Halaman


 Banner

❤Detik Detik Indah Dalam Hidupku❤

Rabu, 18 Julai 2012

Menjelang Ramadhan Almubaraq & 17hb Julai 2012 ( Megahnya Jalur Gemilang)

السلام عليكم ورحمة الله وبركات

       Syukur ke hadrat Allah kerana masih memberikan kita kesempatan menunaikan ibadah Puasa dibulan Ramadhan Al Mubaraq. Seluruh rakyat di Malaysia yang seagama dengan etuza menantikan tibanya saat ramadhan. Begitu juga umat Muhammad di seluruh dunia, sedang menantikan menjelang ramadhan yang kini diambang pintu. Ahlan wasalan ya Ramadhan. Semoga kali ini, tibamu membawa bahagia dan keampunan serta sinaran dalam kami menuju keimanan di dunia dan di akhirat. 


Ramadhan nanti ( sebulan lamanya ~ kena Istiqomah ya)
1. Niat puasa kena buat
2. Nak sahur kenalah bangun awal ya, usahlah liat nak bangun
3. Nak baca al quran banyak2
4. Nak puasa / azam sebulan
5. Nak buang semua tabiat buruk
6. Nak pahala dariNya
7. Nak semua yang baik2 lah ya, amalan yang baik2
8. Nak jauhkan sikap ngumpat keji orang
9. Nak lah perbaiki diri, solat wajib tunaikan dengan tepat masa.
10. Nak rayakan kemenangan berpuasa sebulan.

17hb Julai 2012 ( isnin) hari ini, Perdana Menteri telah melancarkan pelancaran
sambutan bulan merdeka, mulai tarikh hari ini hingga 16 ogos 2012 sempena sambutan kemerdekaan Malaysia yang ke 55 tahun. Syukur kita bernegara di bumi Malaysia yang tercinta ini.
Selamat mengibarkan jalur gemilang.
kibarkan dengan rasa merdeka, aman dan bahagia.
Perdana menteri memberi pesan bahawa setiap sekolah
harus kibarkan jalur gemilang mulai 17hb Julai 2012.


semangat tak putera etuza ni..
Khabar dari Laman Pesona.


Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

20 Pesona Kata Hati Mereka:

Solehah Shamsuddin berkata...

selamat menyambut ramadhan al-mubarak dan selamat hari kebangsaan, cikgu :)

Unknown berkata...

sebak pula tetiba.. insyaallah..

Cik Ai berkata...

AMIN :)
moga kita dpt jalani ibadah puasa kali ini dgn penuh berkat =p

Muttallif berkata...

Selamat menyambut Ramadhan buat Etuza

Chic Na berkata...

selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak juga utk cikgu sekeluarga.

lelamaisara berkata...

Teringat saye kecik2 dulu liat nak bangun sahur..heee...

Arina Shamsul berkata...

semoga ALLAH beri kita kesempatan untuk mengecapi bulan yang mulia ini..

selamat menyambut bulan ramadhan al-mubaraq buat cikgu dan keluarga :)

9n0L4 berkata...

kat sekolah ade jugak buat semalam. kibar dan naikkan bendera msia. ;)

~Cik Sweety~ berkata...

salam ramadhan utk cikgu etuza sekeluarga..

Kamsiah yusoff berkata...

salam
rasa teruja,rasa seronok menunggu bulan penuh barakah...

Miss N™ berkata...

Salam ramadhan buat cikgu etuza yang berada di kejauhan sana..:)

gadisBunga™ berkata...

selamat berpuasa! :)

Cendol berkata...

selamat menyambut Ramadhan al Mubarak.tq ats peringatan ye cikgu

Tinta Lana berkata...

Assalammualaikum uncle.

InsyaAllah..sama2 berusaha supaya Ramadhan tahun ini, kita diberi kesempatan dan kekuatan olehNYA tuk beribadat.. dan semoga ramadhan kali ini lebih baik berbanding tahun2 sbelumnya..InsyaAllah..

Selamat berpuasa buat uncle sekeluarga.. bersyukurlah kita sebab diberi masa dan kudrat untuk melaluinya sekali lagi.. Alhamdulillah.. ^_^

Salam kemerdekaan juga.. kerana kemerdekaan lah juga, kita dapat mengharungi hari2 yg kita lalui skrg ni.. :)

Unknown berkata...

betul tu.. biar niat tu ikhlas kerana Allah.. saya jg sedang memperbaiki diri sendiri.. banyak perkara2 tak baik yang sedang saya usaha untuk buang jauh2.. semoga hati saya dikuatkan agar menjadi seorang yang mampu menjadi seorang imam mahupun imam keluarga

Unknown berkata...

alhamdulillah, bulan ramadhan datang lagi..bulan utk mengumpul pahala..insyaAllah..selmt berpuasa cikgu.. =)

THE AUTHOR berkata...

Thanks untuk peringatan!!

Abang Karu berkata...

Salam ramadhan buat cikgu sekeluarga :)

JR berkata...

Kita mula puasa Sabtu, esok malam dah mula terawih. Jom penuhkan masjid/surau setiap mlm...salam ramadan..

Unknown berkata...

TERIMA KASIH DROP KOMENTAR, kita semua sahabat di muka buku ini.