Halaman


 Banner

❤Detik Detik Indah Dalam Hidupku❤

Jumaat, 16 Oktober 2009

10 Petua Tradisional Baik Untuk Kesihatan Kita Part 2 & Tazkirah Pilihan Etuza


Salawat ke atas Nabi SAW..dan salam sejahtera untuk semua tetamu istemewa di luar sana.Bertemu lagi dalam paparan Petua Tradisional pilihan etuza blog.

Petua kesihatan secara tradisional memang tak luput ditelan zaman,tak hilang dek masa, tetapi ianya merupakan warisan turun temurun yang perlu kita amalkan dalam kehidupan kita. Ternyata mengamalkannya baik untuk menambah kesihatan yang sudah sedia ada.

Petua yang begitu mudah hingga kesan yang tinggi terhadap peningkatan kesihatan kita, mengapa tak diamalkan. Etuza nak kongsikan semula petua ini secara satu persatu. Jika anda adalah pengamal petua ini saya ucapkan tahniah dan semoga sentiasa sihat. Kata orang kesihatan harus dikekalkan dengan mengamalkan gaya hidup sihat.

Baiklah petua pilihan etuza kali ini ialah:-

1. MENYEGARKAN BADAN - Amalkan meminum air perahan pegaga yang dicampur dengan kuning telur dan sedikit madu.Insya Allah setelah mengamalkannya anda akan berasa segar semula.
( Untuk perhatian -kalau di Keningau pucuk daun pegaga banyak dijual di tamu graund Keningau pada tamu hari khamis dan tamu hari ahad, cuba dapatkan dan kita amalkan petua yang baik ini)

2. MENJAUHKAN SEMUT DARI GULA- Masukkan beberapa batang kulit kayu manis ke dalam bekas gula tersebut. Insya Allah semut tidak akan mendekati gula dalam bekas. ( Best pula petua ini)
3. Mewangikan rambut-- Potong beberapa biji buah liamu nipis kemudian gosokkan pada rambut dan juga kulit kepala anda. Biarkan beberapa minit setelah itu barulah dibilas. Selain mewangikan ia juga dapat menyejukkan dan menghilangkan rasa pening kepala anda.

4. Tertelan benda keras- Makanlah buah betik yang telah masak sebanyak yang boleh, insyaAllah benda keras itu akan keluar bila anda membuang air besar.

5. Menguatkan gigi- Dapatkan sepotong halia dan sedikit garam yang ditumbuk lumat ,kemudian campurkan sedikit air. Berkumurlah dengan air ini setiap hari, insyaAllah gigi anda akan menjadi kuat.

6. Memelhara penglihatan- Amalkan memandang pada tumbuh-tumbuhan hijau setiap pagi selama 10/15 minit, insyaAllah mata anda akan menjadi segar.

7. Nafas berbau- Makanlah hampas kelapa yang telah digoreng tanpa minyak ataupun banyakkan meminum air suam. Amalkanya setiap 3 hari sekali, insyaAllah nafas anda tidak akan berbau lagi.

8. Mulut berbau- Ambil 10 ulas bunga cengkih dan 3 ulas bawang putih kemudian tumbuk hingga halus. Gosokkan bahan ini pada gigi ataupun berkumur dengannya 3 hari sekali, insyaAllah bau mulut anda akan harum.

9. Supaya nasi lambat basi- Setelah nasi anda mendidih masukkan 2 atau 3 kuntum bunga cengkih dengan sedikit garam, insyaAllah nasi anda lambat basi.Keadaan ini akan mengurangkan pembaziran.

10. Cirit-birit- Minumlah air teh/ teh O pekat ataupun anda boleh juga memakan beberapa helai daun pucuk jambu yang muda, insyaAllah rasa sakit tadi akan berkurangan.

Tazkirah pilihan etuza hari ini.

Diriwayatkan Siti Zubaidah adalah seorang wanita bangsawan yang kaya, hobinya suka mendengar muzik. Dia memiliki pentasnya sendiri serta beberapa oraqng penyanyi yang menjadi penghiburnya. Apa yang menjadi kelebihannya ialah apabila terdengar saja azan berkumandang dia akan segera memerintahkan penyanyi dan pemuziknya itu berhenti untuk seketika bagi menghormati azan. Setelah selesai dan menjawab azanbarulah disambung semula, hanya itulah amalan yang sentiasa dijaganya. Setelah meninggal dunia ramai dari kalangan orang-orang yang soleh telah bermimpi bertemu dengannya, tanya mereka "Ibadah apakah yang menyebabkan Allah mengampunkan dosamu, adakah kerana kamu telah menggali sebuah kolam air antara Makkah dan Madinah"

Jawab Siti Zubaidah,"Allah mengampunkan dosaku dengan banyak mengucapkan syukur. Sebenarnya aku tidak banyak beribadah kecuali satu semasa hayatku dulu iaitu apabila aku mendengar/ terdengar saja azan sedangkan waktu itu aku tengah berhibur dan mendengar nyanyian maka dengan serta merta aku menyuruh mereka memberhentikannya bagi menghormati seruan azan. Itulah ibadah yang aku benar-benar menjaganya. Sebagai balasan, Allah telah mengampunkan dosaku.Apabila datang malaikat hendak menyeksaku, lalu Allah berfirman,"Kamu dilarang menyiksanya, jika tidak kerana iman yang ada di dalam dadanya masakan ia mahu menyebutKu dalam keadaan leka"

Teman blogger, semalam saya membaca maklumat ini yang bertajuk KEAMPUNAN DENGAN MENJAWAN AZAN, hatiku hiba dan menangis. Sungguh mulianya Allah, sungguh Dia amat mengampuni, lihat saja bagaimana Allah mengampunkan dosa Siti Zubaidah. Wahai diriku, mama, anak-anakku, semua saudara dan teman blogger marilah memantapkan iman kepadaNya. Sungguh azab neraka itu pedih sekali.
Semoga membaca kita dapat pahala. Wallahualam.

Salam 1 Malaysia see U.
Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

3 Pesona Kata Hati Mereka:

ASTraveller berkata...

salam,
benar. Allah itu maha pengasih lagi maha pengampun~

Alimaz-Kembara Terasing berkata...

salam etuza...sesungguhnya allah dekat dengan kita kalau kita dekat dengan dia.....

etuza berkata...

wasalam..alimaz,Yup! tepat ideamu,marilah mendekati-Nya dalam tiap waktu & dimana-mana kita berada.Nawaitu..demi kerana-Nya.Kerana kita hidup pun kerana kehendak Ilahi.Tq still support etuza blog.