minta maaf gambar kabur..camera digital saya buat hal tak keluar flash
Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

0 Pesona Kata Hati Mereka: