السلام عليكم ورحمة الله وبركات
Banner sambutan warga Pendidikan Zon Pegalan
2012. Tahniah sekolah etuza.
Mengabadikan kenangan bersama Cg Rosdi Rusiman
di hadapan banner yang memang big saiz.
Inilah pandangan dari Dewan Terbuka Taman
banjaran Crocker, Keningau. Memang
sejuk di pergunungan ( hutan ) yang
dilindungi oleh Jabatan Hutan ini.
Banjaran Crocker Keningau, merupakan
antara Taman- Taman di Sabah
yang semakin terkenal.
( sebagai pengacara, pergerakan terhad, maka sukar nak ambil gambar,
hanya ini yang dapat di rakam dalam kenangan etuza di Banjaran Crocker, Keningau, Sabah. Harap ada kawan2 yang sudi tag beberapa gambar
peristiwa itu ke FB etuza)
Pn. Jamilah Padli Timbalan Pegawai Pelajaran daerah, Keningau, merangkap sebagai Pegawai Perasmi majlis hari warga Pendidikan peringkat Zon Pegalan, Keningau, dalam ucapannya adalah seperti berikut:
1. Guru merupakan pendidik yang harus ada tanggungjawab kepada murid2 sekolah,pegang amanah itu dan bertugas dengan penuh didikasi dan jujur. Kehadiran di sekolah dikalangan guru2 amat ditekankan.
2. Guru jika tidak menjalankan tugas dengan betul serta sering tidak hadir bertugas di sekolah tempat mengajar bagaikan berhutang dan adalah salah besar jika tidak masuk mengajar di kelas yang diajar.
3. Selaras dengan kenaikan pangkat kepada beberapa guru di sekolah rendah yang dilantik ke DG44, maka tugas guru semakin besar, kerana ekoran dari kenaikan pangkat atau gred jawatan.
4. Rancangan mengajar wajib disiapkan. Dan katanya adalah berdosa jika guru tidak menjalankan tugas mendidik dengan betul.
5. Pegawai itu mengharapkan agar warga guru di Zon Pegalan tidak dalam tindakan tatatertib, perbaikilah mutu pengajaran dan berharap agar setiap sekolah di Zon Pegalan akan terus cemerlang dalam melonjakkan tranformasi pendidikan negara kita.
Itulah antara amanat Pn. Jamilah Padli
Timbalan Pegawai Pelajaran Daerah Keningau, Sabah.
11 Pesona Kata Hati Mereka:
cantiknya permandangan tu..!
nur ada nmpak macam tasik..
ade tasik ye dekat situ..?
wow cantik sungguh permandangan disana..
ye.. inilah amanat yang WAJIB diguna oleh guru2 seluruh Malaysia.. sebab ada juga di antara guru yang tidak amanah di dalam menunaikan tanggungjawab..
indahnye kampung kelahiran incek hubby sy.. hihi..
tanggungjawab seorang guru bukannya mudah..memerlukan pengorbanan yang besar dalam mendidik anak bangsa :)
pemandangan yg cntik disitu..:)
nyue nmpk tenang je tempat nie :)
cntik lh pemandangan tu.rasa nk pergi situ pula
insyaallah cikgu.. sama2 kita menjadi guru yang cemerlang..rph jgn lupa buat ya cikgu..hihihihi
beratnya tanggungjawab guru.. namun diakui kadang2 diri ini alpa... huhu
jauh lagi perjalanan nak naik pangkat. ;)
Catat Ulasan