Halaman


 Banner

❤Detik Detik Indah Dalam Hidupku❤

Selasa, 20 Oktober 2009

Hikmah disebalik pengucapan salam (asalamualikum)


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Asalamualikum dan salam sejahtera..apa khabar buat teman2 semua, juga kepada saudara dan saudari yang sudi membaca catatan saya.

Tiada istemewa dalam laman kami ini, cuma ada kekuatan ukhuawa persaudaraan sesama insan seperti kita yakni hamba -Nya. Bagaikan tinta ini sekadar memberi salam dan sedikit pengisian yang tidak seindah nukilan teman blog yang lain. Apapun hendaknya kehadiran etuza di alam maya ini adalah atas dasar mahu belajar kerana ilmu itu seakan tidak pernah habis, meskipun kita sudah menamatkan pembelajaran di mana-mana universiti. Ilmu harus kita cari walau di mana saja, maka saya letakkan keyakinan bahawa usaha pendidikan yang berterusan boleh berlaku dengan melabuhkan punggung di kerusi sendiri di rumah lalu menatap skrin komputer dengan melakukan pelayaran secara berdisiplin. Ternyata dunia teknlogi memberi impak dan mewarna-warnikan kehidupan kita. Kita boleh dikelilingi oleh teman2 yang benar-benar luar biasa, ramah dan bicara penuh ilmuan. Bunga bahasa begitu meyuburkan minda sehingga orang seperti saya terasa terbimbing dan dipimpin.

Ada nasihat, ada cerita dan macam-macam ilusi indah mengajak kita agar waspada dalam meneruskan sisa kehidupan ini.

Kali ini saya nak kongikan satu catatan maklumat yang sebenarnya kita sudah tahu sedari dulu. Atau anda yang terlebih dahulu telah tahu dan memahaminya sebelum saya. Pendek cerita saya pernah menjadi mualaf, alhamdulillah syukur nikmat "Islam terlalu indah" "Islam mmemandu kita ke arah yang benar" "Islam adalah agama Allah".

Maklumat itu adalah yang selalu kita lafazkan, di mana-mana dan pada saat kita memulakan sesebuah pengucapan kata penuh hikmah itu terlafaz di mulut kita. Malah lafaz itu boleh di letakkan di mana-mana entri catatan pada maklumat berbentuk tinta bisu seperti laman blog kita.

Kata itu ialah ucapan "ASALAMUALIKUM" yang kadangkala kita ringkaskan seperti "SALAM ZIARAH" "SALAM FILLAH" "SALAM ALAIK" lebih kurang macam itulah yang kita terlalu biasa dengan ucapan kalimah yang sangat berhikmah ini.

Saya tertarik nak paparkan dalam maya etuza pada pagi ini,untuk menggantikan catatan saya semalam tentang lirik lagu SAHABAT SEJATI. Hem..saya padam catatan itu kerana kurang bermanafaat, itu dah menjadi hak kita utuk membuang mana-mana catatan kita yang kita sendiri yang menulis kurang sesuai. Senikata lagu itu ok bagus maksudnya, cuma cara penyampaian saya kurang sesuai. Maka inilah maklumat penggantinya ya.Harap maklum.

Di dalam adab memberi salam , saya tertarik sekali berkongsikan dengan anda apa kelebihan dan hikmah memberi salam. Sungguh istemewa hikmah ini, mengapa kita perlekehkan salam orang kepada kita. Antara kelebihan & hikmah salam itu ialah:
1. mendapat keredaan Allah.
2. Mendapat doa dari Malaikat.
3. mendukacitakan iblis
4. Membersihkan hati dan melahirkan kemesraan serta mengukuhkan persaudaraan Islam sejagat.


Lihatlah betapa sangat istemewa ganjaran yang Allah beri dengan memebri salam dan menyambut salam. Pada saya jika inilah kelebihan dan hikmah tersirat kata salam ini, marilah kita beratkan agar kita menjagai ucapan ini, kita perlu sangat menjawab salam orang sekalipun di dalam blog kita. Di dalam blog kita ada saluran komunikasi yang disediakan oleh teknologi untuk kita ucapkan salam...masing-masing kecuali orang yang tidak letakkan ruang chat dan kebenaran ulasan, mengapa diabaikan jika ada tetamu dalam teratak kita. Walhal tetamu tidak diundang itu sebenarnya orang-orang yang kita PALING HARAPKAN untuk melawat blog kita, untuk membaca cerita kita, untuk mengutip sungai ilmu di laman maya kita. Wahai etuza dan teman blog JAWABLAH salam itu walau sepatah di dalam ruang chat anda.

Saya sekadar berkongsi sesuatu yang sangat murni sangat banyak hikmahnya iaitu kata ucapan salam itu. Saya sediri ada kelemahan, ada kawan sekadar mampir mambaca tanpa tanda dan kesan, dan memang ramai kawan yang benar-benar mesra dengan kita masing-masing, memang banyak blog yang menjaga SALAM sebagai lafaz permulaan selain kata pemula seperti BISMALLH serta digunakan sebagai kata pengakhir catatan. Mereka ini adalah orang-orang yang terpelihara dan semoga 4 hikmah salam itu kita perolehi. Kadangkala dalam maya kita tanpa sedari mengembara bak kata kembara terasing, tanpa sedar menyapa teratak maya orang tak dikenali..sapaan salam yang terlalu biasa kita lakukan sebagai tanda kita mengetuk pintu laman blog itu. Terserah kita untuk menyahut atau membisu seribu bahasa itu hak masing-masing, cuma bagi saya salam itu WAJIB untuk balas, sebagai tanda terima kasih dan tanda saya AMAT bersyukur di lawati oleh tetamu itu. Itulah harapanku bahawa ada teman berkongsi maklumat dan sudi pula meletakkan tanda dihujung arinya dengan alas sapaan. Pada yang sekadar membaca saja dan segan menyapa it's ok..tak apa-apa, lagi baik dari kita menyapa tetapi yang disapa tak menyahut salam. Itu ikhlas pendapat saja..ya..pendapatku sekadar berkongsi sesuatu yang baik. Ameen.


Oh tuhan tunjukkan ku jalan
Untuk menempuhi hidup jalan ini
teman maafkanku jikaku melukaimu..
Moga ikatan UKHUWAH
Yang dibina
Kerdilnya..

Oh tuhan tunjukkan ku jalan
Untuk menempuhi hidup jalan ini
Teman maafkan ku jika ku
Melukaimu..
Moga ikatan UKHUWAH
Yang di bina
Kerdilnya...

Asalamualikum..sejahtera pembaca etuza, terampun dosa kita.
Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

0 Pesona Kata Hati Mereka: