السلام عليكم ورحمة الله وبركات
Sekembali dari Kota Kinabalu, terniat hendak membersihkan halaman rumah. Rumah didirikan di tanah milik sendiri, memang banyak perkara hendak dilakukan. Paling mudah ialah membersihkan halaman dan seterusnya menanam pokok2 bunga, dan memang sejak remaja etuza sangat gemar menanam bunga2an. Pasal itu etuza adakalanya membuat entry cerita pasal bunga2 di laman kami atau sebaliknya.
Banyak peluh membasahi baju kala menghanyunkan parang dan cangkul, anak-anak kemudian membantu mengumpul ranting2 kering daun2 serta apa saja yang hendak dikumpul lalu dibakar. Seronok lah mereka melihat anak api serta asap memenuhi halaman. Terhidu kesan bakar dan abu rerumput. Kucing berlari keriangan kerana lepas ini halaman untuk anak2 kucing bergurau dan berlari sudah dibersihkan dan dilebarkan semula. Hemm! apapun lepas ni akan ada terhidu semacam kerana pasti kucing yang kurang akal itu akan melepaskan das di tanah atau pasiran kering. Anak-anak etuza pasti akan melepak dekat tepi kolam apabila keadaan bersih dan selesa.
Halaman rumah kalau di kebun didirikan, jika tidak dibersihkan pasti ada mata orang yang lalu melihat kegerunan, takut kerana dikelilingi rumput menjalar. Kerana itu bertindak segera untuk bersihkan. Masa cuti nilah ambil masa membersihkan sambil rehat2 di bawah pokok rendang memayungi dari kena panas teriknya mentari. Lepas bersihkan kawasan dapatlah menikmati keindahan suasana, melihat dan tenangnya ikan berenang dan bunga2 segar pastinya akan mengembang biak membalas jasa kepada tuannya. Bunga kata orang kalau dijaga dirawat pasti akan menyerlahkan kecantikannya hingga mata memandang benar2 terhibur serta jiwa akan tenang sambil memuji kebesaranNya.
Rupanya diantara pasu tanaman bunga etuza ada satu pasu bahan terbuang yang ada ditumbuhi Pegaga. Isteri etuza memang selalu membeli daun pegaga di tamu jika berkesempatan di sana. Ini pegaga agak tahan lasak dari sinaran matahari, biasanya pegaga tumbuh pada kawasan lembab dan teduh. Bolehlah etuza dan isteri amalkan memakan daun pegaga ini. Khasiat untuk lebih sihat dan awet muda. Amin.
Info sihat daun pegaga etuza.
1. ''Amalan memakan daun pegaga boleh mengekalkan awet muda dan masalah kegemukan," ujarnya tersenyum.
2.Pegaga atau nama saintifiknya, Centella asiatica berasal dari kawasan Asia iaitu India, Sri Lanka dan Madagascar dan juga Afrika Timur.
3. Masyarakat India juga menjadikan pegaga sebagai sumber perubatan untuk penawar racun, anti kanser,,ubat cirit birit dan dijadikan tonik mengubati penyakit kulit dan saraf.
4. Istimewanya tumbuhan menghijau ini turut dijadikan penawar dalam menurunkan tekanan darah, melawaskan kencing, penyembuhan luka, ulser, masalah kulit dan penawar alahan.
5. Tumbuhan ini kaya dengan pelbagai zat makanan seperti protein, gentian, zat besi dan vitamin A dan C.
6. Dalam bidang kecantikan khasiat daun pegaga terbukti mampu menjadi bahan tambahan kepada anti selulit dan anti kedutan untuk mata, muka dan menambah ketegangan kulit dan akhirnya membentuk kulit baru
Ikan emas di kolam hiasan etuza.
semakin membiasakan dengan etuza.buktinya tu tangan etuza
menyentuh ikan emas ni..cantiknya sisik ikan emas ni.
Ini anak ikan emas etuza, semakin banyak dah anak2 ikan..
berenang2 berkumpul dan memang tenang melihat ikan berenang.
Laman indah etuza.
Assalamualaikum. Wbt.
20 Pesona Kata Hati Mereka:
Salam Etuza,
Semoga sihat selalu.
Bestnya tengok anak-anak ikan tu.
Daun pegaga memang sedap kalau dibuat urapkan.
sronoknya....sefamili membersihkn halaman umah...mmg bgs diterap utk anak2 skg...drpd 24 jam melayan game kan...
beznye klo de kolam ikan camtu....
daun pegaga mmg byk khasiatnya kan...tp sy x reti mkn...hehe
mmg banyak khasiat daun pegaga nih..tp saya tak lalu nk wat ulam..hehee
salam kenal ya :)
hehe hari tu pernah beli jus pegaga, kononnya nak jaga kesihatan.. tapi sudahnya mak yang makan sebab tak tahan baunya.. hehe
daun pegaga buat ulam atau jus sodap ni...
salam perkenalan dr wani follower ke 629 :)
alhamdulillah..banyak berbudi pada tanah banyak la juga dapat hasilnya ya cikgu..
mesti tenang dan damai kawasan rumah cikgu kan,sebab banyak tumbuhan menghijau dan panorama yang mempesonakan..
bestnya kalau dapat bela ikan emas macam tu...insyaallah kalau ada rumah sendiri di kampung saya pun nak buat kolam juga cikgu..hehehe.
wah ada kolam ikan,bestnya...mesti kat sana penuh kehijauan jer kan..beza disini di penang..susah nak tengok kehijauan selain bangunan tinggi dan rumah flat bertingkat-tingkat adooiii...
ada halaman rumah yg luas memang seronok... lebih2 lagi bila ahli2 keluarga berkumpul...
membaca cerita ini bagai diri turut sama berada disana....nikmatnya berada di desa...alam indah terbentang..tak seperti dikota..sana sini ..semua disemen..mana ada hijau..kiri kanan batu sahaja....teringin sekali tterbang ke sabah..meneroka pasar tamu yang popular itu..
errr..tak sabar tunggun kejutan itu..apalah agaknya kejutan itu yer...saya tak sangka...tekaan saya mengena...Alhamdulillah..
tak pernah pun mkn pegaga. huhu. :)
untuk pengetahuan semua dau pegaga yg muda lagi segar di makan mentah2..memang ada langsinya tetapi apa nak buat, niat nak sihat kan.saya nak tanam banyak2 pegaga..kalau tak pupus nanti sebab di dalam pasu ja...
ikan menenangkan fikiran :)
wah!!pas ni mmg nak mkn pegagaga la sbb mmg byk kt kg!:)
suka makan kerabu pegaga..tak pun masak lemak =)
beznya tgk anak ikan..hehe..dear ayu follow sini..ayu ahli grup gsf yg baru..jemputlah ke blog ;-)
bestnye kwsn umah cikgu..mcm2 ada..mesti tenang selalu kan...comel je anak2 ikan tu...
makan daun pegaga awet muda? wah..tips baik ni...tapi boleh telan kat tekak Masha ke ni? huhu
pegaga memang bagus untuk kesihatan, tapi pahit kan rasa dia? hehe :)
banyak juga ikan emas cikgu ye, rajin betul cikgu dengan family~~ :)
pegaga boleh makan terus tak apa2 langsi tu..sebab memang tumbuhan ni untuk ubat tradisional...cuba yg daun muda dan stil lembut..
pegaga mmg byk khasiat...saya suka buat kerabu dan jus(tanpa gula)
Catat Ulasan