Salam sejahtera & semoga sihat dan ceria hendaknya.
Pada hari rabu yang lalu bersamaan 14hb 10.2009 bertempat di Pusat Sumber sekolah seorang guru BI telah mengadakan aktiviti yang sangat menarik perhatian semua murid termasuk saya sendiri selaku Guru Perpustakaan & Media. Saya sebagai guru Pusat Sumber dapat melihat murid2 3 bijak sangat seronok dan interaksi yang sangat tinggi berlaku antara mereka.
Seperkara yang menarik perhatian saya ialah semua murid berusaha melakukan aktiviti sama ada secara grouping atau individual. Disamping mereka berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris. Sepanjang guru ini menyampaikan P&P saya tak terdengar sepatahpun perkataan Bahasa Melayu atau juga bahasa ibunda kita kepada anak-anak muridnya. Tahniah kepada Teacher Madam Beatrice Marcus, kerana begitu cemerlang menjayakan P&P nya di Pusat Sumber sekolah.
Satu pesanan dan buat peringatan ku sendiri bahawa seorang guru perlu sabar & sentiasa tenang dalam menghadapi apa saja karenah anak-anak murid, guru perlu mendoakan murid yang agak nakal itu agar menjadi baik, jika tidak dengan suara biarlah doa itu di dalam hati. Kerana jika ada antara kita yang mengatakan "kau nakal" "kau tak pandai" " kau bodoh" secara berulang-ulang maka kata-kata itu akan bertukar menjadi doa yang akhirnya murid itu menjadi bertambah nakal dan lemah.Menurut sumber dari pembacaan motivasi dan melalui perkongsian antara rakan guru yang lain difahamkan apabila kita berkata perkataan itu sebanyak 40 kali kepada anak murid kita maka terkabullah doa itu kepada individu yang ditujukan. wallahualam..Marilah musahabah diri dan berusaha memperbaiki kesilapan kita masing-masing.
Oklah saya nak kongsikan sebahagian situasi P&P ini kepada umum, agar dapat kita kongsikan bersama. Selain itu saya nak tunaikan permintaan anak saya yang juga dalam kelas ini, agar peritiwa menarik ini di paparkan dalam blog etuzaWarnaKehidupan.
First activity
1. Individual activity
a. Public speaking ( My self)
b. Reading a story
Second activity
2. Group Work/activities
a. Describing a picture
i. Group 1 is given a picture.
ii. Pupils write what they can see in the picture.
iii. The group presents what they can see in the picture.
b. Describing / naming the objects
i. Group 2 is given a box of objects
ii. Pupils write the names of the objects in the box.
iii. Group presents the names of the obejects.
c. Talk about your hobbies and ambitions
i. Group 3 is given a form
ii. Pupils fill in the form
iii. Group presents to the whole class
d. Competition
i. Draw and colour according to the instructions given.
ii. Arrange the words to make correct sentences.
Master of ceremony : Leon Likon
Md. Fathul Azam Sapirin.
Public speaker : Nurhijratul Morinus ( Winner)
Reader : Ismat Afif Mohd Zali.(winner )
( Great men have found no royal road to their triumph.It is always the old route, by way of industry and perseverence - Dr Orison Swelt Marden)
2 Pesona Kata Hati Mereka:
wahh, best nye aktiviti.. eh, tak ke english skills students kt Malaysia Timur mmg dah tinggi ?
hai hazari! how are you. T hank's a lot u comment. This activity for year 3 in the our library. BI in Malaysia ..no comment..PPSMI to be can celled or annulled at 2012..what ever..hazari, you is a good student and very hardworking.Tahniah.
Catat Ulasan