Halaman


 Banner

❤Detik Detik Indah Dalam Hidupku❤

Isnin, 11 Jun 2012

Unik dan sangat mudah bertumbuh.. tanam lah jika ada minat & pasti terpesona keindahannya


السلام عليكم ورحمة الله وبركات

1. Bunga jenis atie ~ atie 
2. baru beli untuk dibenihkan..letak di bawah
pokok bunga bunjai etuza.

3. semakin kembang dan bercabang. lepas ni
pasti menghias laman etuza, menyerikan suasana
halaman.

        Rasanya ada diantara teman blogger, baik yang blogger lelaki atau blogger wanita, telah mengetahui serba sedikit tentang antara hobi atau minat etuza. Menerusi catatan di wall blog Pesona pastinya ada cerita atau info tentang bunga ~ bungaan di laman etuza. Maka pada kali ini, etuza sekali lah berniat besar hendak kongsikan jenis bunga atie ~ atie ini. 

Bunga dari spesis ini sangat cantik, unik dan punyai kelebihan tersendiri.Antaranya:-
1. Mudah ditanam, baik ambil dari pucuk, rantingnya atau terus kepada batangnya.
2. Sesuai ditanam di dalam pasu atau terus tanam ke tanah, di ruang yang sesuai.
3. Tidak perlu diletakkan baja dengan kerap serta penyiraman air yang banyak.             
4. Pelbagai corak dan warna yang sangat2 menarik.
5. Bentuk daun yang bujur, bentukl hati dan bulat serta keriting.
6. Amat cepat rimbun daunnya dan banyak ranting.
7. Bunga jangka pendek yang sangat hebat dan tidak mudah pupus.
8. Pelbagai jenis bentuk corak dan warna yg sangat cantik.
9. Jika ditanam di dalam pasu boleh ubah2 tempat untuk menghias halaman rumah anda.
10. Terakhir boleh di jual, dan ada harga.

Kepada sesiapa peminat dan penggemar bunga jenis atie-atie ini,dapatkan pelbagai jenis corak dan warnanya agar anda akan memiliki kepelbagaian corak warna dan jenis bunga ini. Apabila memetik rantingnya JANGAN pula lupa ya pacakkan semula untuk menjadi benih yang baru. 

Kalau nak lihat kehebatan bunga ini, sila tengok gambar pelbagai bunga atie-atie di Kundasang Ranau, Sabah. Spesis bunga ini telah etuza dan isteri beli di Kundasang Ranau. Kepada yang nak mencuba..teruskan dan jagalah bunga agar hatimu menjadi tenang dan rasa bahagia.



Antara hobi etuza. 

Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

35 Pesona Kata Hati Mereka:

Chic Na berkata...

rajinnya cikgu. kalau kat rumah sy mak la yg minat ngn pokok bunga. sy tak berapa minat. mesti landskap halaman rumah cikgu cantik2 kan. :)

Unknown berkata...

saya mmg tak boleh tanam..mesti mati, tanam pokok apa pun..hhu

nasir hamzah berkata...

Huh!! memang cantik pokok atie2 ni etuza.. nasir dulu rajin tanam kat tanah.. banyak.. dah macam taman kat rumah nasir masa tu.. sampai orang kampung pun datang tengok.. hu masa tu meriah jek.. tapi apakan daya dah tak rajin macam dulu, waktu pun dah terbatas disebabkan kerja..

dya nasir berkata...

nenek dya ada bela pokok ni..tpi tak tahu plak nama nya pokok atie2..hihihi

Si Matatajam berkata...

M pun suka tanam pokok bunga. M ska pokok keladi hiasan ngan bunga kertas

Wanieys a.k.a IbuQalief berkata...

cantiknya semua bunga2 tu.....:)

Liyana Anuar berkata...

banyaknya pokok2..hehe~

subur je tengok~~ :)

Deru Ombak berkata...

Assalam Cikgu..

Saya pun tengah gigih menanam bunga. Pokok atie2 ni cantik, Ada mcm2 warna kan?

Reena Sidek berkata...

cantk... makin berseri halaman rumah bila ada pokok bunga... :)

~Cik Sweety~ berkata...

cikgu etuza memang rajin bercucuk tanam..sama dgn mak saya.. sangat rajin bercucuk tanam..segala limau, daun sirih pun dia pelihara

lelamaisara berkata...

betul....cantik..saya sukaaa

Miss N™ berkata...

seronoknya ada laman yang luarkan... nur minat juga menanam sayur-sayuran terutamanya, tapi xada ruang...

Unknown berkata...

cantiknyee... mak deqla pun suka ngan tanaman...wlupun dok umah pangsa, tp pasu bunga tetap ada..hihi..kata org, tgk tgn jugak kan...mcm mak deqla tanam apapun pasti menjadi..huhuhu..cikgu, thx utk reload tu k...terima kasih byk.. :)

Masha Meisters berkata...

pokok ni memg senang nak tanam kan? ada warna merah dan warna hijau...
cantikk dan simple je pokok ni...

Kancil 8349 berkata...

sedap mata memandang nie...baru je Kancil ajar bebudak Kancil supaya tanam tumbuh tumbuhan...untuk kesihatan minda mereka juga

LadyBird berkata...

kalau ade rumah sendiri best jugak bercucuk tanam..

Bitt (double IS) berkata...

sangat tertarik dengan pokok2 itu...terus tarik saya nak follow jugak :)

9n0L4 berkata...

sejuk ye tangan cekgu. menjadi aje menanam. :)

Eintan Nurfuzie berkata...

OOOO..... rajin bercucuk tanam.. cik en bela haiwan je byk..hehhe

Cendol berkata...

oh bunga suke tngok tp x minat menanam :p

Cendol berkata...

oh bunga suke tngok tp x minat menanam :p

are_lin@yu berkata...

pencinta alam..i loike..hehe

Kancil 8349 berkata...

selamat tengahari cikgu

dieyna berkata...

sejuk tangan cikgu ni, sebab tu tanaman mudah menjadi... hehe

THE AUTHOR berkata...

Saya pun minat tanam bunga tapi bukan jenis berbunga. Jenis daun2...kalau bunga selalu tak sabar nak tunggu bunga..hehehhe

iKhRam berkata...

ibu bapa saya minat menanam bunga..
dari pemerhatian saya, dgn hobi sebegini, memang mampu merapatkan hubungan antara mereka selain mengindahkan perkarangan rumah..

saya percaya
hobi sebegini memang menyihatkan..

Tinta Lana berkata...

Salam..saya kira, cikgu duk rumah bawah kan?maksud sy,rumah ats tanah..bukan rumah flat?

Bertuah cikgu..lebih mudah bercucuk tnm kalau cmtu..smenjk duk umah pangsapuri, mak lana takda dah bercucuk tnm lgi..takda kwsn, nak bela pokok kecik2 pun, agak rumit juga..

Khai_Sol berkata...

sejuk mata pandang bunga2 ni kan? Cantik bunga2 ni semua ^_^ #tq,ye,rasa syok bila blog dipromote.. Dia pilih blog solehah sbb ok kot=)

Nurul Says berkata...

rajinnya cikgu tanam bunga :)

vendoline berkata...

mguntungkan...byk nuntung ni,hehehe senang keje

vendoline berkata...

pewwit jiwang hbis kali ni.hehehe

insan_marhaen berkata...

cikgu.. saya pun ada tanam ati2... bila yg dalampasu pupus...tetiba nampak pokok ati2 tu tumbuh kat longkang, dalam pasu bunga lain la...merata2.. agak2nya cara penyebaran benih dia melalui angin...hehe...

mummyrinazone beauty berkata...

nanti di putrajaya 30hb nie akan ada satu pesta bunga..mmg tiap2 tahun akan ada floria putrajaya..bolehlah cikgu datang tgk..meriah sangat..tahun ini konsep bunga bertemakan bunga kertas..n ada beberapa negara juga terlibat

Arina Shamsul berkata...

subhanallah ciptaan Allah sangat indah tiada tandingannya.


saya pun peminat bunga juga cikgu,tapi malangnya sekarang ini saya tinggal di apartmen,jadi untuk bercucuk tanam itu sangat2 terhad..

Solehah Shamsuddin berkata...

wah kreatif la spe yg pandai lukis mke PM dan isterinya tu.sgt2 kreatif.cikgu etuza pn kreatif gak orgnye.btl x?hehe