السلام عليكم ورحمة الله وبركات
Etuza sedang kursus Pemantapan Pedagogi Sains Tahap 2
peringkat Daerah Keningau. Nak habis dah ni..sempat ke blog.
Suka pula paparan bacaan bertajuk " Ujian Sepanjang Hidup "
dari Harian Metro. Ramai-ramai kita baca ya, moga ada
hikmah selepas membaca.
mengintai disebalik tirai hidup kita...
MENGHADAPI sesuatu ujian atau masalah kadangkala memeritkan,
apatah lagi jika ia datang secara tidak diduga serta bertimpa-timpa.
Sesaknya dada dalam menghadapi ujian dan masalah itu hanya Allah yang tahu,
sementara manusia di sekeliling hanya mampu memberi kata-kata nasihat
untuk terus bertahan.
Saban hari, media massa sentiasa melaporkan musibah yang menimpa
manusia di negara kita mahupun seluruh dunia. Setiap hari ada saja
berita mengenai pembunuhan, kemalangan, peperangan atau bencana alam.
Ujian atau musibah ini dilihat tidak lain dan tidak bukan sebagai
masalah yang perlu dihadapi manusia dalam kehidupan.
Manusia dilihat terlalu sinonim dengan masalah.
Pendek kata, masalah menjadi rakan karib yang sentiasa menemaninya
dalam setiap fasa kehidupannya. Bermula daripada saat dilahirkan di dunia,
seorang bayi berdepan masalah untuk berkomunikasi.
Yang mampu dilakukan bayi adalah menangis bagi menunjukkan
ekspresi terhadap
‘masalah’ dihadapi seperti lapar atau tidak selesa.
Memasuki fasa kanak-kanak pula, masalah yang mungkin dirasakan besar
tentunya datang daripada sekolah, tidak kira sama ada berpunca daripada
pelajaran atau rakan. Hinggalah ke peringkat usia selanjutnya, terutama
apabila memasuki fasa kehidupan remaja.
Cabaran dan ujian pastinya datang daripada rasa jiwa remaja yang
‘memberontak’ ketika diri masih tercari-cari hala tuju dalam sebuah kehidupan.
Tidak kurang juga ujian dan tekanan dalam menggalas harapan
menggunung ibu bapa untuk berjaya dalam alam persekolahan.
Ujian dan masalah kemudian menjengah pula apabila mula memasuki
alam dewasa. Fasa ini dilihat paling kritikal kerana seseorang manusia
perlu mula mencongak dan melukis jalan kehidupan yang bakal dilalui.
Ini termasuk soal pekerjaan, perkahwinan, menguruskan ibu bapa yang uzur,
menjaga dan mendidik anak dan banyak lagi hinggalah seseorang itu tiba
ke alam ‘senja’.
Pada fasa ini, cabaran serta masalahnya tidak kurang juga hebatnya.
Ramai beranggapan apabila mencecah usia tua, masalah dilihat
semakin berkurangan.
Namun tanggapan sedemikian sebenarnya jauh meleset.
Ujian selalunya menimpa berbentuk ujian kesihatan.
Nikmat mula ditarik sedikit demi sedikit apabila mata mula kabur,
telinga kurang mendengar dan tubuh tidak sekuat dulu. Pelbagai penyakit
menjadi teman dan perlu berpantang makan.
Fasa ini juga selalunya dilihat sebagai cabaran terakhir dalam membuat
persiapan terbaik untuk berpisah dengan kehidupan dunia dan menempuh
alam akhirat.
Saat ini juga penentu sama ada manusia itu beroleh hidayah daripada
Allah atau akan terus leka dengan kehidupan dunia hinggalah ke hembusan
nafas terakhir. Nauzubillah.
Kemudian sekujur tubuh itu akan melalui pula ujian di alam barzakh.
Jika baik amalannya semasa hidup di dunia, mudahlah urusannya di alam ini.
Jika tidak, bersiap-sedialah dalam menghadapi paluan seksaan daripada
Malaikat Mungkar dan Nangkir.
Pada hari akhirat, manusia akan dibangunkan oleh Allah bersesuaian
firman Allah SWT dalam surah Al-Hajj ayat 7, yang bermaksud:
“Dan sesungguhnya hari kiamat itu tetap akan datang, tidak ada
sebarang syak padanya,
dan sesungguhnya Allah akan membangkitkan
(menghidupkan semula) orang yang di dalam kubur.”
Ketika itu manusia akan berdepan ujian dan masalah dalam bentuk berbeza-beza.
Ada yang berjalan dengan kakinya dan ada pula yang berjalan dengan wajahnya.
Ada yang meniti titian Siratul Mustaqim sepantas kilat,
ada juga yang merangkak-rangkak dan akhirnya terjatuh ke dalam lembah neraka.
Begitulah antara kehidupan yang perlu kita lalui sebagai hamba Allah.
Ujian dan masalah tidak pernah sunyi menemani ke mana saja kita pergi.
Pendek kata, masalah dan ujian cuma akan terhenti pada ketika saat kaki
menjejakkan kaki ke syurga Allah.
Namun sebagai seseorang yang percaya pada qada dan qadar yang
datang daripada-Nya,
setiap ujian dan masalah harus dilihat dengan pandangan mata hati
tanpa memberi ruang kepada nafsu untuk menilai.
Kerana apabila nafsu mula menilai, syaitan akan membisikkan
kata-kata durjana yang kemudian akan menyesatkan manusia.
Manusia akan mula menyalahkan Allah terhadap apa yang menimpanya.
Segala amal ibadat, solat dan doanya kepada Allah mula dirasakan sia-sia.
Kewujudan Allah yang disifatkan dengan sifat Maha Pendengar,
Pengasih dan Penyayang mula diragui kerana semakin banyak
dia berdoa dan bersolat, semakin hebat ujian yang menimpanya.
Pada ketika ini, manusia mula mencari bantuan selain daripada Allah.
Ketika inilah syaitan menghulurkan ‘bantuan’ yang akan ‘melepaskan’
manusia daripada ujian dan masalah dihadapinya.
Akan berlakulah kes murtad atau bunuh diri akibat tidak tahan menghadapi
ujian Allah SWT.
Namun sebaliknya jika manusia mengambil iktibar daripada ujian yang
menimpa nabi dan rasul, pasti hatinya merasa terpujuk.
Ketika menghadapi sesuatu ujian dan masalah, ingatlah bahawa
ada manusia yang menghadapi ujian lebih hebat serta lebih teruk lagi.
Jika anda kehilangan harta benda akibat daripada kemusnahan,
ingatlah ada manusia yang kehilangan ahli keluarga dan hidup sebatang
kara di dunia.
Jika anda kehilangan orang tersayang, percayalah anda masih ada
Allah yang kekal dan setia menjaga anda hingga ke syurga.
Yang penting, ketika ditimpa musibah, seseorang yang mengaku
beriman kepada Allah dikehendaki bersikap sabar dan tidak
terlalu bersedih hati serta menyesali apa yang terjadi.
Allah memberikan ganjaran pahala tidak terhitung kepada
orang mukmin yang sentiasa bersabar tatkala mengalami musibah,
sebagaimana firman Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 155, yang bermaksud:
“Berilah khabar gembira kepada orang yang sabar, iaitu orang yang ketika
musibah, mereka berkata; Sesungguhnya kita adalah milik Allah dan
kepada-Nya kita kembali.”
Tidak guna menyesali terhadap apa yang terjadi kerana perasaan sesal
itu tidak mampu merubah apa-apa. Ujian dan masalah sewajarnya
tidak dihadapi dengan kelemahan kerana kelemahan itu akhirnya
menyebabkan hati menjadi mati.
Daripada Aisyah RA, dia berkata bahawasanya Rasulullah bersabda:
“Sesungguhnya orang salih akan diperberat (musibah) atas mereka.
Dan tidaklah seorang mukmin tertimpa satu musibah, seperti tertusuk
duri atau lebih ringan daripada itu, kecuali akan dihapus dosanya dan
akan ditingkatkan darjatnya.” (Riwayat Ahmad, Ibnu Hibban,
al-Hakim dan Baihaqi).
Artikel ini disiarkan pada : 2012/06/17
17 Pesona Kata Hati Mereka:
itulah namanya kehidupan...tipulah kalau siapa yg nda perna diuji..
setiap fasa ad cabaran yg tersendiri..bagaimana kita utk menghadapinya
ohhhh cekgu berkursus rupenye. patutlah dh lame tak timbul. hehe.
setiap ujian ada hikmahnya.kita kena banyak bersabar kan ;-)
Sesungguhnya Ujian Allah Juga adalah satu cara Yang Maha Besar Menghapus Dosa kita. Jadi Ujian Sepanjang Hidup? Banyakkanlah bersabar atas segala musibah yang ada.
nice entri ni... satu perkongsian yg sangat2 bagus...keep it up cikgu! :)
walaupun kita menghadapi apa-apa pun ujian, kita tetap kena tabah. n kita juga msti igt, stiap nikmat itu akan dipulangkan kembali kepada Allah bila mana sampai waktunya. btl org ckp, dunia ni xkan sll gembira krn yg akan bahagiakan kita nt ialah pabila kita di syurga nt.
masalah yg dtg buat kita jadi lbh matang..ape nak buat sabo je lah.tabahkan hati .
Allah maha Mendengar .
nice entry :)
Wah..terima kasih atas perkongsian ni cikgu..;)
benar tu.. saat2 remaja lah saat2 yang paling teruk jiwa dan hati memberontak...
selagi kita hidup memang takkan terlepas dari ujian kan. redha menerimanya.
mudahan kita menjadi yang lebih baik yea cikgu..lama cikgu menghilang.. tercari2 saya..(^_^)
setiap insan diuji.. cara dan jenis berbza..
makin byk belajar,makin byk membaca...makin byk perkara yg rupanya kita tak tahu...
anak2 menjadi remaja akan ada ujian kepada ibubapa. Benarlah hidup ini pelbagai ujian.Tq ya drop komen ke ruang ini..etuza hargainya
Perkongsian yg sgt baik saudara etuza... Selamat berkursus..
nice entry...
Catat Ulasan