Asalamualikum..selamat malam, semoga dapat tidur dengan lena dan jauh dari gangguan syaitan yang direjam.
Tepat jam 11.36 malam, nampaknya bulat mataku belum nak tidur, dah biasa sejak ada laman mayaku yang lahir pada ogos 2009. Semoga laman etuza ini, akan menjadi penyampai maklumat yang untuk masyarakat, biarpun bukan maklumat yang terbaik tetapi sekurang-kurang kami di pedalaman tidak ketinggalan menikmati rasa kemajuan teknologi maya dan merasai keindahan dunia blogger.
Ringkas saja catatan etuza kali ini, berdasarkan apa yang saya baca maka saya tertarik nak kongsikan 15 perkara penting untuk kita jadikan ingatan atau panduan agar kita sentiasa berhati-hati. Semoga paparan ini ada manafaatnya untuk kita ingt pada setiap saat dan detik agar diri kita tepandu dalam gaya hidup sihat dan menjadi kekesih Allah.
Teman blogger mari musahabah diri adaKah kita tergolong dalam senarai ini iaitu:
MUSUH-MUSUH SYAITAN.
1. Rasulullah s.a.w
2. Orang beriman pengasih dan penyayang
3. Orang beriman ang sentiasa bertaubat di atas dosanya.
4. Orang beriman yang suka membei nasihat.
5. Orang beriman yang berakhlak mulia.
6. Orang beriman yang banyak bersedaekah
7. Orang beriman yang bermanafaat kepada orang ramai.
8. Orang beriman yang sentiasa berwuduk
9. Orang beriman yang tidak mahu melakukan sesuatu yang haram.
10.Orang yang mengerjakan solatnya dengan penuh khusyuk.
11.Ketua negara atau imam yang adil.
12. Orang kaya yang rendah hati.
13. Peniaga yang jujur.
14. Orang yang sentiasa beristiqomah membaca al-quran
15. Orang yang bangun solat di tengah malam sedang orang lin tidur neyenyak.
Alangkah bhagia rasa di hati jika kita tergolong dalam beberapa senarai ini. Satu perkongsian bahawa orang -orang yang beriman itu adalah kekasih Allah. Marilah kita berjuang tanpa kenal berputus asa agar kita dikasihiNya dan di sayangiNya. Wallahualam.
Tazkirah Pilihan
PENGAWAL PERIBADI
Rasullulah s.a.w ada bersabda katanya " Setiap anak Adam akan dijaga oleh dua malaikat. Malaikat yang di sebelah kanan lebih berkuasa dari yang sebelah kiri" Sekiranya seseorang anak Adam melakukan dosa maka malaikat yang disebelah kiri akan bertanya pada malaikat di sebelah kanan katanya "Apakah yang harus aku catit?" Kata malaikat di sebelah kanan, " Jangan kamu catit dahulu dosanya sehingga ia melakukan 5 kesalahan."
Malaikat yang dikiri bertanya lagi,"Kalau ia telah melakukan 5 kesalahan, apa yang harus aku catitkan?"Jawab malaikat kanan," biarkannya,sehingga ia membuat ebaikan kerana kami telah dibertahu oleh Allah S.W.T bahawa satu kebaikan akan mendapat 10 pahala. Oleh itu hapuskanlah 5 kesalahannya yang lalu sebagai tebusan dan kami mash simpankan untuknya 5 pahala lagi"
Tercengaglah syaitan mendengarkannya lalu berkata, "Kalau macam ini sampai bilakah aku dapat merosakkan anak Adam?" Demikianlah rahmat Allah pada hambanya,kasih sayangNya yang melimpah ruah dan tiada terbatas hanya hambanya saja yang lalai dan leka dengan keseronokan serta kemewahan.
Kepada semua pembaca blog etuza, marilah merasa nikmat kasih sayang Allah dengan maklumat yang menyentuh kalbu ini. Sesungguhnya Allah lah yang lebih mengetahui tiap-tiap yang nyata mahupun yang tidak nyata.
Salah ejaan - saya mohon maaf)
Asalamualaikum..1 Malaysia see u.
0 Pesona Kata Hati Mereka:
Catat Ulasan