Halaman


 Banner

❤Detik Detik Indah Dalam Hidupku❤

Rabu, 25 Julai 2012

Istimewa Ramadhan 5, Keluarga baru & mini kolam etuza dah siap...tapi....)

السلام عليكم ورحمة الله وبركات
Istimewa Ramadhan yg ke 5.

5. Bulan yang mana berlakunya kemenangan di pihak Rasulullah s.a.w menawan kota Mekah. Di saat itu berakhirlah penyembahan berhala di sisi Kaabah dan kota Mekah menjadi suci sebagaimana yang Allah s.w.t kehendaki.

     Etuza masih ingat ada kawan2 blogger yang nak tengok kolam kecil yang etuza usahakan minggu lalu bersama anak2 ( putera2 etuza ). Sekarang ni memang dah siap tapi.....) siap yang macam tak siap, inilah hasil kerja tangan etuza secara sederhana sahaja, etuza sebenarnya kumpul tinggalan bata2 yang masih tersisa selepas rumah etuza siap dibina. Kini dah tiba masa bata2 yang tesisa itu digunakan. Dan inilah wajah comot kolam etuza yang ke 2 ya. TaK berapa kemas, kerana ini original hasil kerja tangan etuza yang memang tidak ada asas simen menyimen ni. Kolam yang dulu atau yang pertama tu, kawan etuza yang buat namanya Nasrin. Kini dia tak ada di kampung maklumlah cari kerja tempat lain.

keadaan sebelum digincukan dengan bunga ati2.
air dah pancut dari paip tu.

Selepas digincukan dengan bunga ati2. cantik tak!!
You all pelawat blog Pesona etuza dah maklumkan etuza minat bunga yang pelbagai tu. Memang ada berbagai2 bunga di laman etuza. Antaranya himpunan pelbagai corak daun dan warna bunga ati-ati. Tengok tu sudah etuza gunakan pasu2 bunga ati2 tu menghias tepi kolam dengan meletakkan sekeping papan. Sebenarnya etuza buat hiasan bunga atas kolam kecil ni kerana nak elakkan agar kucing2 peliharaan etuza tak dapat menangkap ikan dalam kolam ini nanti. Air dalam kolam ni agak2 dalam satu setengah kaki dalamnya. Kucing boleh tangkap ikan koi etuza jika tiada penghalang. Kreatif tak....biasa saja tu.

Keluarga baru etuza di Tempat Kerja etuza.

Sesiapa yang pandai teka meneka tu, ha nilah keluarga baru etuza. Guru pelatih di sekolah etuza. 4 gentelman tu. Semua masih muda belia. Mereka pelatih dari Institusi Pendidikan Guru Malaysia kampus Keningau menjalani latihan mengajar selama 2 bulan di sekolah etuza. Mereka berempat ni nampak amat gemar membaca buku2 di Pusat Sumber dan suka menolong pula tu. Nama mereka ialah Bryan Midir dari Kota Belud, Sabah yang baju biru, Alvin Agustine   dari  Tamparuli, Sabah yang bertali leher putih, Ag Norsyam Ag Kadir dari Putatan, Kota Kinabalu, Sabah yang bertali leher maron serta Mohd Azrul Affandi    Mohd Johan dari Pulau Pinang yang bertali leher biru. Tahniah kepada bakal guru tahun 2013 ini. Semoga betah latihan mengajar di sekolah etuza. Oleh kerana mereka suka masuk dan membaca bahan bacaan di Pusat Sumber serta tempat adanya pejabat etuza sebagai GPM maka etuza anggap mereka keluarga baru etuza dalam dunia pendidikan.  2 daripada mereka mengajar Matematik dan 2 lagi pelatih yang lain mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu. Guru pembimbing mereka ialah Cikgu Piah AK L dan Cikgu Nasrul Hakim T. Semoga berjaya latihan mengajar selama 2 bulan. 

Pesona Ramadhan 5
Pesona Etuza12.

Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

14 Pesona Kata Hati Mereka:

~Cik Sweety~ berkata...

hensemnya cikgu2 tu cikgu..hehe.. selamat berterawih yea cikgu..

Muttallif berkata...

Memang best menghias halaman sendirikan...seronok melihat hasil kerja tangan sendiri terhasil walaupun "comot" hehehe...

Kepada tenaga oengajar baru, selamat berusaha demi mendidik anak bangsa....

Selamat menunaikan Ramadhan kepada Etuza

Misya Mialen berkata...

c dyg baaaa, pantang tgk org hensem. hahahhaa. slmt berterawih cikgu;)

AZLA berkata...

kunjungan dan silaturahmi, salam ramadlon
selamat manjalankan ibadah puasa
semoga tetap sehat, banyak makan banyak ibadah

saya numpang follow....674
sudilah kiranya follow back
Thank you, terima kasih.
ditunggu yah...

Unknown berkata...

terima kasih follow blog Pesona kepada 674.Alhamdulillah..syukran

Chic Na berkata...

cantik jugak kolam buatan cikgu tu. :)

Nick Nashram berkata...

saya pon ade jugak kolam kat umah..tapi ayah jaga..pelihara ikan talapia dengan lampam.

Mrs Velentine berkata...

cantik sdh kolam 2...macam mau pegi keningau jak o..hehehe

Si Matatajam berkata...

Amboi sweety..ko ni pantang nengok ensem skit dah angau yek.... Bestnya Ada laman macam laman rumah cikgu etuza ni.. Cantik kolam mini tu...

mummyrinazone beauty berkata...

seronok tgk ramai dah cikgu muda2kan?cumiljer kolanm2..

9n0L4 berkata...

cntiknye kolam cekgu. berseri dgn tumbuhan di keliling nye. ;)

Miss N™ berkata...

pandai cikgu buat kolem ye..! hiaskan lagi pasti lagi menarik..!

vendoline berkata...

wah cikgu2 muda..bersemangat

Isabel Diaz berkata...

Wah, best nye.. Praktikum k nie cikgu?