Halaman


 Banner

❤Detik Detik Indah Dalam Hidupku❤

Ahad, 18 Mac 2012

Esok terjawab rinduku pada dia...


Bersemangat rasanya hendak mulakan tugas esok hari. Seolah ada rindu menggamit hati. Terasa lama sudah tak menyentuh dia, melihat pesona yang menghias wajah, tepi dan bucu-bucunya. Seminggu setelah dia menjadi kekasihku, aku tinggalkan dia kesepian tanpa aku bersama.

Terjawablah segala rindu, yang pasti akan menerjah banyak pena menari menjawab tugasan yang ditinggalkan. Seronok juga bila pasti dan semoga ada hari esok menemuinya. Inilah rasaku, tapi sebenarnya teringin lama hendak bercuti, namun rindu dia kepadaku maka hasrat hendak bercuti biarlah terkubur.

Siapa yang Etuza rindu sangat ya.
Kenapa pula semangat ingin menemuinya..pelik ni.
Apa hal merindui sangat tu ...
Tidak terasaka dah diambang usia...
Tidak malukah dengan keluarga ada yang dirindui..
Dengan teman blog tak malukah suarakan rindumu..

Ok...biarlah tak rahsia lagi ya..
Sebenarnya Etuza rindu nak duduk menulis di meja Etuza yang di atas tu.
Ialah..dua hari lepas menang pertandingan meja kemas berhias Etuza diarah oleh BTP/ PPD Daerah Keningau, Sabah menjalankan tugas mengiring pelajar ke Sandakan Sabah selama 5 hari. Sambung cuti sekolah break sem jadilah 2 minggu Etuza belum masuk ke ruang meja Etuza tu. Tengok! seorang cikgu mesti lengkap dengan pena ya...

Sesekali Etuza bergurau, melawak tapi tetap ada hemah..tak salah kan.... Terima kasih yang membaca. Harap ada senyum dari hati. Kalau senyum Etuza akan tau lah tu ya.








Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

18 Pesona Kata Hati Mereka:

Ayuni berkata...

kemasnye meja.....

dieyna berkata...

tengok gambar pun dah tau rindu kat apa.. hehe saya dah selamat bertugas dah hari ini.. hehe selamat bertugas esok yer..

Unknown berkata...

Ayuni..
Impak ada pertandingan meja guru terkemas dan cantik di sekolah pacik ya..tq pujian ikhlas.

Dieyna..
Bijak ya meneka. Iya betul ada rasa rindu dengan tempat saya duduk ni..padahal esok pasti itu ini kena buat di atas meja tu. hehe tahniah..jaga diri dan anak2, salam untuk suami ya..

Unknown berkata...

Ayuni
Dieyna

Tahniah berjaya disenyumkan petang ini, bukti ..ada drop ulasan..

1 berkata...

Salam..wah..mmg meja tu sgt kemas dan cantik..tidak hairan boleh menang...contoh kepada guru2 lain..

Unknown berkata...

Terima kasih kio..
Semoga persahabatan maya terjalin indah.

Pn Kartini berkata...

Assalamualaikum:)

Tengok pada gambarnya..kalah meja orang sini..
Anyway..
Selamat Kembali ke sekolah..
Moga rindu kan terubat..
:)

Arina Shamsul berkata...

meja cikgu memang mempesona,jarang jumpa meja cikgu lelaki kemas dan cantik macam ni,waktu sekolah dulu.hihi

Arina Shamsul berkata...

memang pun patut untuk dirindui meja tu cikgu,sebab itu adalah hasil kerja tangan sendiri yang sangat memuaskan.menang pulak tu.tahniah cikgu..hihi.

Unknown berkata...

Terima kasih org sana ya BHM - AS. Jadi juga Pesona membuat kalian senyum..
Nanti datang ja kat meja tu, soalan yg kena periksa tinggi tu..apapun memang ada motivat kerja bila meja bersih dan sentiasa kemas. Terima kasih kpada PK HEM kami anjurkan sempena 3 K dan Bulan disiplin 2012

Unknown berkata...

assalam... uncle... hehehe. maaf lambat reply... bukan apa dah lama tak buka blog.... anyway cun la work place uncle... u make me jealous... tak sama dengan tempat saya.. bersepah.... hehehe memalukan je...

uncle tau tak hari ni hari apa... heheh tak tau kan... hari ni adalah hari yang paling bermakna buat saya dan suami....

nak tau kenapa... sebab tarikh 19 mac adalah satu tarikh dimana kami berdua telah diijabkabulkan.... disatukan....

al-hamdulillah... sampai hari ni kami berdua berjaya lalui pahit getir hidup tanpa ada sebarang masalah.... actually... masalah tu ada... tapi tak sampai menggugat ikatan suci ini.... maybe dah mmg jodoh kami termaktub sejak azali.... walau sekuat mana ringtangan kami masih bersama.......

aihhhh panjang plak komen.... heheheh baik buat n3 sendiri..... ok la uncle.... selamat mengajar kembali setelah seminggu bercuti.... assalam...

Mrs Velentine berkata...

kemas meja cikgu

Tanpa Nama berkata...

Alhamdulillah menang 'meja kemas berhias' dan selamat kembali bertugas.

Unknown berkata...

To Alimaz
Selamat hari ulang tahun perkahwinan. Moga berkat dan utuh ya. Tq ingat jg kat kami di Sabah.

To Ms Velentine N KKunang.
Terima kasih pujian itu hendaknya kerana saya diberi olehNya kelapangan dan kekuatan untuk bersaing secara sihat.

Selamat bertugas

WuMing berkata...

Wah... tahniah...

Unknown berkata...

WuMing Tq.
dah follow Pesona blog ka..sila follow ya..dek.

tunz berkata...

cantiknya meja cikgu nih..malu mama tunz..hhihi

Unknown berkata...

Asalam mama T, biasa ja ya..mama T boleh tu buat yg lagi baik ya..