Doa - Doa Harian Kita
Istemewa Memasak
❤Detik Detik Indah Dalam Hidupku❤
Memaparkan catatan dengan label dunia remaja. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label dunia remaja. Papar semua catatan
Jumaat, 29 Mac 2013
Memukul Anak Bukan Cara Terbaik Mendidik Anak
Labels:
Anak,
doa,
dunia remaja,
Kasih sayang,
Keluarga,
Pendidikan
Selasa, 26 Mac 2013
Pesona Gadis Bertudung Pink Labuh, Sejuk Mata Memandang Di Malam Karnival NILAM 21hb Mac 2013
Firstly nak bagi tahu telah drop komen di blog Cik Nor
hanya blog dia untuk pagi ini...nak BW banyak2 nanti
tak sampai...semput, so berjalan di maya hanya sampai
di blog cantik CIK NOR..nampak lautan tau..sila terjah
blog dia..hari ini.
Special wish untuk Cik NOR..
entry sebenar ni..
.
.
Karnival NILAM 21hb Mac Malam Persembahan &
22hb Mac Majlis Rasmi Penutupan Karnival NILAM
Peringkat negeri Sabah.
Tak sangka pelajar-pelajar bertudung pink labuh ini
turut bertugas. Nampak kalibat seseorang yang
dalam tubuhnya ada darah saya mengalir di seluruh
jasadnya. Tak tahulah pelajar perempuan itu siapa..
namun dia seorang yang sangat peka ..dia datang
menghulur salam dan mencium tangan ini
dengan lembut.
Syukur alhmadulillah..
banyak pengalaman dia
sepanjang membantu menjayakan
majlis gilang gemilang ini
yang berpusat di Sekolah Menangah Agama
Mohammad Ali Ranau, Sabah.
Tahniah kepada semua yang bertudung pink labuh..
tahniah cg Florida..
berjaya lancar dan ceria karnival NILAM
Semoga menjadi wanita solehah dan berjaya di dunia dan akhirat
wish khas untuk gadis bertudung labuh ...
Labels:
Anak,
Cita-cita,
doa,
dunia remaja,
Penghargaan,
Ucapan
Khamis, 7 Mac 2013
Remaja Lelaki Harus Bijak Merancang Masa Depan..
Agaknya teman blog yang selalu mengikuti entry2 saya
di blog Pesona kenal wajah remaja lelaki
dalam gambar ini.
Ok..dialah putera saya yang pertama,
ada tak iras saya? Nampak tak ada lah..
Apapun kini sedang menunggu keputusan SPM.
Semoga ada kejayaan bagi dia..
amin.
Sebagai remaja lelaki, seharusnya bijak..
mengatur masa, mengurus masa,
menggunakan masa dan memenafaatkan masa.
Lelaki ni kena melindungi sebatang tulang rusuk!
faham tak tulang rusuk tu ialah WANITA..
pada suatu masa nanti. Sebab itu..
remaja lelaki kena rancang sedari awal..
sedari mula, sedari baligh, sedari berakal..
bahawa keperluan merancang masa depan adalah
sangat WAJIB dan DITUNTUT.
Faham tak kau!..
bukan asyik membuang masa...
Ingat umur tu kian bertambah..
bukan berkurang ..makin bertambahlah mamat..
Lepas tu MISAI awak akan tumbuh..
memperlihatkan menunjukkan bahawa
awak dah jadi lelaki dewasa.
Harap awak faham lah tu.
Labels:
Anak,
Cita-cita,
doa,
dunia remaja,
Kasih sayang,
Motivasi,
Nasihat,
Personaliti
Sabtu, 2 Mac 2013
Artis Tersohor Sewaktu Dengan Etuza..Kebetulan Memang Etuza Minati...
Dialah penyanyi artis tersohor
Malaysia kan..
Siapa lah tak kenal Datin Siti Nurhaliza Taruddin ni
Suami diapun siapa tak kenal Datuk K..
Nilah nak bagitahu..apalah sangat tayang artiskan
di blog Pesona...
Ok ..Dia lahir 11hb Jan..so sama tarikh..
dengan etuza lah, memang saya lahir tarikh tu..
cuma beza tahun sahaja. Kalau nak tahu..
lagi Siti dah bertudung..saya ambil gambar dia ni depan mata
etuza. Hahaha depan TV masa sesi Primodana minggu lalu..
Depan mata..tau awak carilah kat mana-mana
tak akan jumpa gambar Siti ni..kecuali
di Blog Pesona..
Labels:
dunia remaja,
Harapan,
kerjayaku,
Personaliti,
Sahabat
Rabu, 27 Februari 2013
Semakin Tebal Rindu Ini!
Dalam usia yang kini meningkat ini, terasa banyak kenangan manis, suka duka ketika meniti kehidupan yang Dia berikan. Kadangkala kita yakni hambaNya begitu sombong dengan Dia hingga ada kalanya kita diberi banyak kegembiraan dan kebahagiaan tetapi lupa untuk bersyukur kepadaNya. Sedangkan nikmat kehidupan ini adalah kerana Dia yang memberikan kepada kita. Tidak terkecuali etuza juga ada masanya diterpa kelalaian, gagal mengatur masa setepatnya dalam menunaikan tanggungjawab yang wajib. Bagi hamba2Nya yang beriman situasi lalai itu bukan normal bagi mereka. Sayang sekali etuza mengaku manusia biasa TETAPI tidak memperbaiki kelemahan yang tidak sempurna itu. Alamak ..dah mengarut sebenarnya di bawah ni lah entry sebenar.....k...)
Pernah tak anda duduk santai di laman anda atau di beranda rumah anda? Kalau di desa biasanya akan kelihatan para jiran sedang duduk berbual dengan teman mereka di ruangan itu, pasti yang disembangkan itu mengenai hal kerja-kerja kampung atau pun hal anak-anak mereka. ( agaknya lah),sebab duduk di beranda lah terasa ada kerinduan yang semakin menebal dalam kalbu ini. Semakin diingat semakin terasa keping-keping rindu kembara dijiwa. Rindu ini murni dan suci, rindu ini amanahNya keranaNya ada rindu ini. Kepada yang tiada merasa nikmat rindu ini, alangkah ruginya jika kehidupan hati itu kosong dengan kasih sayang. Pasti ada dikalangan hamba2Nya yang tidak punyai perasaan kasih sayang dan jauh sekali untuk melahirkan perasaan RINDU.
Untuk teman2 semua yang datang melihat wajah BLOG PESONA sebenarnya kerinduan ini ABADI MURNI dan SUCI untuk anak-anak ku yang jauh di mata tetapi amat dekat di hati. Hanya kepada Allah ku mohon peliharalah puteri2ku dan putera2 ku, suburkan jiwa mereka dengan iman dan taqwa. Hiasi hati mereka dengan rahmatMu berkahMu dan kasih sayangMu. Ingat wahai anakku, bahawa niat untuk hidup ini adalah semata-mata mencari KEREDAHAAN ALLAH demi menjurus kearah kehidupan yang bahagia di Dunia dan di Akhirat. Bajai nawaitu itu seketika anak2ku nun jauh di sana dan nun jauh di asrama dalam menunaikan tanggungjawab sebagai insan yang bergelar pelajar. Amin ya Allah.
1. Kakak...
2. adik perempuan
3. adik lelaki
Kekalkan kejayaan ~ damailah jiwa ibu dan ayah.
Salam rindu abadi untuk zuriatku ini.
Labels:
Anak,
doa,
dunia remaja,
Harapan,
Pendidikan
Jumaat, 22 Februari 2013
Hebatnya Leo Alferedo Volume 2
Lagi cerita mengenai Leo Alferedo L
Pemenang Pemilihan Tokoh NILAM
Peringkat Daerah Keningau 2013
Akan mewakili Bahagian Keningau
Di Peringkat Bahagian pada 26hb Feb 2013
Pelajar tahun 6 Bijak yang memang bijak
Kenapa agaknya Leo Alferedo ni hebat?
1. Berani dan berdisiplin
2. Penuh keyakinan
3. Tidak malu berkomunikasi
4. Pandai bercakap Inggeris
5. Matang berfikir
6. Rajin bertanya
7. Ingin menjadi Peguam
8. Murah dengan senyuman
9. Kadangkala pandai berjenaka
10. Sentiasa no 1 dalam peperiksaan
11. Kemas dan bersih
12. Bersopan santun
13. tidak sombong
14. Suka membantu..
15. Sangat menghormati ibubapanya.
Inilah ciri-ciri pelajar cemerlang.
Kalau mahu hebat amalkanlah
15 ciri sebagai anak dan pelajar
Tahniah Leo Alferedo..
Awak memang hebat..
Sebab itu awak berjaya..
Dalam Program NILAM
Daerah Keningau.
Labels:
doa,
dunia remaja,
Harapan,
Pendidikan,
Ucapan
Selasa, 8 Mei 2012
Memang lama tidak jumpa teman sebelajar & sekuliah ( kenangan ku )
السلام عليكم ورحمة الله وبركات
Pertamanya saya panjatkan kesyukuran kerana
mampu juga pada malam ini jam 22.20 minit malam,
terhasil satu entry bergambar yang tidaklah ada
apa-apa benda yang menarik. Ini adalah kenangan
etuza sahaja, rasa gembira berjumpa dengan teman
sekuliah dahulu semasa kursus di Maktab dan di UMS.

Gambar 1 adalag etuza bersama dengan Osman,
merupakan teman sekuliah di Maktab Perguruan Keningau
suatu masa dahulu. Kalau nak tahu Osman ni ada ada anak
kembar. Jumpa dengan dia semasa Bengkel Aplikasi Web
dalam P & P pada 3 hb Mei dan 4hb Mei 2012 minggu lalu.
Etuza sempat manfaatkan kamera bersama Osman, yang
kini bertugas di SK. Bulu Silou, Keningau.
Gambar 2 gambar kenangan bersama teman sebelajar
sekuliah di Universiti Malaysia Sabah. Kesempatan bersama
berbengkel juga menemukan etuza dengan dia. Dia seorang
yang suka bergurau, tetapi gurauan yang berhemah, sesuai
dengan usia kami masa di UMS. Sekarang teman saya ni
bertugas di SK. Kinabaan, Keningau, Sabah.

Gambar 3, kalau nak tahu basikal ni sudah rosak, simpan di dalam stor
sejak 2010. Ini adalah hadiah tokoh NILAM putera etuza yang bernama
Afif. Inilah anak lelaki, usia meningkat macam-macam kemahiran
yang hendak dicuba. Tengoklah basikal yang rosak, kini sudah
baik selepas putera etuza yang sulung cuba baiki.
Bangga jugalah dengan dia, kerana kini anak lelaki
saya yang bongsu dalam gambar kini sangat gembira
bermain basikal. Semoga putera dan puteri saya
akan menjadi insan yang kamil dan solehah. Amin.
Tanda syukur etuza.
Labels:
Anak,
dunia remaja,
Kasih sayang,
Sahabat
Sabtu, 7 April 2012
Berusahalah ya nak....Tolong lah agar Ayah tidak menangis ya...
السلام عليكم ورحمة الله وبركات
PUTERA - ETUZA
Berusahalah ya nak....Tolong lah agar Ayah
tidak menangis ya...
Dulu saat lahir ditimang penuh kasih dan sayang, ditatang bagai menatang minyak yang penuh. Tiap saat anak yang dilahirkan itu dirindui dan tidak sabar melihat kedewasaannya. Cabaran menjaga anak ketika kecil amatlah kuat, kadang sakit, kadang pergerakan dia cuai, kencing merata dan kekadang bergaul dengan najisnya, lantas semuanya diatasi dengan penuh ikhlas dan telus. Tidak apa-apa semua itu kerana " dia anak aku, darah dagingku, dialah yang wujud dari tautan dua hati sum- sum milik kami" dan " dialah amanahNya, dialah anugerahNya" Lantaran itu dibelai, disayang dikasihi sebulat hati nurani ayah dan ibu.
Wahai ayah " Menjaga anak, semasa kecil lain cabarannya! anak masa kecil lagi bagus dijaga tau! anak ramai ujian tau! ayah tak ada anak juga ujianNya tau!" Acap kali terdengar kiasan kata ini, dari mulut yang sudah berpengalaman, dikukuhkan dengan selalu melihat, mendengar ceramah dan menerusi pembacaan. Masih tidak berapa memahat kata-kata ini di hati, iyalah anak-anak masih kecil manalah sangat cabaran menjaga mereka.
Subahannallah,kini benarlah apa yang mereka kata, pedihnya bila anak tidak menurut kata, sakitnya bila anak tangguh2kan kewajiban, penatnya mulut memujuk "bangunlah nak..dah subuh ni, cepatlah bangun solat", jenuh dan letih menunggu anak datang makan semeja,deritanya bila anak lambat balik rumah hanya kerana berada bersama kawan-kawan karibnya.Sungguh2 pedih! Ya Allah hilang sudah rasa sabar ini, perlu apakah hendak dibuat apabila anak-anak semakin remaja ( menuju dewasa) nampak baran mereka, ada kata menguris hati ayah dan ibunya, ada hentak kaki tidak mahu menurut kata. Ya Allah apa cara ya Allah, berilah petunjukMu.
Ya Tuhan, Engkau saksiku ada air mata menitis, Engkau saksi hamparan jiwa, lukisan impianku sebagai ayah kepada puteraku ini. Engkau saksiku betapa besar hatiku sebagai ayahnya ingin melihat kejayaannya sebagai hambaMu, sebagai muslim yang bernilai di dunia dan di akhirat. Dialah ya Allah putera yang Engkau jelmakan dan Engkau takdirkan insan yang melafazkan kata " ayah" kepadaku.
Cukuplah wahai anak, cukuplah, berusahalah3x kuatkan iman, usah lagi bertangguh kerana cerminan kejayaan hidup didasari dengan kuatnya usahaMu sendiri, sedang ayah dan mak hanya memberi sokongan apa saja termasuk kasih sayang yang tidak pernah luntur walau disimbah keruhan warna. Bangkitlah agar Allah menyayangimu ya nak...bagilah ruang waktumu untuk mentelaah dengan lebih Istiqomah ya...ayah dan mak doa selalu agar kau sentiasa selamat, jauh dari syaitan lakantullah dan basahkanlah jiwamu dengan ingat kepada Allah ya nak..kerana doa inilah saja mampu ayah ucapkan ditiap detik demi melihat kau menjadi MANUSIA bernilai kepada agama, bangsa dan negara.
Kata hati seorang ayah.
klik komen untuk memberi sokongan, please ya...aku sedang memerlukannya detik ini. Aku perlu cerita sedikit tentang keadaan ayah yang benar2 mahukan anaknya berubah kepada yng lebih baik. Diucapkan terima kasih pada sokongan anda Allah limpahkan pahala untukmu teman.
Kata hati seorang ayah.
klik komen untuk memberi sokongan, please ya...aku sedang memerlukannya detik ini. Aku perlu cerita sedikit tentang keadaan ayah yang benar2 mahukan anaknya berubah kepada yng lebih baik. Diucapkan terima kasih pada sokongan anda Allah limpahkan pahala untukmu teman.
Labels:
Agama,
Cita-cita,
doa,
dunia remaja,
Kasih sayang,
Keluarga
Rabu, 22 Februari 2012
Keabadian cinta dan seri warna hidupku..
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Dialah yang mengisi kekosongan hatiku,dialah yang mencuri nilai cinta dan kasih sayang dari lubuk hatiku, dialah yang menjerat kerinduan yang dalam bermakna dijiwaku dan dialah yang menjadikan aku seorang perindu dan wajahnya menganggu tiap hari-hariku.
Kadangkala aku berfikir, siapa aku untuk merinduinya, kerana aku tahu dia bak bunga merekah di sebuah taman yang indah, dan aku tahu sangat-sangat bahawa jangan cuba mendekati bunga yang sedang kembang jika hanya berniat merosakkan seri warna bunga itu. Bunga yang seindah itu ditambah pula dengan serinya yang menawan, maka siapapun tertawan untuk melihatnya. Sungguh berat rasa hati menanggung semua rasa aneh dalam jiwaku kala terpanah oleh rasa cinta dan menyayangi yang sukarku padam untuknya suatu waktu.
Inilah yang dikatakan cinta sudah memanah hati, cinta dan sayang yang menjerat rasa kalbu seorang lelaki seperti aku. Aku bertanya mengapa dia yang mengisi seluruh ruang rasaku, mengapa wajah dia yang menyelinap mewarnai nilai cinta ke sukma jiwaku. Semakin lama terasa semakin berat kurasakan dan bagaikan pedih dan menyakitkan jika tidak terluah detik itu jua. Aku gagahi diri, mengutip seluruh keyakinan, melihat susuk tubuhku dan menilai diri mana yang ada bahawa benar-benarkah aku layak untuknya, kerana aku sudah nekad untuk mencuba menghampiri bunga di taman itu. Aku cuba jua menyatakan bahawa inilah rasa yang dihembus oleh hawa nafsu atau kah dari bisikan kejahatan, tetapi aku tidak berdaya membuang rasa ini, aku gagal dalam mempertahankan keangkuhan seorang lelaki. Bermakna aku tewas oleh panahan cinta yang mengejut memetik kesukma ini.
Saban waktu aku menunggu, aku tidak pernah lupa detik pertemuan yang indah secara tidak sengaja di pagi sore. Mataku dan matanya bertembung di arena pandangan yang dipisahkan oleh maya udara dan sinar mentari pagi. Sejak itu, jiwa lelaki ini bergelora tanpa henti, sehinggalah pada suatu detik terungkaplah sebuah madah katanya "aku jua sudah lama mengintai wajahmu, aku cinta padamu sebagai cinta pandang pertama, matamu yang menawan dan menarik amat menusuk ke sukmaku". Ya Allah..alhamdulillah rupanya dia sudah lama menunggu cintaku, menunggu sayangku dan rinduku ini. Ya Tuhan seru sekalian alam..sirnalah derita, teranglah duniaku, gagahlah aku sebagai lelaki yang telah dicintai oleh dia wanita dari tulang rusukku yakni kaum Adam dan hambaMu. Rupanya aku yang engkau takdirkan menjaga bunga itu, menjaga pagar berduri itu agar bunga yang kembang di taman mengharum apabila hadirnya kumbang mewarnai dunianya. Dan aku ingat bahawa detik itu usiaku baru mencecah di usia 20 tahun. Heh!! pandai dah bercinta....hehe. Dilah rusuk tulang yang kini bergelar permainsuri hati ku untuk selamanya. InsyaAllah..
Dialah kini juitaku, mawarku dan mama kepada zuriatku. Aku menyayanginya setulus hati,kehadrian cinta ini segar mekar dan kian berseri apabila adanya tiga puteri cahaya hatiku dan empat putera perkasa memayng bersama seri warna cintaku. Syukran dan alhamdulillah abadilah cinta ini atas restuMu dan redhaMu jua. Kepada yang membaca wadahku ini...inilah cerita ku dan percaya dialah cintaku pandang pertama. Hiduplah cinta ini, mekarlah bunga kasih dan abadilah cinta dua hati menyatulah rasa ikhlas selama-lamanya.
Labels:
Ceritaku,
dunia remaja,
Kasih sayang,
Majlis Perkahwinan







