Halaman


 Banner

❤Detik Detik Indah Dalam Hidupku❤

Sabtu, 17 Oktober 2009

Tips menghadapi peperiksaan sebagai ingatan



Asalamualikum semua apa khabar. Semoga sihat dan riang selalu. Kita panjatkan kesyukuran kepada yang esa kerana kita masih dapat berkesempatan bertemu di arena blog yang indah ini.
Kali ini saya nak ucapkan selamat menjawab peperiksaan bagi tiap mata pelajaran kepada anak saya Nurhabibah dan Mohd Ikmal di SMK Agama Ranau, Sabah. Kata Ikmal dia dan kekawannya akan menghadapi peperiksaan next week. Nurhabibah di tingkatan 4 sudah mulai minggu ini. Ada juga call anak-anak saya minta doa dan restu, dari kami selaku ibubapa mereka. Semestinya itu kewajiban ku sebagai bapa dan juga kewajiban mama mendoakan anak-anak kami agar tabah dan tenang menjawab soalan. Dimudahkan daya fikir dan lancar menjawab, dan akhirnya mereka semua mendapat keputusan yang baik dan cemerlang.Ameen.

Ucapan selamat menghadapi peperiksaan juga saya tujukan kepada kawan-kawan blogger yang belajar di IPTA di Universiti di mana saja. Nampaknya banyak blog yang pemiliknya student IPTA yang menjadi kegemaran etuza. Tahniah kepada mereka kerana sudah memulakan aktiviti yang baik dan membawa banyak manafaat kepada masyarakat.Saya harap mereka semua dapat menjawab exam dengan tenang dan mampu menjawab mengikut kehendak soalan. Noor Hafizah, aiman, dzughail, najihah dan lain-lainnya nampaknya sedang bertungkus lumus ulangkaji untuk persediaan exam. Usahakan agar apa saja tugasan di Universiti kita anggap mudah dan bukan menyusahkan ya. anggap semua perkara itu mudah, pasti adik-adik dan anak-anak yang belajar tidak hadapi tekanan.

Untuk tambahan ilmu cublah baca maklumat yg saya cedok dari internet tadi. berkenaan dengan persediaan dan tips hadapi peperiksaan.Harap sedikit sebanyak dapat membantu anda.

SEBELUM PEPERIKSAAN
1. Pastikan semua nota dikemaskini dan disusun rapi mengikut aturan sinopsis kursus
2. Ulangkaji nota secara konsisten secara individu
3. Bina dan jawab soalan daripada nota kuliah
4. Semak soalan-soalan yang lepas bagi memastikan;
- format soalan (objektif & esei)
- masa yang ditetapkan
- bilangan soalan yang harus dijawab
- markah yang diberikan pada setiap soalan
5. Jumpa dan berbincang dengan pensyarah bagi mengenalpasti teknik menjawab soalan yang dikenalpasti
6. Adakan perbincangan dalam kumpulan kecil bersama-sama rakan secara konsisten
7. Jadi guru dan ajar kepada rakan-rakan anda berkaitan dengan sesuatu topik
8. Dapatkan jadual peperiksaan, semak dengan rakan bagi memastikan tarikh, masa dan kursus tepat
9. Buat satu jadual yang dapat dilihat jelas

HARI PEPERIKSAAN
1. Bersarapan sebelum ke dewan peperiksaan
2. Datang awal ke dewan peperiksaan
3. Tenangkan fikiran dan elakkan membuat perbincangan di saat akhir bersama-sama dengan rakan
4. Fokuskan pemikiran anda terhadap apa yang anda ketahui
5. Bercakap dengan rakan anda sekiranya ia dapat memberi ketenangan kepada anda

SEMASA PEPERIKSAAN
1. Baca arahan dengan teliti.
2. Pastikan apa yang perlu anda lakukan dan bagaimana hendak melakukannya
3. Baca setiap soalan dengan teliti.
4. Gariskan perkataan yang penting dalam soalan
5. Uruskan masa bagi menjawab setiap soalan berpandukan kepada;
- masa yang diperuntukkan bagi keseluruhan peperiksaan
- bilangan soalan yang perlu dijawab
- markah yang diperuntukan bagi setiap soalan dan pecahan bagi setiap soalan
6. Lakarkan jawapan dengan menggunakan teknik peta minda dan pastikan dapat memenuhi kehendak soalan
7. Tulis jawapan mengikut urutan isi dengan tulisan yang jelas dengan menggunakan pen berdawat terang (hitam)
8. Jawab soalan yang mudah terlebih dahulu sebelum memberi perhatian pada soalan yang sukar
9. Susun kertas jawapan mengikut urutan nombor soalan
10. Pastikan nombor angkagiliran ditulis dengan jelas pada setiap helaian kertas jawapan
11. Ikat kertas jawapan dengan kemas dan pastikan semua arahan dituruti
12. Letakan kertas jawapan di atas meja sehinggalah dipungut oleh pengawas peperiksaan

SELEPAS PEPERIKSAAN
1. Elakkan daripada membuat ‘post mortem’ bersama-sama dengan rakan selepas waktu peperiksaan.
2. Tenangkan fikiran anda dan cuba memberi tumpuan terhadap kertas peperiksaan yang lain
3. Yakin diri anda yang anda telah membuat habis baik dalam peperiksaan
4. Releks dan lakukan aktiviti riadah sebelum menghadapi kertas peperiksaan yang lain.
Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

0 Pesona Kata Hati Mereka: