Halaman


 Banner

❤Detik Detik Indah Dalam Hidupku❤

Memaparkan catatan dengan label Cita-cita. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Cita-cita. Papar semua catatan

Sabtu, 9 Ogos 2014

Layar Kehidupan & Merantau Satu Hikmah Kehidupan.

Perkenalkan sebuah blog baru yang saya jumpai seketika lalu.
Nampak Follow masih angka sa terus saya berminat nak bantu 
promot kan blog ini di alam maya. Jomm terjah dan follow of course 
kita baca informasi blog ini. Sama-sama kita berkerjasama. 

Perkenalkan Putera Etuza 

Ibubapa mana yang tak mahu melihat anak-anak
berjaya dalam kehidupan ini.
Sepatut putera saya ini masih terus belajar di 
tingkatan enam atas.
Apa kan daya kemahuan dia nak masuk 
kursus Diploma Farmasi.
Tempatnya jauh naik flight...nun di Kota Baharu, Kelantan.
Sebagai ayah mana baik untuk anak bagi lah dia peluang.
First time berpisah terasa sangat berdebar dan rasa
kehilangan seketika.
Bukan apa - apa tetapi terbayang boleh kah
dia mengurus diri. Segera saya fikirkan secara positif
dia boleh berdikari mengurus diri kerana membesar
di asrama sejak tingkatan 1 - tingkatan lima.
Hanya mampu berdoa dan terus berdoa 
mengiringi kejayaan putera saya ini.


Ini lah ibu anak saya ni, saya tahu dia amat-amat sayang 
dengan putera pertama kami ini. Tiap hari dia cal dan
mesej " Jaga solat, jaga diri, betulkan niat dan
selalu lah ingat ibu dan ayah serta adik-adik"
" Minta usah terpedaya pada gejala sosial yang tak elok"
" Mohon pada Allah selamatkan putera kami, rahmati dia
dan berilah dia peluang untuk mengenggam segulung
diploma dengan point yang tinggi"
Amin ya rabbal alamin.

Ini lembaian terakhir dan senyuman akhir putera
saya kerana nak naik flight dah bersama kawan sekursus
Yasin namanya. Saya ada pesan keduanya agar
study bersama dan buat betul betul. Menurut putera
saya Yasin kawannya itu SPM result 6 A.Hebat tu.


Kenangan bersama adik - adik dan ibu dia di Airport 
Kota Kinabalu, Sabah.

Ini seangkatan dengan putera saya ambil diploma
farmasi. Happy ja...tapi ada seorang gadis tu
mengusik putera saya. Maklumlah kami first time
berpisah jauh. Jauh tu Kota Baharu.
Payah nak lawat hanya dapat berkomunikasi
menggunakan handphone.
Menjadi kebiasaan saya sebagai ayah
peluk anak-anak ketika pergi asrama.
Bukan anak manja tetapi sebagai ayah
itulah perlakuan terbaik menangi hati anak-
anak.
Saya harap anda bersetuju dengan etuza.

Ok entry berakhir. Baru tadi putera saya
cal ibu dia menyatakan sampai dah di
Kota Baharu, Kelantan.
Syukran Alhamdulillah.

hakcipta@etuza



Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

Selasa, 26 Mac 2013

Pesona Gadis Bertudung Pink Labuh, Sejuk Mata Memandang Di Malam Karnival NILAM 21hb Mac 2013

Firstly nak bagi tahu telah drop komen di blog Cik Nor
hanya blog dia untuk pagi ini...nak BW banyak2 nanti 
tak sampai...semput, so berjalan di maya hanya sampai 
di blog cantik CIK NOR..nampak lautan tau..sila terjah 
blog dia..hari ini.
Special wish untuk Cik NOR..

entry sebenar ni..
.
.

Karnival NILAM 21hb Mac Malam Persembahan &
22hb Mac Majlis Rasmi Penutupan Karnival NILAM
Peringkat negeri Sabah.
Tak sangka pelajar-pelajar bertudung pink labuh ini
turut bertugas. Nampak kalibat seseorang yang
dalam tubuhnya ada darah saya mengalir di seluruh 
jasadnya. Tak tahulah pelajar perempuan itu siapa..
namun dia seorang yang sangat peka ..dia datang
menghulur salam dan mencium tangan ini
dengan lembut.
Syukur alhmadulillah..
banyak pengalaman dia
sepanjang membantu menjayakan 
majlis gilang gemilang ini
yang berpusat di Sekolah Menangah Agama
Mohammad Ali Ranau, Sabah.
Tahniah kepada semua yang bertudung pink labuh..
tahniah cg Florida..
berjaya lancar dan ceria karnival NILAM 






Semoga menjadi wanita solehah dan berjaya di dunia dan akhirat
wish khas untuk gadis bertudung labuh ...
@hakcipta etuza

Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

Khamis, 7 Mac 2013

Remaja Lelaki Harus Bijak Merancang Masa Depan..

Agaknya teman blog yang selalu mengikuti entry2 saya 
di blog Pesona kenal wajah remaja lelaki 
dalam gambar ini.
Ok..dialah putera saya yang pertama, 
ada tak iras saya? Nampak tak ada lah..
Apapun kini sedang menunggu keputusan SPM.
Semoga ada kejayaan bagi dia..
amin.
Sebagai remaja lelaki, seharusnya bijak..
mengatur masa, mengurus masa, 
menggunakan masa dan memenafaatkan masa.
Lelaki ni kena melindungi sebatang tulang rusuk!
faham tak tulang rusuk tu ialah WANITA..
pada suatu masa nanti. Sebab itu..
remaja lelaki kena rancang sedari awal..
sedari mula, sedari baligh, sedari berakal..
bahawa keperluan merancang masa depan adalah
sangat WAJIB dan DITUNTUT.
Faham tak kau!..
bukan asyik membuang masa...
Ingat umur tu kian bertambah..
bukan berkurang ..makin bertambahlah mamat..
Lepas tu MISAI awak akan tumbuh..
memperlihatkan menunjukkan bahawa
awak dah jadi lelaki dewasa.
Harap awak faham lah tu.

@hak cipta etuza

Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

Khamis, 28 Februari 2013

Peminat Blog Pesona Di Depan Mata

Ini gambar seorang guru wanita dari Daerah
Tambunan Sabah, minta diajarkan membina
blog. Dan terima kasih kerana suka ke blog 
Pesona.


26hb Feb 2013, tarikh Pertandingan Pemilihan Tokoh NILAM peringkat Zon Pedalaman Sabah, etuza menjadi pengiring seorang peserta dari sekolah etuza mengajar iaitu Leo Alferedo dan telah menjadi Johan. 
Masa tu agak terkejut apabila ada seorang guru wanita ( dalam gambar atas ) melambai-lambai memanggil saya. Saya sebenarnya kurang kenal lah guru ni, sebab dari daerah lain. Bila duduk dekat dia, katanya ' mari sini ajarkan saya membina blog, saya tahu ada blog cikgu". Saya pun kata " Wah jadi kamu peminat blog saya lah ni!..." Saya gurau ja dan sambil ketawa serta sempat berbual dengan Cg Mustafa bahawa " Cikgu ni peminat blog saya ...) " 
Ok..sebenarnya saya tak hairan pun..memang ribuan orang merata tempat dapat saksikan blog Pesona. Yang suka dan membaca diucapkan sangat2 terima kasih. Cikgu ni mengajar di SM. martin Tambunan, juga selaku guru pengiring peserta hari itu. Kami para pengiring hanya bertugas memastikan peserta masing2 bersemangat, yakin dalam pertandingan.
Dipendekkan cerita cikgu wanita ini, akhirnya siap blog dia dengan bantuan sedikit kemahiran dari saya. Alhamdulillah...sejak Ogos  2009 membina blog memang banyak beza cara bina blog masa sekarang. Agak mudah masa dahulu, kini agak sedikit rumit dan kena faham betul-betul jika tak akan memakan masa lama hendak publishkan sebuah blog. ( maaf lah pula ~ blog dia sepertinya dia ubah semula kerana katanya dia akan ubahsuai kerana kini dah faham asas buat blog~ terima kasih cikgu katanya) Lupa pula nama dia. Tq cikgu ni kerana minat blog Pesona.

Satu lagi situasi di CIMB cawangan Keningau. Seorang lelaki juga..memang kenal sangat dengan dia. Katanya " Hampir2 saya tak kenal kamu di laman sosial hari tu saya nampak" " Bila saya amat2i kamu pula tu...wah bagus blog kamu tu.."lawa". Siapa tak kembang kalau dipuji ikhlas macam tu. Ok blog saya bukan terkenal sangat pun...cuma di sini OBJEKTIF  entry ini ialah ingin menyatakan bahawa SYUKRAN dan TERIMA KASIH ada kawan-kawan saya di Daerah Keningau yang mulai tahu blog PESONA. Bukankah apabila para blogger membuat entry dan dibaca oleh orang ramai maka kita sebagai penyumbang informasi menerusi blog telah memberi sumbangan pengetahuan kepada mereka. Dan apabila mereka mengambil dan manafaatkan ilmu kita, bukankah itu sesuatu yang sangat digalakkan olehNya. Kerana " Sampaikanlah ilmu mu walau sepatah kata".

@hakcipta etuza

Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

Isnin, 18 Februari 2013

Members (1499) Bloggers Malaysia

klik untuk menyertai BLOGGERS MALAYSIA

http://bloggersmalaysia.blogspot.com/

    Etuza selesai menjadi members yang ke 1499 di laman Bloggers Malaysia. Etuza berharap akan tersenarai blog Pesona di laman Bloggers Malaysia ini. Sayang sekali sukar hendak masuk daftar ke laman ini. Seronok rasanya jika blog kita disenaraikan ke dalam list Bloggers Malaysia.Setakat ini blog Pesona hanya menjadi pengikut Bloggers Malaysia yang ke 1499. Etuza harap esok atau bila-bila masa etuza akan berjaya daftar di himpunan Bloggers Malaysia.Kepada yang baru bergiat dalam dunia bloggers, maka usahakan agar dapat juga menyertai Bloggers Malaysia.
Kepada teman bloggers yang sudah berjaya mendaftar di himpunan Bloggers Malaysia etuza juga nak ucapkan Tahniah & Syabas!.

@hak cipta etuza

Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

Isnin, 31 Disember 2012

Jejak - Jejak Langkah & Warna - Warna 2012



 Lastly Entry 2012 ( bersamaan 31hb Dis 2012- Isnin )




Rasa sedih mengenangkan 2012 akan berlabu tiranya petang ini, sebaik terbenam mentari diufuk timur. 2013 akan menjelang memulaikan tirainya hinggalah ke 31hb Dis 2013 nanti. ( Semoga dirahmati hingga ke tarikh itu)


Setiap kita ada detik waktu atau peristiwa terbesar yang kita lalui disepanjang 2012. Manis, pahit dan rasa kehidupan yang lain kita telah alami di era 2012. Etuza di sini hendak lakarkan beberapa peritiwa penting sepanjang 2012 dalam kehidupan etuza dan family. Rasanya 2012 adalah tahun terbaik dan cemerlang utuk etuza hayati. Kerana itu suka hendak kongsikan setidak-tidaknya menjadi memory indah dalam wall Pesona Etuza Warna-Warna Kehidupan. Antaranya yang sukar dilupakan ialah:-
  1. Menjejakkan kaki di KLIA, Kuala Lumpur, Puterajaya, Menara Petronas Berkembar ( sept 2012)
  2. First time menaiki pesawat Kapal Terbang Mas ( sept 2012 )
  3. Anak sulung mendapat tawaran ke Universiti Al- Azhar Mesir ( sept 2012 )
  4. Menginap di hotel ZARA, antara hotel terkemuka di Sabah ( sept 2012 )
  5. Menjejakkan kaki di Bandar Lahad Datu Sabah ( Dis 2012)
  6. Mendaki tangga dan ke puncak Menara Kayangan di Lahad Datu, Sabah ( Dis 2012)
  7. First time menyaksikan 9 pasangan bernikah di Masjid Besar Bandar  Lahad Datu, Sabah ( Dis 2012 )
  8. First Time masuk restoran Pizza Hut di Keningau( permis baru ), kata orang mahal, so mahallah kaki ke sana, tapi nak juga so minggu lalu tertunai niat, ok juga service dan juadah ( Dis 2012 )
  9. First time guna Skype vedio cal dengan anak di Mesir ( Sept 2012 )
  10. Solat Jumaat di Masjid Puterajaya ( Sept 2012 )
  11. Pertama kali jumpa sesama blogger ( All abaout love ) blog milik  Warfi dan Suzy, jumpa mereka di Ranau Sabah ( Dis 2012)
  12. Anak di tahun 1 2012 dinobatkan Cemerlang Akademik keseluruhan murid tahap 1 2012 ( Nov 2012 )
  13. Pokok manggis depan rumah kali pertama berbuah dan buahnya fresh dan telah kami makan ( Dis 2012 )
  14. Majlis hari lahir 4 anak lelaki dimeterai ( Dis 2012 ) 
  15. Dinobatkan meja paling ceria di sekolah tempat kerja ( Mac 2012 )
  16. Menjejakkan kaki ke Bandar Sandakan Sabah ( April  2012 )
  17. Anak lelaki ke 3 peserta Sukan Hoki wakil ke peringkat Negeri Sabah ( April 2012 )
  18. Anak ke 2 perempuan mencapai 5A PMR ( Dis 2012 )
  19. Anak lelaki pertama belajar memandu dan sedang menjalani ujian pemanduan berhemah ( Dis 2012 )
  20. First time buka akaun HCBC untuk anak ( Sept 2012 )
  21. Kelas terbaik keseluruhan tahap 1 2012 yang dicapai oleh isteri etuza ( Mac 2012 )
  22. Membeli komputer LCD 24 inci ( Dis 2012 )
  23. Masuk pertama kali ke Tabung Haji di Labuan ( Mei 2012 )
  24. Menginap di hotel Dynasti  Tang Kota Kinabalu, Sabah ( July 2012 )
  25. Membeli burung sepasang jantan & betina ( burung tekukur ) Mei 2012.Masih ada hingga sekarang.
  26. Menjadi pengendali Majlis Bintang Kecil anjuran Unit Bahasa KadazanDusun peringkat daerah Keningau ( Nov 2012 )
  27. Membeli kamera canon ( Nov 2012 )
  28. Singgah makan tengahari di Telupid Sabah ( Dis 2012 )
  29. Masuk ke Jalan menunju ke Air  Terjun Sungai Mahua, tapi tak sampai ke air terjun tersebut  kerana cuaca mendung. So patah balik ke Keningau. ( Dis 2012 )
  30. Pergi bercuti di Karambunai Resort Kota Kinabalu, Sabah ( Ogos 2012 )
  31. Pergi makan tengahari di Sungai Biru Resort Ranau Sabah ( Okt 2012 )
  32. Pencapaian terbaik berblog juga 2012 ( agak tinggi traffic )
Setakat tu ja yang boleh di kongsikan. Tolong aku, be positif~ bukan riak.
( 10.16 minit pagi ~ rest.On9 semula selepas semua kerja2 selesai )

@hakcipta etuza

Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

Khamis, 27 Disember 2012

Siapa Orang Kaya Sebenar Dalam Hidup Ini

Dec 24, 2012
Pageviews: 507

        Rasa terpanggil lagi nak buat entry baru. Dan kalau setiap detik waktu ada saja entry etuza di blog Pesona ini, pastinya riuh dan terkenal lah blog Pesona. Tetapi sayang sekali etuza sedari awal memang tidak mampu ke tahap itu, atas dasar kekangan masa dan kerja realiti dihadapan yang sentiasa menanti. Apakan daya, maka sesekali adalah entry etuza di Jendela Maya.

Ya rasa terpoanggil nak buat entry ni, " Siapa Orang Kaya Sebenar Dalam Hidup Ini" bunyi amat menarik tu, rasanya rugi sesiapa yang tak mahu membaca entry ni jika tersesat BW ke laman Pesona. Bacalah ya, Iqralah ya. 

Sifat qanaah ( berpada-pada ) adalah lambang jiwa yang sebenar sebagaimana sabda Rasullullah s.aw yang bermaksud " Kekayaan yang sebenar bukan terletak pada harta yang banyak, tetapi kekayaan yang hakiki ialah kaya jiwa" ( Riwayat al-Bukahari, no 6446). Ramai antara kita yang memiliki harta yang banyak hingga melimpah ruah, tetapi dikatakan masih tidak berpuas hati dengan pemberian Allah itu.

Dikatakan juga bahawa orang yang memliki harta melimpah ruah tetapi masih tidak berpuas hati malah jauh sekali bersyukur adalah orang yang bersikap haloba, untuk menambahkan lagi hartanya tanpa memperdulikan cara memperolehi harta itu sama ada halal atau haram. Mereka diibaratkan fakir yang sentiasa mengharapkan sesuatu disebabkan tamaknya kepada harta. Selain itu mereka bersedih dan tertekan jika tidak dapat mencapai apa yang dihajati.
Sesungguhnya, kekayaan yang luarbiasa dan kekayaan yang sebenarnya harus bagaimana pula?. Kekayaan yang sebenar2nya ialah mereka yang KAYA JIWA. Golongan ini berasa cukup dan reda atas setiap pemberiaan Allah serta tidak terlalu mendesak dirinya sendiri untuk menambahkan harta tersebut. Sifat ini lahir daripada JIWA hamba yang sentiasa bersyukur dan reda terhadap qada dan qadar Allah dalam kehidupannya.

Jika inilah pengertian ( Kaya Jiwa) yang kaya sebenarnya dalam kehidupan ini, melebihi kaya harta maka ETUZA harus BERSYUKUR atas nikmat dan pencapaian BLOG PESONA pada 24hb Dis 2012 kerana pada tarikh ini PENGEVIEW blog Pesona telah mencapai 507 orang pemerhati dan pembaca laman Pesona. Satu tahap tertinggi yang etuza perhatikan sejak menjadi pemblog ( blogger ke )  ogos 2009. Alhamdulillah juga kepadaNya kerana sudah mencapai 937 followers. Kepada yang baru dan lama di arena blogger followlah dan sokonglah diantara kita. Apapun tetap menghormati bagi para blogger yang tidak mendropkan komentar di entry2 kita. Syukran dan alhamdulillah. Syukran dan alhamdulillah juga kepadaMu ya Allah atas kurniaan kesihatan dan kehidupan sehingga hari ini.
@hakcipta etuza


Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

Jumaat, 12 Oktober 2012

Bukan impian tapi realiti!



        First time naik flight memang sangat teruja, maknanya etuza membayangkan bagaimana rasanya dibawa terbang tinggi ke langit biru. Dalam hati berkata boleh pula kapal besi itu terbang, membawa muatan dalam bentuk benda2 berat termasuk himpunan kilogram manusia termasuk etuza nanti. Tapi...inilah zaman moden, memang pun sejak lama kita ada melihat objek seperti besi terbang di angkasa. Tak hairan, tetapi tak terfikir olehku akan naik flight pada 21hb Sept dan pada 22hb Sept 2012. Detik ini rasanya satu sejarah dan peristiwa terbesar berlaku dalam kamus hidup lelaki bernama Etuza ( nama gelaran ) anak kelahiran Tambunan, Sabah dan kini di Keningau, Sabah. 

Wah! besarnya luasnya, cantiknya KKIK ( Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu ) ini lah kata hati etuza. Bila dalam kapal terbang mulanya di darat jalan perlahan2 tapi di jalan lurus, apabila pecutan laju terasa terangkat juga, gayatpun ada, kebetulan duduk dekat jendela, semuanya nampak kehijauan di bawah. Apabila kapal terbang semakin tinggi di awan biru, yang kita lihat hanya kabus, awan putih biru bercorak2. Mula lah tekanan dalam telinga, kurang peka pada bunyi. Time mendarat kena hati2 badan boleh juga terhantuk kerusi di hadapan, kerana pendaratan kapal  di darat akan mendorong badan ke hadapan. Inilah antara pengalaman manis etuza naik flight hari tu. Time dalam kapal tu, tak henti berdoa, baca ayat2 alquran yang memang ada dalam skrin tv didepan tempat duduk kita. Pendek cerita amanlah naik kapal, alhamdulillah Allah mudahkan urusan hari tu. Sampai di KL pun ada teman sambut namanya " Mamat". Dulu memang ada meletakkan impian nak naik flight tapi entah bila, akhirnya tanpa sedar rupanya impian tu tercapai juga " naik flight" takdirnya etuza menumpang rezeki anak..inilah cara Allah menunaikan hajat etuza. Ya Allah, terima kasih sangat2.

ambil gambar kenangan 
di penginapan ....hehe
tak payahlah bagi tahu
di mana...
bilik mewah macam ni
dah tahu bukan bilik beradu
etuza.

Ini gambar kami suami isteri kala sampai
di KLIA. 
Masa ni menunggu Mamat sampai untuk
jemput kami.
Distenasi pertama ke Puterajaya,
sebab etuza memang mengidam solat
Jumaat di Puterajaya.
Alhamdulillah tertunai.
Dan semuanya selamat.
Syukran Ya Allah.


Di sepanjang jalan di KL,di Klang Selanggor
di mana2. jalanraya di sana rata, bersih dan 
kelihatan hanya pokok2 kelapa sawit tepi 
jalan.
Sesekali jumpa tol, minta duit tol.
Tapi!! paling etuza ingat etuza
langsung tak nampak kalibat anjing di 
tepi jalan. Macam aman saja kat sana
di sini tak sah jika tak terlihat
anak anjing, mama anjing dan bapa 
anjing ke langggar lari oleh pemandu2
kereta di jalan raya.
Binatang ni macam lembu..
aduiyai..menganggulah di jalanraya
lembu tu dan apa saja binatang
tidak bayar cukai jalan.
Tapi merayau2 di jalan raya.
Hehe.....nak lagi lah ke KL!

Siapa nak jumpa etuza bagitahu!
Siap kita bergambar ya! pastinya
dengan blogger hebat2 di serata 
di tanah seberang Semenanjung Malaysia.
Jikalau ada yang sudi ...
Etuza bukan istemewa sangatpun..
Tak ada yg sudipun tak apa!
Saja santai kat blog Pesona ni.
Usah pula kata dah kehabisan idea ..
Banyak sebanarnya entry nak buat..
Tapi takkan lah nak cerita semua kan..
Ok. TQ membaca.

Santai petang jumaat
etuza ...bercerita.

Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

Ahad, 26 Ogos 2012

Etuza mengidamkan sesuatu...

السلام عليكم ورحمة الله وبركات

Entahlah kenapa mengidam sangat2 ni, macam inikah jika seorang wanita yang positif hamil, tak terkawal rasanya perasaan hendakkan benda tu. Etuza sedar juga bukan boleh di makan benda nipun. 

Rasanya sejak lama etuza terus saja mengidam benda ni. Bukan susah nak dapat tetapi dulu masih boleh lah kawal. Sekarang ni benar2 tak dapat kawallah rasanya, kena juga ambil bawa dan pakai cuma tak boleh dimakanlah benda ni. Kata orang bukan sangat menjadi keperluan tetapi sebagai seorang yang benar - benar mengidam kena juga tunaikan rasa mengidam ini.

Nak tahu ke apa yang etuza idam2kan sangat tu? kelakar kan...ribuan ringgit punya harga. Boleh bayar 4 kali bulanan kereta ni. Rupa2nya tertunai juga akhirnya dapat benda ni. Sure...oder isnin sampai ke pelukan etuza tau!. Dah pay semua so tak sabar menunggu benda ni. Yang dalam gambar ni etuza copy past ja dari pelbagai gambar2nya dari internet. Nah tengok inilah benda yang etuza idam2kan sangat. Siapa sudi nak jawab, adakah benda ni wajib kita ada? adakah sangat2 diperlukan ? . tepuk dada tanya selera lah kan. Kepada yang sekepala dengan etuza bagi lah drop komen lah ya. Barulah etuza bertambah semangat dan tak merasa rugi mengidamkan benda ni.

Hahaha..mengidam nak dapatkan juriat ..offff !!! cukuplah 7 genarasi yang menjaganya pun sangat mencabar. Etuza mengidam kamera Jenama NIKON!!!..so, sure isnin petang akan sampai kat rumah etuza.Happy dan sangat2 bersyukur kepada Allah hi ta'aalah.



Aduyai...
tak sabar ni...

Cantik tak NIKON 
yang etuza idam2kan..

Nikon entry
from etuza blog.


Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

Sabtu, 7 April 2012

Berusahalah ya nak....Tolong lah agar Ayah tidak menangis ya...


السلام عليكم ورحمة الله وبركات

PUTERA - ETUZA
Berusahalah ya nak....Tolong lah agar Ayah 
tidak menangis ya...

Dulu saat lahir ditimang penuh kasih dan sayang, ditatang bagai menatang minyak yang penuh. Tiap saat anak yang dilahirkan itu dirindui dan tidak sabar melihat kedewasaannya. Cabaran menjaga anak ketika kecil amatlah kuat, kadang sakit, kadang pergerakan dia cuai, kencing merata dan kekadang bergaul dengan najisnya, lantas semuanya diatasi dengan penuh ikhlas dan telus. Tidak apa-apa semua itu kerana " dia anak aku, darah dagingku, dialah yang wujud dari tautan dua hati sum- sum milik kami" dan " dialah amanahNya, dialah anugerahNya" Lantaran itu dibelai, disayang dikasihi sebulat hati nurani ayah dan ibu.

Wahai ayah " Menjaga anak, semasa kecil lain cabarannya! anak masa kecil lagi bagus dijaga tau! anak ramai ujian tau! ayah tak ada anak juga ujianNya tau!" Acap kali terdengar kiasan kata ini, dari mulut yang sudah berpengalaman, dikukuhkan dengan selalu melihat, mendengar ceramah dan menerusi pembacaan. Masih tidak berapa memahat kata-kata ini di hati, iyalah anak-anak masih kecil manalah sangat cabaran menjaga mereka.

Subahannallah,kini benarlah apa yang mereka kata, pedihnya bila anak tidak menurut kata, sakitnya bila anak tangguh2kan kewajiban, penatnya mulut memujuk "bangunlah nak..dah subuh ni, cepatlah bangun solat", jenuh dan letih menunggu anak datang makan semeja,deritanya bila anak lambat balik rumah hanya kerana berada bersama kawan-kawan karibnya.Sungguh2 pedih! Ya Allah hilang sudah rasa sabar ini, perlu apakah hendak dibuat apabila anak-anak semakin remaja ( menuju dewasa) nampak baran mereka, ada kata menguris hati ayah dan ibunya, ada hentak kaki tidak mahu menurut kata. Ya Allah apa cara ya Allah, berilah petunjukMu. 

Ya Tuhan, Engkau saksiku ada air mata menitis, Engkau saksi hamparan jiwa, lukisan impianku sebagai ayah kepada puteraku ini. Engkau saksiku betapa besar hatiku sebagai ayahnya ingin melihat kejayaannya sebagai hambaMu, sebagai muslim yang bernilai di dunia dan di akhirat. Dialah ya Allah putera yang Engkau jelmakan dan Engkau takdirkan insan yang melafazkan kata " ayah" kepadaku.

Cukuplah wahai anak, cukuplah, berusahalah3x kuatkan iman, usah lagi bertangguh kerana cerminan kejayaan hidup didasari dengan kuatnya usahaMu sendiri, sedang ayah dan mak hanya memberi sokongan apa saja termasuk kasih sayang yang tidak pernah luntur walau disimbah keruhan warna. Bangkitlah agar Allah menyayangimu ya nak...bagilah ruang waktumu untuk mentelaah dengan lebih Istiqomah ya...ayah dan mak doa selalu agar kau sentiasa selamat, jauh dari syaitan lakantullah dan basahkanlah jiwamu dengan ingat kepada Allah ya nak..kerana doa inilah saja mampu ayah ucapkan ditiap detik demi melihat kau menjadi MANUSIA bernilai kepada agama, bangsa dan negara.


Kata hati seorang ayah.


klik komen untuk memberi sokongan, please ya...aku sedang memerlukannya detik ini. Aku perlu cerita sedikit tentang keadaan ayah yang benar2 mahukan anaknya berubah kepada yng lebih baik. Diucapkan terima kasih pada sokongan anda Allah limpahkan pahala untukmu teman. 

Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini