Halaman


 Banner

❤Detik Detik Indah Dalam Hidupku❤

Selasa, 10 Julai 2012

Izan ~ Benih bunga itu ialah Bunga Baiduri Ya! please sila tanam ya..

السلام عليكم ورحمة الله وبركات


      Petang hari ini, sebaik balik dari Taman Banjaran Crocker sempat sebelum solat maghrib etuza online internet, ialah mestilah buka pintu blog Pesona Etuza kan. Nampak komen Izan Mama Mia, dia dah terima hadiah dari etuza. Tapi katanya apa nama benih bunga tu? tolong bagitau katanya. Aduh...saya rasa happy sangat sebab hadiah ikhlas dari etuza dia dah terima, cuma tertanya dalam hati, benarkah Izan Mama Mia tak kenal benih bunga tu. Mudah ja, benih bunga tu ada duri pada batangnya dan berdaun hijau panjang. Di tempat Izan Mama Mia, memang tak ada ke bunga ni?. Wah kalau macam ni etuza dah buat satu kejutan kepada semua kerana bayangkan benih bunga etuza dah naik kapal terbang dan sampai ke tanah seberang di tempat Izan Mama Mia pula tu. 

Wahai Izan Mama Mia benih bunga tu ialah BUNGA BAIDURI YA. Kerana bunga tu berduri maka dinamakan BUNGA BAIDURI. Apapun kepada Izan Mama Mia, please sila TANAM tau, supaya pada suatu masa bunga etuza tu akan membiak dan menjadi penyegar udara di tempat IMM  nanti. Kalau nak tanam, jika tinggal di perumahan kenalah cari tanah hitam ya yang subur, ataupun jika ada keikhlasan tu belilah baja ya baja subur. 



izan mama mia, cantik kan bunga ni..mekar bunga ni tahan lama tau!

Ok cara nak tanam jika di pasu ( pasu kecil pun tak apa lihat pasu etuza dalam gambar ya bukanpun besar sangat ya IMM)
1. Masukkan tanah tu dan tanamlah benih bunga baiduri tu ya.
2. Kena siram pagi petang untuk awal penanaman agar cepat tumbuh akar bunga tu .
3. Kalau dah mula menampakkan daun letak baja subur disekeliling batang bunga baiduri tu.
4. Kalau letak baja khas untuk tunaskan bunganya boleh juga letak sekali dengan baja subur. Tapi letak baja tu setengah sudu kecil ja ya.

5. Lihat pasti akan keluar bunga2nya seperti bunga2 baiduri dalam gambar2 ni yang baru etuza ambil petang tadi KHAS UNTUK TATAPAN MAMA MIA IZAN YA.


izan mama mia, inilah antara bentuk & jenis  bunga pada benih hadiah 
tu..nak try tak tanam...cuba ya..

Ok bye2 mama izan mia.
Versi bunga etuza/12.
Kepada IMM! Suka Tak!!hehe.


Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

17 Pesona Kata Hati Mereka:

~Cik Sweety~ berkata...

wahh..untungnya IMM.. dapat tuto khas dari cikgu etuza...hehe.. cikgu ne memang suka bercucuk tanam n berkebun bunga.. untungla isteri n anak2 cikgu..heheheh

Cendol berkata...

cikgu Etuza mmg pakar bab bunga2 ni kan..hebat la

Unknown berkata...

alhamdulillah SH n Cendol, betul ada juga pengalaman, bagaimana cara baja yg betul, bunga kalau kerap siram hingga basah memanjang tanah dalam pasu ..akan menjadikan bunga tu tak segar.lepas tu kalau dibiarkan tak bersihkan pasu dari rumput dan kurangkan cabangnya pun bunga tak cantik nampak .etuza memang suka tanam pokok buanh dan bunga, benar2 terhibur lihat cantiknya lukisan alam yg Allah ciptakan.

Unknown berkata...

cantik la bunga ni

Tinta Lana berkata...

Salam.

Bestnya..sampai dipostkan benih pokok.. >_<

Semoga persahabatan yg terjalin ni bertambah kukuh dari masa ke semasa ya cikgu.. ^_^

#cikgu, sekolah cikgu takda senam 1 Malaysia ke hari ni? hehehe

insan_marhaen berkata...

Nanti Izan mama mia boleh la pos ke pahang plak benihnya...hehe..

Wanieys a.k.a IbuQalief berkata...

cantiknya wani tengok bunga2 tu...cikgu etuza suka bercucuk tanam dan berbudi pada tanah dan hasilnya pun memuaskan lah kan...rajin cikgu etuza ni :)

Muttallif berkata...

Pakcik Etuza, ada tak cara untuk tanam cili supaya cepat hasilkan buah?

Miss N™ berkata...

sabar pula nak tgk hasil bunga tu dari mama mia.. :)

dya nasir berkata...

baru dya tahu nama pkok tu..dya selalu pnggil pokok duri..huhuh

Madam iEeDaZ berkata...

cantek bunga tu..untung izan mama mia! :)

Unknown berkata...

ni ke bunga baiduri? hehe,, sama lah macam IMM ni, xtau.. hehe.. izan mama mia tu sape?

Unknown berkata...

tabik spring la kat cikgu... rajin betol tanam bunga...

Solehah Shamsuddin berkata...

kt sini, solehah pnh tgk bunga ni tp xtanam kt rumah. cantik je bunga ni kan cikgu:)

Unknown berkata...

Terima kasih cikgu,..saya bookmark entry ini,...heheh..moga ia akan hidup subur di sini...tq sekali lagi yaa..tak sabar nak tengok nanti bunganya..

Si Matatajam berkata...

Bestnya izan...pasti mesti cantik laman izan cam cikgu etuza.. Nak jugak la... Nak tanam pokok bunga untuk hari raya..

dieyna berkata...

wa... cantik jugak bunga ni