Halaman


 Banner

❤Detik Detik Indah Dalam Hidupku❤

Selasa, 8 Mei 2012

Memang lama tidak jumpa teman sebelajar & sekuliah ( kenangan ku )

السلام عليكم ورحمة الله وبركات

Pertamanya saya panjatkan kesyukuran kerana
mampu juga pada malam ini jam 22.20 minit malam,
terhasil satu entry bergambar yang tidaklah ada 
apa-apa benda yang menarik. Ini adalah kenangan
etuza sahaja, rasa gembira berjumpa dengan teman 
sekuliah dahulu semasa kursus di Maktab dan di UMS.


Gambar 1 adalag etuza bersama dengan Osman,
merupakan teman sekuliah di Maktab Perguruan Keningau
suatu masa dahulu. Kalau nak tahu Osman ni ada ada anak
kembar. Jumpa dengan dia semasa Bengkel Aplikasi Web 
dalam P & P pada 3 hb Mei dan 4hb Mei 2012 minggu lalu.
Etuza sempat manfaatkan kamera bersama Osman, yang 
kini bertugas di SK. Bulu Silou, Keningau.


Gambar 2 gambar kenangan bersama teman sebelajar 
sekuliah di Universiti Malaysia Sabah. Kesempatan bersama
berbengkel juga menemukan etuza dengan dia. Dia seorang
yang suka bergurau, tetapi gurauan yang berhemah, sesuai
dengan usia kami masa di UMS. Sekarang teman saya ni
bertugas di SK. Kinabaan, Keningau, Sabah.


Gambar 3, kalau nak tahu basikal ni sudah rosak, simpan di dalam stor
sejak 2010. Ini adalah hadiah tokoh NILAM putera etuza yang bernama
Afif. Inilah anak lelaki, usia meningkat macam-macam kemahiran 
yang hendak dicuba. Tengoklah basikal yang rosak, kini sudah
baik selepas putera etuza yang sulung cuba baiki. 
Bangga jugalah dengan dia, kerana kini anak lelaki 
saya yang bongsu dalam gambar kini sangat gembira
bermain basikal. Semoga putera dan puteri saya
akan menjadi insan yang kamil dan solehah. Amin.

Tanda syukur etuza.



Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

11 Pesona Kata Hati Mereka:

~Cik Sweety~ berkata...

amin ya rabb.. mmg sgt gembira bla jmpa teman2 lama.. lagi2 yg bertahun2 tak jmpa.alih2 sudah beranak pinak.. hihi.. moga kenangan tu tidak masih segar ya cikgu..

Chic Na berkata...

memang best dpt jumpa kawan2 lama. mcm2 cerita yg nak dikongsikan. :)

nasir hamzah berkata...

seronok gak jumpa rakan lama, tapi kdg2 bila lama dah tak jumpa rasa segan gak. sebab dorang dah banyak berubah.. huhu

Deru Ombak berkata...

Assalamualaikum Cikgu..

Semoga Cikgu Dan keluarga juga sahabat2 sentiasa dalam peliharaan Allah SWT. Bertemu kawan lama ni sesungguhnya sgt menggembirakan. Banyak cerita lama dan baru untuk di kongsi.. :)

insan_marhaen berkata...

Kenangan terindah bila dpt bersua kembali dengan teman2 yang mungkin belasan tahun terpisah...:)

Khai_Sol berkata...

jumpa kawan lama mmg best sebab bnyk benda blh kita cerita^^

Cik Ai berkata...

setuju sgt!
mmg mcm2 cerita kalo jumpa,kalo yg betahun pun cerita2 lama masih ttp segar dlm ingatan..ms tu mesti tekeluar balik suma kenangan tu =p

Kancil 8349 berkata...

bestnya dapat jumpa kawan lama

9n0L4 berkata...

nape gmbr anak dan basikal tu senget cekgu? ;)

Unknown berkata...

9n0L4, kalau tegak gambar tu nampak pendek kepala dan bongkok, so saya biarkan senget kerana orignal gambar tu memang macam tu, cuma letak fram dan nama jenama ja iaitu PESONA ETUZA BLOGSPOT.

9n0L4 berkata...

huhu boleh aje dibetulkan biarpun original nye begitu. tapi syaratnye mesti dibetulkan dulu sblm upload. ;)