Gambar ikan tilapia ( dah besar selepas 4 bulan) alhamdulilah rezeki Allah kepada hambanya. Syukran ya Allah. Tanpa izin-Mu kami tidak akan dapat menyentuh ikan yang sungguh unik ini.
Asalamualikum. Semoga ceria dan bahagian selalu, hendaknya.
Masih ingat ke dengan kolam etuza di kawasan villa kami. Kalau nak tahu lihat catatan tentang kolam ikan etuza di dalam catatan ogos. Nampaknya kena bersihkan, ini kerana air bukan nampak macam air biasa tetapi air kelihatan seperti minumam cendol yang di jual di Pasar Malam Keningau. Air dah jadi hijau pekat.
Saya dan anak-anak lelaki kami yang tiga orang itu, Irfan,Afif dan Ibnu begitu gembira sekali apabila saya khabarkan kolam ikan itu akan dibersihkan. Awal-awal mereka dah ready nak membantu saya mengeluarkan air sedalam 3 kaki.
Saya memang sudah agak, bahawa tidak akan jumpa anak-anak ikan yang baru ditetaskan oleh ikan tilapia. Menurut kawan - kawan yang ada pengalaman, ikan kalau dipelihara dalam kolam simen yang kecil jarang membiak. Adapun anak-anak baru itu di makan balik oleh ikan lain yang dah besar. Bila selesai dibersihkan sah bahawa memang tiada anak ikan. Cuma kesemua ikan yang sejak bulan jun 2009 dipelihara kini membesar sekitar tapak tangan orang dewasa.
Anak-anak etuza riang gembira membersihkan kolam pada 19hb 10.2009
Beberapa ikan yang telah di tangkap
Gembira dapat sentuh ikan
Untuk lebih jelas kita tengok beberapa ja gambar yang sempat di rakam petang tadi.
Apakah rasional kolam dibersihkan.
1. Oksigen air dapat diperbaharui
2. Kita nampak ikan berenang-renang
3. Air kolam nampak bersih
4. Air kolam tidak berbau.
5. Mempercepatkanikan membesar
7. Sisa reputan tahi ikan dapat dibuang.
Hamparan mutiara kata
" Setiap jiwa yan g dilahirkan telh tertanam dengan benih untuk mencapai keunggulan hidup. Tetapi benih itu tida akan tumbuh seandainya tidak dibajai dengan keberanian"
Moralis
"Hargailah kasih sayang kedua orang tua kita. Ibu bapa kita hanya satu, perginya tidak akan ada pengganti. Jadi, berbaktilah kepada mereka selagi hayat dikandung badan"
0 Pesona Kata Hati Mereka:
Catat Ulasan