Halaman


 Banner

❤Detik Detik Indah Dalam Hidupku❤

Khamis, 22 Oktober 2009

22hbOktober2009( khamis)&3hbZulkaedah1430Masihi Special Day For U Ikmal


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Asalamualikum..

Hampir terlupa..mujur teringat sendiri,rupanya hari ini adalah hari yang saya dan mama tunggu2 setelah menanti. Bila asyik menunggu rasanya terasa lama pula tiba hari yang ditunggu. Bila tak menunggu nah! inilah jadi dah jam 1.25 petang ni hari baru saya letak logo HAPPY BIRTHDAY yang saya copy paste di laman ILUVISLAM. Cantikkan..pilihanku..siapapun boleh ambil di laman paling best paling top ILUVISLAM.

Nah! ini khas ucapan istemewa untuk anak kami yang kedua MOHD IKMAL yang kini masih di asrama sekolah agama Mohammad Ali Ranau Sabah dan sedang menduduki peperikaan semester ke 2 2009.

Kalau anda perasan logo berkilau di entri paling bawah di blog saya adalah ucapan khas untuk anak kami yang TERSAYANG IKMAL.Dah tiba harijadi dia hari ini dan genaplah umurnya yang ke 14 tahun. "Selamat hari lahir to U Ikmal" " Bapa dan Mak amat menyayangimu" " Bapa & Mak doakan kebahagian Ikmal dan berjaya mencapai cita-cita" "We love u so much".

Kepada umum dan sesiapa sahaja..nak kongsikan kegembiraan ini, Allah titipkan kami putera dan puteri yang sempurna sifatnya. Mereka adalah titipan yang terlalu istemewa.Melihat wajah manis dan rupawan dan cantik senyuman menghuraikan kasihku, ibarat mereka nyawaku dan kebahagiaanku takkala melihat mereka riang dan gembira serta terlerai segala duka dan nestapa. Bagi mimpi mereka sebaya besar denganku dan mama. Syukran kami panjatkan kegembiraan ini. Sesungguhnya semua nikmat ini adalah kurniaMu ya Ilahi.

Pun begitu bukan mudah mendidik anak..banyak cabarannya.



Wah! inilah putera kami Mohd Ikmal..Semoga panjang umur, murah rezeki dan ditetapkan iman. Pesan untuk Ikmal jagalah solah, ingat pesan bapa dan mama, usah terlalau cepat terpengaruh, orang lain boleh berjaya kenapa tidak Ikmal!

Ucapan selamat hari lahir ini juga etuza ucapkan kepada semua teman-teman atau insan yang lahir pada tarikh serta bulan yang ama dengan anak kami ini. Semoga bahagia, ceria dan di murahkan rezeki.

Akhir sekali salam sayang kasih abadi untuk Puteraku Ikmal.
Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

0 Pesona Kata Hati Mereka: