Halaman


 Banner

❤Detik Detik Indah Dalam Hidupku❤

Selasa, 24 Julai 2012

Istemewa Ramadhan 2 & Alamak dah mengadu sakit perut...

السلام عليكم ورحمة الله وبركات

2. Bulan yang telah dipilih oleh Allah s.w.t diadakan suatu malam yang sangat tinggi nilainya, iaitu malam ‘Lailatul Qadar'. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
Sesungguhnya telah datang kepadamu bulan Ramadan, bulan yang penuh berkat. Allah telah memfardhukan atas kamu berpuasa di dalamnya. Dibuka di dalamnya segala pintu Syurga, dikunci di dalamnya segala pintu Neraka dan dibelenggu di dalamnya segala syaitan. Di dalamnya ada satu malam yang lebih baik dari seribu bulan (malam lailatul qadar). Barangsiapa tiada diberikan kebajikan malam itu, maka sesungguhnya tidak diberikan kebajikan kepadanya. (Riwayat Ahmad, An Nasa'i dan Al Baihaqi dari Abu Hurairah)

Gambar baru & Harap2 boleh puasa selama sebulan.

Kuar simen mix kan dengan pasir2 halus, untuk simen
kolam ke 2 etuza. Tak besar kecik ja...
mujur ada 3 putera bantu2, kuranglah
lenguh2.

Memang banyak cabaran dan dugaan ketika berpuasa. Ujian itu kepada semua hambaNya. Bukan semasa Ramadhan saja kita diuji tetapi ujian lebih berat ketika di bulan Ramadhan kerana ketika itu kita semua ( umat Islam) berpuasa selama sebulan lamanya. Ujian yang ketara ialah ketika nak bangun bersahur, kalau ibubapa masih boleh gagah nak bangun untuk sahur dan solat subuh, kerana sudah tanggungjawab ibubapa untuk sediakan juadah bersahur. 

Hai!..ini ujian yang hebat bila anak2 lelaki dan perempuan remaja ni. Dibangunkan tetapi aduhai payahnya nak bangun. Dalam hati berdoa dan berharap agar segeralah bingkas dan bersahur serta solat subuh. Liatnya nak bangun, baru masuk ke 4 kali. Belum seminggu payahnya para remaja nak bangun bersahur. Bukanlah semua remaja macam tu, tetapi anak2 etuza ada kalanya aduhai liatnya nak bangun pagi2. Mujurlah berkat kesabaran akhirnya mereka bangun jugalah bersahur dan solat subuh. Alhamdulillah.

Nak cerita pasal Nuraliya kami tu, yang pegang aiskrim kat gambar tu. Pagi2 hari ini, dia dah ngadulah pula sakit perut katanya. Lepas tu tak nak pakai baju sekolah. Macam nak mogok ke tak nak pergi sekolah. Puas maknya pujuk, lastly saya jugalah yang berjaya pujuk. Macamana lah nak habiskan puasa baru hari ke 4 dah ngadu sakit perut. " kan puasa, memanglah sakit perut lapar, dah sahur, minum susu, takkan baru makan sakit perut. Ini mesti alasan tak nak puasa, tu kad  biru masih banyak kosong tu, hadiah nanti aliya tak dapat tau!" panjang jugalah leter nasihat etuza kat aliya. Alhamdulillah akhirnya dia pergi jugalah sekolah hari ini, dan masih berpuasa. 

Ujian Ramadhan memang banyak, hanya keimanan dapat mengatasi semuanya. Marilah berdoa agar kita gagah dan perkasa menjalani ibadah puasa ya. Kepada teman blogger percayalah bahawa akan ada terjah etuza kat blog anda. Insyaallah. 

Nak kongsi ayat Tarmizi " Waktu yang paling dekat antara Tuhan dengan hambaNya adalah waktu tengah malam yang akhir" Insyaallah marilah rebut peluang keemasan ini dibulan Ramadhan.

Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

11 Pesona Kata Hati Mereka:

Ayu berkata...

hehehe, bebudak kan?ader je alasan diorang..takpe, masih dlm proses belajar2,kan?:)

Unknown berkata...

di malam lailatul qadar la ayah deqla meninggal...Al-fatihah..

dya nasir berkata...

nasib ada 3 org putera cikgu blh tlg..nk tgk kolam tu.hihi

~Cik Sweety~ berkata...

dulu masa saya kecik2 pun macma aliya juga..mcm2 alasan tak mao pgi skola..last2 mama umpan ngn duit, baru lah pgi..hihi..

Kamsiah yusoff berkata...

salam hehe jam berapa tu,masa tgh pegang aiskrim tu....

Chic Na berkata...

wah pandai ye cikgu memujuk.

Unknown berkata...

kamsiah, gambar ni baru2 di Kota kinabalu, belum puasa masa ambil gambar ni. saja nak share aliya tu, jam 7 pagi tadi dah nak mogok kata sakit perut. Sekarang jam lima lebih masih pula dia tahan puasa.mujurlah dia tak batalkan puasa ke 4 hari dia tu

Ce'gu JAERA berkata...

hehehehe... kita dulu zaman kanak2 dan remaja pun memang payah nak bangun kan... itulah kita sebagai org dewasa kena take over utk menangani sikap anak2 ni... hehehe..

salam ramadhan..

Muttallif berkata...

dulu zaman kanak2 ayah pun selalu buatkan ganjaran untuk memberi sesuatu jika habis berpuasa.

Pelbagai ragam yang kita hadapai apabila berhadapan dengan anak kecil kan. Taliff belum ada anak tapi insya-allah ada rezeki akan gunakan pengalaman Etuza untuk mendidik :)

Cendol berkata...

haha bebudak mmg payah nk bangun sahur.teringat mase kecik2 dulu pn mcm tu

9n0L4 berkata...

ooo. ni lah dia kolam in the making. tu lah untung ade ramai anak ye. ;)