Halaman


 Banner

❤Detik Detik Indah Dalam Hidupku❤

Sabtu, 23 Jun 2012

Doa Etuza & Amalkan memakan buah-buahan ya..

السلام عليكم ورحمة الله وبركات

Alfatiha & Selawat dan salam ke atas Nabi junjungan Muhammad SAW, para sahabat dan keluarganya.

" Ya Allah, mohon agar aku tidak lalai ketika melayari internet dan ketika
membuat catatan serta melawat blog ke blog kawan-kawan mayaku. Ya Allah, mohon agar lidahku dipelihara, mataku dipelihara dan hatiku dipelihara, pendengaranku dipelihara dari kelalaianku sendiri dan dari hasutan kejahatan
yang tidak nampak olehku, tetapi nampak olehMu, Ya Allah ampuni aku,  dan berilah berkat serta rahmat kebaikan kepada blogku agar ada
hikmah kepada diriku dan manfaat kepada orang lain. Amin ya rabbal alamin"

unik gerai buah-buahan tepi jalan di Taman Fajar, Keningau

kini pelbagai jualan - 2012

     Sejak sekitar 2004 kalau tak silap, tiap kali ke Kota Kinabalu dari jalan lurus bermula dari simpang bulatan simpang empat di hadapan Kompleks Sukan Keningau menuju ke Kota Kinabalu apabila lalu dekat Taman Fajar, Keningau akan kelihatan sebuah pondok kecil menyajikan jualan buah-buahan dan tanah dalam beg plastik untuk dijual. Etuza biasanya akan terlihat hanya buah tembikai dan tanah dalam beg plastik itu saja dijual oleh pemilik gerai kecil ini. Yang pastinya etuza tak pernah nampak siapa orang yang menjual, kerana gerai jualannya itu di buat seolah di belakang dapur tempat tinggalnya, etuza anggap sebegitu kerana hadapan pada perumahan ini bukan menghadap di jalan besar tetapi bahagian dapur atau belakang rumah itulah yang berhadapan pada jalan raya besar menuju ke Kota Kinabalu. Sebab itu agaknya bila ada pembeli atau pelanggan baru pemilik gerai buah ini akan muncul. Masa 2004 hingga 2009 kecik ja gerai ni.

Sekarang 2012,jalan raya ke Kota Kinabalu ini telah diupgredkan, menjadi lebih lebar dan lebih selamat digunakan. Ekoran dari jalan raya dinaik tarafkan maka gerai buah dan jual tanah dalam plastik itu telah berpindah benar-benar pada belakang rumah tempat tinggal pemilik. Etuza sempat melawat bersama isteri semasa kami singgah membeli buah - buahan jualan yang ada. Dan inilah pertama kalinya buat julung kalinya etuza melalui jalan besar ke Kota Kinabalu ini  singgah untuk membeli buah pemilik gerai ini. Etuza benar-benar tertarik untuk singgah nak membeli kerana kini gerai ini dah besar dan beratap serta yang lebih menarik gerai di tepi jalan besar ini benar-benar di bahagian belakang rumah pemilik. Gerai ini bagi etuza banyak uniknya, sebab itu etuza tengok menjadi persinggahan para pelanggan sebelum menuju ke Kota Kinbabalu untuk membeli buah-buahan yang segar. Gerai ini berlesen oleh Majlis daerah Keningau dan pemiliknya adalah di bawah naungan Pama  kerana menyertai kumpulan Tani Pama. 

Makanlah buah-buahan ya, anda nampak tak pelbagai buah-buahan dijual di gerai ini. Di hias indah dan bukan itu sahaja gerai ini kini menjual makan-makanan tradisional orang2 Sabah seperti tuhau, rempeyek, kerepek pisang dan pelbagai lagi. Kalau sesuatu itu, kita usahakan dengan gigih dan tanpa henti pastilah Allah akan bantu untuk kita lebih berjaya. Tahniah kepada pemilik gerai ini. Dan rupanya anak perempuan pemilik gerai ini sama-sama sekolah dengan anak perempuan etuza di sebuah sekolah Agama di Ranau,Sabah. Nak kata lagi marilah memakan buah-buahan untuk kesihatan kita, makan buah ni banyak faedah, contohnya kalau tak lawas cepat2 makan buah pisang atau betik ya..

Pesan etuza.



Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

19 Pesona Kata Hati Mereka:

~Cik Sweety~ berkata...

tak pernah pula sya nmpk ne gerai,cikgu?? alahaaii..rugi btl kalo tdk tau ne tpt..msti mau d cari ne tau..

Si Matatajam berkata...

Indahnya bait2 doa tu... Amin.... M ni mmg suka mkn buah. Kl tgk gerai buah mmg tak tahan... Kena sambaq gak buah tu walau sikit...

nasir hamzah berkata...

Salam Etuza, lama Nh tak singgah blog ni, maafkan Nh okeh..

mak Nh selalu kalau gi mana2 mesti nak singgah beli buah-buahan.. memang bagus makan buah ni, baik untuk kesihatan.. sesuai bagi yang sedah berdaet,eheheh...

http://blognasirhamzah.blogspot.com/

ewanthology berkata...

buah buahan mmg byk khasiatnya

Misya Mialen berkata...

kesihatan yang baik datang dari makanan yg segar dan x ada bahan kimia. sbb tu buah baik utk kita mkn.:)

Arina Shamsul berkata...

amin ya robbal alamin ..

usaha yang gigih pasti akan membuahkan hasil yang lumayan :)

Masha Meisters berkata...

sedapnyer buah...suke sangat makan buah2han...

*suka doa cikgu etuza ^_^

Chic Na berkata...

suka mkn buah, lagi2 buah2an tempatan. :)

THE AUTHOR berkata...

Terima kasih utk nasihat

Muttallif berkata...

Makan buah2 pun boleh menyehatkan badan. Tapi agak2nya apa buah yang ada di Sabah tiada di Sarawak?

Tinta Lana berkata...

Salam uncle :)

Doa yang baik sekali..saya juga mohon dijauhkan dari kelalaian sepanjang berblog..

heehehe, sbnrnya, sy tergolong dalam golongan yang susah makan buah..heh3.

Saya pernah melalui zaman getir uncle, sembelit tahap kritikal, gara2 tak jaga pemakanan sy dgn baik smsa diploma dulu.

Bila fikir balik, dah dua kali sy mlaluinya..tpi sy masih tak berubah mana..adeh..huhuhu. cuma skrg, sy bnyk minum susu dan air masak..huuhu

Unknown berkata...

sebaiknya mkn buah setiap kali lps mkn sbg pencuci mulot..doa yg bagus sekali...thanks for sharing cikgu. :)

~Cik Sweety~ berkata...

maaf ye cikgu.. lambat pula membalas kunjungan..sya sihat2 saja cikgu..terima kasih atas nasihat cikgu tu.. moga cikgu dan keluarga sihat2 saja ya..(^_^)

Wanieys a.k.a IbuQalief berkata...

wani penggemar buah buahan...banyak khasiat dari buah ni :)

Miss N™ berkata...

nur selalu amalkan mkn buah sebelum mkn makanan berat..

xmgapa jugakan macam tu...

insan_marhaen berkata...

untuk mereka yang mengamalkan gaye hidup yang sihat...memang banyakkan makan buah..betul tak cikgu..? :)

dieyna berkata...

hehe bagus siapa yang suka makan buah.. Dieyna makan buah2an terpilih je.. huhu

9n0L4 berkata...

mmg bagus mkn buah ni kan cekgu. byk khasiatnya. ;)

Solehah Shamsuddin berkata...

eh GBS pn da kt sabah jgk ye.bru solehah tau