Asalamualikum..dan salam sejahtera. Bersua kembali dengan harapan kita semua sihat dan tenang serta sentiasa dalam keredahaan Allah. Sentiasa disayangi dan dikasihi-Nya. Pada detik ini, pena etuza menari mencatat tiap huruf dan membentuk perkataan bersambung hingga terbentuk rangkaian ayat akhirnya terbitlah sebuah cerita yang membawa mesej tertentu. Itu tandanya saya diberi waktu oleh yang kuasa, berbentuk kelapangan masa serta buah fikiran yang menjelma menjadi coretan.
Begitu juga anda semua, detik dan saat ini, sama ada anda sedang membaca atau sekadar cuma melihat dan meronda blog etuza yang tak seperti ini, maka yakinlah bahawa anda juga sedang diberi kesempatan oleh yang kuasa berupa nikmat kehidupan ini. Sebagai kesimpulan..apa sahaja yang kita lakukan pada tiap detik dan waktu dalam kehidupan kita, itu adalah nikmat kesempatan yang Allah beri pada kita. Justru amat wajib kita mensyukuri semua nikmat itu dengan menadah tangan dan mengingati-Nya.
Intro pemanis kata, seribu makna sudah dilafazkan. Apa ada dalam tema dalam ruangan catatan terbaru etuza ini pula. Ya..sekadar perkongsian...sedikit pengalamanku sebagai jentera pendidik di sekolah. Biasanya seorang guru itu perlu sangat bersedia untuk masuk ke kelas yang diajar. Kadangkala persediaan itu berbeza apabila kelas yang diajar juga berbeza. Saya tertarik berkongsi situasi dalam fasa awal masuk kelas dan apakah teknik yang kita perlu lakukan semasa berhadapan dengan murid di dalam kelas. Sebaik sahaja kita melangkah masuk ke kelas tersebut, kita harus bersedia menghadapi pelbagai karenah murid. Jika keadaan atau situasi kelas hinggar binggar yakni murid kecoh berbual sana sini dengan suara yang kuat serta dentuman kerusi dan meja,apakah yang harus dilakukan. Inilah yang saya cuba kongsikan untuk menanganinya agar situasi hinggar binggar itu tadi teduh dan tumpuan mata dan hati serta telinga anak-anak murid menjadi satu bertaut satu tujuan iaitu BERSEDIA UNTUK MENGIKUTI PELAJARAN & PENGAJARAN kita hari itu.
Catatan saya ini amat sesuai kepada semua guru terutama bakal guru yang masih latihan mengajar atau guru yang bakal latihan mengajar. Cubalah tip ini, InsyaAllah jika benar anda akan mudah mengurus P&P anda hingga ke fasa akhir. Paparan saya ini hanya berkisar kepada fasa awal iaitu semasa masuk kelas dan sikologi menghadapi murid dalam kelas agar lebih menumpukan perhatian, berdisiplin dan lebih bersedia untuk belajar.
Selagi murid di dalam kelas itu kecoh..seseorang guru itu ibarat menyampaikan pelajaran yang tidak bermakna, sekalipun hanya tinggal seorang murid yang masih membuat ribut kebisingan dalam kelas ianya tetap menyebabkan murid-murid lain terganggu serta penumpuan tergugat. Seharusnya semua murid dalam kelas itu pastikan tiada seorangpun yang cuba membuat onar riuh atau kebisingan yang menganggu situasi awal P&P kita.
Sebagai guru kita perlu buat persediaan sebelum masuk kelas. Inilah teknik seorang guru lelaki bernama ETUZA atau cikgu ZA. (harus diingat bahawa ini cara saya dan jika anda ada cara yang lebih baik dari cara saya, saya terlebih dahulu ucapkan tahniah dan kita semua ada idea yang berbeza-beza, namun ianya tetap ke arah satu tujuan dalam P&P )
masuk kelas guru itu perlu:-
1. Sedia maklum kelas yang diajar
2. Perancangan awal P&P siap sedia.(lesson plan up date)
3. Yakin diri dan set satu mind yang cukup ceria dan memotivatkan murid.
4. Pakaian rapi & wajah ceria.
5. Set induksi sudah dirancang agar lebih mantap P&P
Semasa masuk kelas guru itu perlu:-
1. Berdoa agar murid dalam kelas itu mudah diurus dan dilentur.Mudah terima P&P kita.
2. Tidak kira guru muslim atau non muslim mesti ada doa untuk murid kita semua. Doa yang baik untuk mereka tak salah.
3. Masuk kelas dengan langkah kanan dan bisikan Bisimmilah..sebagai pemula.
4. Kontek mata..pantau semua keadaan diri murid di dalam kelas selepas membenarkan mereka duduk setelah murid memberi salam hormat kepada guru.
Semasa memulakan P&P guru di dalam kelas itu perlu:-(psikologi)
1. Kuasai suasana bising dengan menegur ikhlas tiap kesalahan kecil murid dengan suara jelas tidak kasar dan suara membina dan penuh memujuk.
(untuk pengetahuan..biasanya murid dalam adab masa menunggu guru masuk kelas keadaan kelas bising dan murid yang tidak berdisiplan akan mengganggu murid lain.)
2. Arahkan murid ke tempat duduk , tenangkan mereka dengan suara ikhlas dan penuh kasih sayang. Arah murid bawa diri bertenang dan bersedia untuk belajar pada hari itu.
Contohnya kita berkatalah sebegini..
Guru A : Semua murid sila duduk dengan tenang,cuba diam, tengok cikgu, tumpukan perhatian dan bersedia untuk mendengar apa yang cikgu hendak ajar pada hari ini ya..
Guru A: Semua murid mesti tengok cikgu, biarpun cikgu tak hensem..tengok saja ya..semua murid cikgu mahu faham tentang apa yang cikgu ajar hari ini. Kalau tak mendengar, tak mahu tengok cikgu, tiada perhatian apa sahaja yang cikgu beritahu murid itu tidak akan tahu dan tak faham.
Guru A: Mahu pandai tak? murid-murid mahu lulus peperiksaan tak? ...ha kalau macm tu
janganlah buat bising lagi ya. Ok cikgu sangat sayang dan suka murid yang baik hati dan mahu dengar saya mengajar.
Inilah antara lain contoh kata-kata fasa awal P&P dalam kelas. Sebaik sahaja murid tak seorangpun yang bising, cikgu secepatnya memulakan set induksi. Murid harus bersedia untuk mempelajari sesuatu. Guru umpama merapu jika guru itu meneruskan juga P&P walhal dalam masa yang sama ramai murid kecoh dan membuat onar dalam kelas. Ha..keadaan ini merbahaya.Guru sepeti etuza kena bijak menanganinya dengan apa sekalipun sikologi asalkan jangan murid itu di pukul ya.
Set inductions buat sebaik-baiknya sehingga murid merasa tertarik. Jika ini berlaku murid dalam kelas akan lebih berminat untuk ingin mengetahui apakah yang lebih lanjut dalam P&P kita pada hari itu. Harus saya ingatkan juga agar guru yang mengajar dalam fasa awal P&P ini, pastikan konteks mata itu melihat menyeluruh semua murid, tenung mata mereka satu persatu...pandang semua murid..masa ini usah beri peluang sedikitpun murid bergerak kesana-sini. Dalam bab kerja kumpulan barulah guru biarkan intractions sesama mereka berlaku. Fasa awal awas! kena pastikan murid dalam keadaan memberi penumpuan yang total.
Sekadar itu sahaja perkongsian etuza dalam paparan ilmu kali ini. Semoga ada manafaatnya. sekali lagi saya tegaskan catatan saya ini lebih khusus kepada sesiapa sahaja bakal guru di mana-mana IPGM. Yang baik dan murni itu adalah dari-Nya, yang lemah dan salah ejaan itu dari saya sendiri sebagai manusia yang tidak sempurna akal.
Asalamualaikum ... salam 1 Malaysia.
Jumpa lagi....see u
"Allah pelindung orang-orang yang beriman; Dia mengeluarkan mereka dari kegelapan (kekafiran) kepada cahaya ( iman" ( Al baqarah: Ayat 275)
0 Pesona Kata Hati Mereka:
Catat Ulasan