السلام عليكم ورحمة الله وبركات
Istimewa ramadah yg ke 6
6. Berlakunya Nuzul Al-Quran (penurunan Al-Quran) pada 17 Ramadan yang disambut setiap tahun sebagai memperingati kesempumaan Al-Quran diturunkan kepada Rasulullah SAW..
Alhamdulilah dikurniakan masa untuk teruskan blog Pesona. Walaupun sebenarnya kita perlukan rehat kerana seharian berpuasa. Apapun demi sukakan berinfo, sukakan maklumat dan sukakan perkongsian maya, etuza cuba juga yang terdaya untuk membuat satu lagi entry yang etuza kira perlu dalam blog Pesona ini.
Sibuk bebarapa blog memperkatakan hal tentang BONUS Raya. Pastilah rasa gembira sangat2 kerana Perdana Menteri Malaysia telah mengumumkan bonus setengah bulan gaji kepada semua kakitangan awam dan memberikan RM 500.00 kepada golongan pesara.
Ada juga etuza terbaca dalam akhbar, yang mengatakan jangan tertipu dengan pengumuman bonus yang belum pasti. Kerana berita itu adalah palsu. Lepas baca berita ringkas dari surat khabar itu, terasa ada juga perasaan mengharapka bonus tersebut sempena hari raya kita.
Pagi hari ini seawal 7.00 pagi berita di radio mengumumkan bahawa PM telah meluluskan Bonus kepada penjawat awam sempena menjelang hari raya nanti, dan Bonus tersebut akan diberikan pada 9hb Ogos 2012. Minima bonus ialah RM500.00 dan pada 13hb Ogos sekali lagi kakitangan awam akan diberi gaji. Etuza hendak mengucapkan tahniah kepada semua dan usahlah lupa untuk bersyukur.
Namun disamping kita menerima bonus, usahlah pulai lalai bahawa dibulan Ramadhan ini, BONUS pahala dari Allah sangat2 kita perlukan. BONUS pahala dariNya ini adalah yang terhebat melebihi segalanya kerana dengan BONUS pahala dariNya akan membawa kebahagian di dunia dan di akhirat. Marilah menambah BONUS pahala dariNya dengan cara apa sekalipun kerana Allah maha mengetahui segala apa yang kita katakan dan apa yang kita rahsiakan.
Marilah nanti pergunakan bonus itu dengan cara yang berhikmah, iaitu tidak melakukan pembaziran dan ingat simpanan untuk anak2 kita juga.
Tahniah semua!!
Istimewa ramadhan 6
Kerana ada BONUS H Raya.
23 Pesona Kata Hati Mereka:
seronoknya dapat bonus raya. :)
Alhamdulillah Etuza, dapat juga bonus membantu dalam persiapan ramadhan dan raya. Betul kata etuza, jangan dilupa juga Bonus yang sentiasa turun dalam bulan baik dan mulia ini.
Alhamdulillah...suami jugak dapat bonus hari ni...DRB HICOM biasa bg 2 kali bonus setahun...bulan 7 & bln 12..yg best...minimun sebulan gaji..maksimum 6 bln gaji...ikut prestasi pekerja...
23 ogos gaji?? bkn 13 gaji lgi ka? alamakk..lama pula gaji tu taww
alhamdulillah.... tahniah buat penjawat awam.... :)
Sebab kakak kerja swasta so tak adalah bonus dari PM tu tapi kakak nak cari BONUS yg pasti dari Allah sebanyak mungkin...
alala yala pula kan SH..silap almaklumlah biasa dpat gaji tanggal 23,24 n 25. Yup gaji 13hb ogos bah tu ya..so sorry
untung nye kakitangan awam dpt bonus...
betul tu... bonus dari Allah patut di rebut jugak... :)
Salam Ramadhan
Alhamdulillah, dpt ringankan sedikit bebanan dlm kos sara hidup yg semakin meningkat ini. Harap2 harga barang2 tak naik, jika harga barang naik kesian kpd mereka yg bukan makan gaji terutama nelayan, petani dan penduduk luar bandar..
alahamdulillah....rezeki cikgu la tu :)
betul tu. biarlah seimbang seiring.. bonus pahala datang sekali dengan bonus gaji... jangan dilupakan bonus pahala tu
wahh tumpang gembiree je ye.Cendol takde bonus2 hehehe
dya pun xde bonus..hahaha
Assalammualaikum uncle.
Rajin uncle update keistimewaan hari2 dalam bulan Ramadhan ni :)
Saya pun tumpang gembira..ayah salah seorang kakitangan kerajaan.. Alhamdulillah dgn rezeki yg ada.
Betoi tu cikgu.. Jangan la kita alpa dengan bonus dunia yg sementara.. Sedangkan bonus akhirat lebih berharga selamanya...
mg bonus raya dapat bg motivasi bg pekerja kerajaan agar kerja dgn LEBIH baik...bkn sambil lewa..
nurulpun bersyukurr sangat..selain bonus dunia memang akhirat juga penting..nurul setuju
tahniah kpd penjawat awam..nyue penjawat swasta jer.....best nyer bleh buat raya..
Alhamdulillah.. rezeki ramadhan hehe
kiutnye tabung tu. nak satu cekgu. hehe.
alhamdulillah rezeki kan... :)
seronoknyaa...!
bagi yg dapat bonus tu, tahniah! :D
etuza..lagi bonus berganda kalau sejumlah kecil bonus itu kita agihkan kepada mereka yang lebih memerlukan:D))
tambah2 dapat nanti dalam bulan Ramadan
Catat Ulasan